Bengkel robotik anjuran Persatuan Kejuruteraan Robotik Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia serta My Robot Education Sdn. Bhd. sedang menjalani program bengkel robotik untuk memberi penerangan kepada robotik sumber terbuka (open source robotics) secara percuma. Bengkel robotik ini adalah terhad dengan maksimum 20 orang pelajar (tingkatan 1-5) dalam satu bengkel.
Bengkel Robotik Percuma
Bengkel ini akan dijalani oleh mahasiswa jurutera robotik dari Universiti Malaya. Syllabus bagi bengkel robotik ialah:
a. Introduction to Remote Control (RC) Robot
b. Basic components for RC Robot
c. Criteria in designing a RC Robot
d. Bluetooth Control Robot
e. Radio Frequency (RF) Control Robot
f. PS2 Wireless Control Robot
Tarikh tutup pendaftaran bagi bengkel percuma ini ialah 31 May 2016. Sila layari http://goo.gl/forms/5JZG3cSGcW untuk mendaftar.
Maklumat lanjut tentang bengkel robotik:
http://www.mrea2u.com/p/free-rc-robot-workshop.html
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila ditanya tentang botol susu terbaik untuk si kecil, pasti ada pelbagai jenama yang diberikan. Bagi CN, botol susu terbaik adalah botol susu yang 'serasi' dengan si kecil. Jika kita sebagai mama suka sangat jenama Avent, tapi anak tak suka, kira bukan terbaik juga kan? Maka botol susu terbaik pilihan anak-anak CN adalah dari botol susu NUK.
![]() |
| Baby Dhia bersama botol susu NUK |
Botol Susu NUK
Semasa Irfan kecil dulu, kemain excited CN beli set botol susu Avent dengan harapan serasi dengan Irfan. Malangnya, Irfan tak suka disebabkan putingnya yang keras iaitu jenis silikon. Maka CN bertukar kepada NUK dengan puting yang berwarna kuning (latex). Alhamdulillah, serasi sangat dengan anak bujang CN sorang ni. Baby Dhia pun sama, CN terus borong 2 botol susu NUK saiz 4 oz kaler biru dan hijau. Asalnya nak beli warna pink, tapi kehabisan stok. Waaa...
![]() |
| Baby Dhia bersama botol susu NUK |
Apa yang menariknya botol susu NUK ini adalah lubang puting susu terletak ditepi dan bukan ditengah seperti kebanyakan puting yang lain serta rekaannya yang orthodontic dan anti colic. Nanti bila Baby Dhia dah 6 bulan, CN nak beli juga botol susu NUK kaler pink, tak kira ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harini merupakan hari ke 37 CN berpantang. Dalam tempoh berpantang ni, dah banyak jenis makanan CN try sikit2 supaya baby tak terkejut bila habis pantang nanti. Antaranya adalah telur. Alhamdulillah, CN tiada masalah bila makan telur. Jadi timbul lah idea untuk buat puding roti kukus sebab craving sangat tengok orang upload gambo dekat instagram. Nak buat puding roti kukus ni senang sangat tau, orang berpantang pun boleh buat ye.
![]() |
| Puding Roti Kukus |
Resepi Puding Roti Kukus
Bahan-bahan untuk puding roti kukus
- 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil
- 1 tin susu cair (375 ml)
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula (tambah gula kalau suka manis)
- 1 sudu kecil esen vanila
- kismis dan kurma (dipotong kecil)
- butter untuk disapu pada roti
Cara-cara membuat puding roti kukus
- Masukkan telur, gula, esen vanila dan susu cair di dalam blender. Blend hingga kembang.
- Sapu butter pada roti, potong kecil-kecil dan susun roti di atas loyang.
- Kemudian, tuang adunan tadi ke atas roti yang disusun. Tekankan roti dengan sudu supaya adunan dapat diserap ke dalam roti serta taburkan kurma dan kismis.
- Kukus dengan api sederhana selama 20-25 minit.
- Bila sudah masak, sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
- Siap sudah puding roti kukus yang gebu gebas !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







