Seronok betul bila ada periuk Noxxa ni. Rajin pulak CN buat nasi goreng buat bekal ke sekolah. Serius 7 minit dah siap tau. Kali ni disebabkan meatball ada lagi dalam peti ais, meh CN share cara buat nasi goreng meatball dengan menggunakan periuk Noxxa. Cara buat nasi goreng meatball ini sama dengan nasi goreng cili padi Noxxa sebelum ni, bezanya CN tambahkan meatball je..hehe
![]() |
| Nasi Goreng Meatball Noxxa |
Bahan-bahan nasi goreng Noxxa
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
Beberapa ketul meatball
Beberapa ketul meatball
Secubit garam
Beras di basuh dan ditoskan
Air ikut sukatan beras
Cara-cara membuat nasi goreng Meatball Noxxa
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi
2. Tekan mode 'STIR FRY' & ON
3.Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan meatball.
4. Kemudian masukkan beras dan air serta garam secukup rasa.
5. Off mode STIR FRY dan tutup ketat penutup periuk Noxxa tu. (Jangan tutup penutup periuk semasa mode STIR FRY ye)
6. Tukar kepada mode 'HIGH PRESSURE' dan set kepada 7 minit.
7. Tadaa ! Dah siap nasi goreng meatball Noxxa!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Akhirnya berakhir sudah sesi menanda 258 skrip jawapan PT3 Geografi siap dengan sesi moderasi untuk cikgu-cikgu lain. Fuh ! Minggu depan sesi pentaksiran oleh Ketua Pentaksir Kawasan pulak. Harap-harap tiada masalah dan diterima seadanya. Semoga semua calon PT3 SMK Telok Panglima Garang mendapat gred yang baik untuk PT3 Geografi kali ini, insyaAllah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila tiba birthday tersayang, pasti fikiran buntu nak hadiahkan apa yang boleh meninggalkan memori untuk si Dia. Meh CN share satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah serta anda boleh design sendiri dengan harga yang amat berpatutan. Bayangkan anda hadiahkan si Dia mug yang mempunyai gambar anda berdua. Sudah tentu di Dia tersenyum manis dan rasa 'sayang' nak guna mug tu kan? Paling best, manalah tahu tiba-tiba ada salah faham, bila si Dia lihat mug yang anda hadiahkan sudah pasti hatinya akan lembut.
Menjadikan hadiah lebih bermakna di Printcious.my
Printcious.my adalah satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan hadiah yang comel-comel serta harga yang berpatutan. Ada pelbagai pilihan hadiah untuk lelaki, wanita malah kanak-kanak juga. Pendek kata semua ada disini. Anda boleh memilih hadiah sempena Birthday, Hari Ibu, Hari Bapa dan paling menarik, ada juga pelbagai hadiah sempena Hari Kebangsaan ni. Wah ! Best kan?
![]() |
Hadiah DIY buat tersayang
Apa yang menarik di Printcious ni adalah anda boleh design sendiri hadiah untuk tersayang. Selain template yang dicadangkan, anda juga boleh menggunakan gambar sendiri untuk item yang anda pilih.
Sebagai contoh, CN nak hadiahkan baby rompers untuk babyDhia. CN pilih Create -> Baby Rompers -> Customise It.
Hah ! Anda boleh upload gambar atau pilih saja mana-mana gambar dari Facebook/Instagram anda. Mudah bukan? Sudah siap design bolehlah Add to Cart.
Berminat untuk mendapatkan hadiah DIY untuk tersayang?
Jom daftar di Printcious untuk mendapatkan hadiah DIY yang menarik untuk yang tersayang. Eh, kejab. Bersempena bulan kemerdekaan ni, Printcious menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk setiap barangan.. Dapatkan diskaun tersebut dengan menggunakan code : MERDEKA30
sah sehingga 31 Ogos 2016.
Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang hadiah peribadi anda untuk yang tersayang di Printcious. Ianya akan menjadi lebih bermakna hanya di Printcious.my - "Precious Gift From Your Heart"
Untuk keterangan lanjut, sila layari -->>
Website : http://www.printcious.my/
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Twitter : https://twitter.com/printcious
Instagram : https://www.instagram.com/printcious/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Today is payday, yeah ! Meh meh cuci mata tengok baju ready made, sweetmuslimah iaitu peneraju pasaran baju muslimah online terbesar di Malaysia yang menyediakan pelbagai pilihan kurung moden premium lycra yang murah dan berbaloi untuk dimiliki.
Kurung Moden Premium Lycra NAJWA
Kurung moden Najwa ini menawarkan pelbagai pilihan warna yang menarik dengan harga hanya RM129 sahaja ! Pelbagai saiz juga ditawarkan dari saiz S hingga 3XL. Sempena pay day ini, apa salahnya jika anda memiliki salah satu koleksi kurung moden Najwa ini yang sangat murah setanding dengan kualitinya. Jangan tunggu lama-lama kerana CN khuatir jika saiz dan warna pilihan hati anda kehabisan stok !
Sebelum itu, jom cuci mata dulu dengan kurung moden Najwa pilihan CN. Cantik-cantik kan?
Kurung Moden Najwa Murah Pilihan CN
![]() |
| Kurung Moden Premium Lycra NAJWA |
![]() |
| Kurung Moden Premium Lycra NAJWA |
![]() |
| Kurung Moden Premium Lycra NAJWA |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~












