Ramai rakyat Malaysia meninggal dunia kerana pengesanan awal kanser gagal dibuat terutamanya kes kanser payudara dan serviks. Kajian mendapati bahawa 2/3 daripada jenis kanser boleh dicegah dengan menjalani cara hidup yang sihat. Pengesanan awal kanser ini boleh menyelamatkan nyawa dimana peluang untuk seseorang hidup lebih lama mencapai lebih 80% !
Tanda-tanda awal kanser payudara dan serviks
- Pendarahan atau cairan yang luar biasa dari mana-mana bahagian badan seperti pendarahan vagina antara tempoh haid atau selepas putus haid
- Perubahan pada bintik di kulit, ketuat atau tahi lalat
- Ketulan yang tidak dapat dipastikan dan tidak hilang seperti ketulan dalam payudara
Pengesanan Awal Kanser
Pengesanan awal amat penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesengsaraan serta dapat mengurangkan kos rawatan. Pengesanan awal bermakna mengenalpasti kanser pada peringkat awal atau tahap satu. Kajian mendapati bahawa pemeriksaan khusus dan ujian berkala secara teratur boleh mengesan kanser sebelum seseorang itu menunjukkan simptom kanser yang jelas.
Ketahuilah cara untuk memeriksa payudara anda sendiri dan sekiranya anda mengesan sesuatu yang mencurigakan, jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan.
Untuk maklumat lanjut, layari : Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia
~ Pesanan khidmat masyarakat ini dari Cikgu Norazimah ~
Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2016 kini kembali
Dapatkan pelbagai bahan bacaan seperti novel, buku, majalah dan Al-Quran dengan diskaun yang istimewa. Buku SERENDAH RM 1 pun ada. Bermula 26 Mei - 2 Jun 2016, 9.00 pagi - 7.00 malam bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Baucar buku 1 Malaysia diterima. Inilah masa terbaik beli buku kami. Pasti berbaloi!
![]() |
| Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2016 |
Sila layari media sosial Kumpulan Media Karangkraf untuk mengikuti perkembangan lanjut Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2016!
Website : www.karangkraf.com
Facebook : Kumpulan Media Karangkraf
Twitter : @Karangkraf
Instagram : Kumpulan_Media_Karangkraf
Hashtag : #JualanGudangKarangkraf & #KumpulanMediaKarangkraf
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hang pi mana? Hang pi mana? Hang pi mana? Hang pi mana?
Penat CN dengar Encik Suami duk ulang je nyanyi lagu ni sambil gelak-gelak sebab kelakar dengan lirik dia. Hang pi mana ni maksudnya awak pergi mana. Lirik lagu ni menggunakan dialek utara iaitu terletaknya kampung CN. Encik Suami yang merupakan jawa asli memang tengah belajar dialek utara ni sebab asyik jadi 'bahan' dengan adik-adik CN bila balik kampung. Bayangkan bila Encik Suami bercakap utara, bunyi jawa dia tetap ada tau, koghaser? Hehehe
Lagu 'Hang pi mana' ni nyanyian kumpulan khalifah yang terkenal dengan lagu-lagunya yang 'unik'. Lagu simple ni bukan saja menjadi siulan Encik Suami, malah Irfan Hensem juga turut terpengaruh tau ! Hebat betul lagu ni ye?
Lirik lagu "Hang pi mana" : Khalifah
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana
Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga
Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta
Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga
Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga
Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar
Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana
Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana
Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga
Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta
Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga
Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga
Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar
Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana
Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Diam tak diam dah 2222 jumlah post dalam www.cekgunorazimah.com. Cantik nombor ni, tu saja nak simpan buat kenangan.
![]() |
| 2222 jumlah post blog |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~





