Motivation Quote
" As we get older, we become more honest and don't have the patience for pointless drama "
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baby Dhia dah 2 bulan, lagi 4 bulan si bambam ni dah boleh makan makanan pejal. Disini CN jumpa resepi makanan bayi dari facebook. Saje tempek di blog supaya senang nak refer nanti. Kalau simpan dalam hp, confirm hilang ! Hah ! Kalau nak cari resepi makanan bayi 6 bulan, search je dalam blog CN ni, senang hidup ! Heheheh
![]() |
| Resepi Makanan Bayi : Bubur Ikan Tenggiri & Sayuran |
Resepi Makanan Bayi : Bubur Ikan Tenggiri & Sayuran
Bahan-bahan
1/2 pot beras putih
2 sudu beras perang
Isi ikan tenggiri
Kentang
Kobis bunga
Daun bawang
Cara-cara
1. Masak beras perang, beras putih, ikan tenggiri dan kentang. Masak hingga menjadi bubur.
2. Masukkan kobis bunga dan daun bawang.
3. Kisar halus mengikut kesesuaian bayi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang berpuasa. Cuti sekolah masih lagi berbaki seminggu. Seronoknya bila berpuasa ketika cuti sekolah, ada banyak idea nak masak apa untuk berbuka tau. Tapi idea jela...hehehe
Meh CN share sikit gambo budak botak dua orang ni. Raya ni si Irfan dengan imej botak la gamaknya. Wee
![]() |
| Irfan & Dhia Zahra yang botak ! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kesan Jangka Panjang Menengking Anak
Perkara biasa bagi ibubapa untuk menengking anak jika hilang sabar dengan keletah mereka. Almaklumlah, kanak-kanak sedang membesar memang banyak kerenahnya. CN sendiri tidak terkecuali ter'tengking' Irfan bila hilang sabar. Lagi-lagi sekarang dengan kehadiran Dhia, lagi la Irfan nak kan perhatian lebih dari mamanya.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat kesan buruk dalam jangka panjang jika anak itu sering ditengking oleh ibubapanya? Ingatlah, anak itu adalah anugerah dari Allah SWT, didiklah mereka dengan penuh kesabaran kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Kalau terlepas tertengking anak itu perkara biasa, tetapi jangan diamalkan setiap hari ye.
![]() |
| Kesan buruk menengking anak |
5 Kesan Buruk Akibat Menengking Anak
1. Kesan serta merta kepada otak anak ![]() |
| Kesan buruk menengking anak |
2. Anak akan kurang percaya diri![]() |
| Kesan buruk menengking anak |
3. Anak akan lambat pikap dan negatif![]() |
| Kesan buruk menengking anak |
4. Mengganggu kesihatan pendengaran dan jantung anak![]() |
| Kesan buruk menengking anak |
5. Anak akan meniru sifat yang sama![]() |
| Kesan buruk menengking anak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~











