Kartun Disney merupakan antara kartun kegemaran anak bujang CN iaitu Irfan Hensem. Sempena birthday Irfan yang ke-4, CN hadiahkan dia dengan koleksi buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu penerbitan Advantage Quest. Kualiti buku Disney dari Advantage Quest ini setanding dengan kualiti buku-buku antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Memang sangat puas hati. Irfan si penerima hadiah lagilah eksited sampai dibawa tidur Beg Marvel Avengersnya tau. Sayang sangat sampai tak bagi Baby Dhia main pulak tu.
Pelbagai buku Disney edisi Bahasa Melayu untuk si kecil
Terdapat pelbagai pilihan buku Disney edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest ini. Antara menjadi kegemaran Irfan malah CN & Encik Suami pun suka sangat iaitu Ensiklopedia Pertama Saya. Dengan ketebalan 141 mukasurat, buku ini penuh dengan pelbagai gambar menarik dan berwarna-warni. Paling CN suka adalah watak-watak Disney yang diselitkan di setiap mukasurat menjadikan Irfan bertambah eksited untuk meneroka keseluruhan buku ini.
Video Irfan seronok melihat pelbagai gambar menarik di dalam buku Ensiklopedia Pertama Saya
Pada bab pertama, watak-watak Disney berkongsi keriangan dan keseronokan mereka dalam menerokai dunia haiwan. Pelbagai gambar menarik dan informasi tentang haiwan termasuk di dalam bab ini. Untuk bab kedua pula adalah mengenai fakta-fakta tentang alam semulajadi seperti kejadian 4 musim, air, kilat dan banyak lagi. Manakala bab ketiga pula tentang keajaiban planet bumi dimana terdapat fakta-fakta menarik tentang pokok, buah, sayuran serta pelbagai bentuk muka bumi.
Paling menarik, CN boleh mengajar Irfan dengan memperkenalkan satu fakta sehari. Setiap entri dinomborkan supaya Irfan boleh belajar satu fakta setiap hari selama 240 hari ! Menarik bukan?
Paling menarik, CN boleh mengajar Irfan dengan memperkenalkan satu fakta sehari. Setiap entri dinomborkan supaya Irfan boleh belajar satu fakta setiap hari selama 240 hari ! Menarik bukan?
Video Irfan menampal stiker
Untuk menarik perhatian Irfan terhadap buku, CN selitkan juga dengan Beg Aktiviti dan Stiker Marvel Avengers Assemble. Almaklumlah, dah namanya budak lelaki, sudah pasti sukakan watak-watak adiwira dari Avengers ini. Buku ini berkulit tebal dan mempunyai mukasurat yang padat dengan aktiviti tampal-tampal dengan lebih daripada 100 stiker berwarna-warni. Seronok pula bila tengok si aktif Irfan kusyuk duk menampal gambar-gambar adiwira ini. Bila dia keliru untuk memilih gambar, itulah peranan CN dan Encik Suami membantunya. Dalam masa yang sama dah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dengan beg aktiviti ini tau. Jangan terkejut, Baby Dhia pun join sekali duk kaco abangnya menampal tau ! Hehe..
Bagaimana untuk mendapatkan buku Disney edisi Bahasa Melayu?
Buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu ini boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan anda serta Kedai Buku Popular. Ada banyak pilihan saiz buku dari yang kecil sampai ke besar sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Antara yang telah menjadi koleksi Irfan Hensem adalah :
1. Beg Aktiviti & Stiker Marvel Avengers Assemble
2. Beg Aktiviti dan Stiker Marvel Ultimate Spider-Man
3. Siri Lihat & Cari Pertama Saya Disney Pixar
4. Siri Lihat & Cari Disney Junior
5. Ensiklopedia Pertama Saya
6. Disney Pixar Inside Out
7. Koleksi Filem Disney The Good Dinasour
8. Disney Pixar Finding Dory: Buku Mewarna Mega
9. Disney Pixar Finding Dory: Aktiviti Dasar Laut
10. Disney Pixar Finding Dory: Pengembaraan Dory
Anda boleh melihat pelbagai pilihan buku Disney edisi Bahasa Melayu di lamanweb rasmi Advantage Quest >> http://www.aqpublications.com
1. Beg Aktiviti & Stiker Marvel Avengers Assemble
2. Beg Aktiviti dan Stiker Marvel Ultimate Spider-Man
3. Siri Lihat & Cari Pertama Saya Disney Pixar
4. Siri Lihat & Cari Disney Junior
5. Ensiklopedia Pertama Saya
6. Disney Pixar Inside Out
7. Koleksi Filem Disney The Good Dinasour
8. Disney Pixar Finding Dory: Buku Mewarna Mega
9. Disney Pixar Finding Dory: Aktiviti Dasar Laut
10. Disney Pixar Finding Dory: Pengembaraan Dory
Anda boleh melihat pelbagai pilihan buku Disney edisi Bahasa Melayu di lamanweb rasmi Advantage Quest >> http://www.aqpublications.com
Peraduan Percutian ke Disneyland Hong Kong
Eh, tahu tak Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan "Percutian ke Disneyland Hong Kong" dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney? Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular berdekatan anda. Cepat-cepat join manalah tahu rezeki dapat menang Percutian ke Disneyland Hong Kong, bestnya !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salah satu puri kegemaran baby Dhia adalah puri epal. Kadang-kadang tak cukup 1 bekas dadih penuh tu tau, suka sangat budak kecik tu dengan buah manis-manis ni. Kali ni CN nak share pula cara buat puri epal menggunakan periuk Noxxa. Disebabkan periuk Noxxa ni besar, jadi CN terus buat stok banyak-banyak untuk dihantar ke rumah pengasuh nanti. Dah tak perlu kelam kabut pagi-pagi sediakan makanan untuk si kecil ni.
Resepi Puri Epal Noxxa
Bahan-bahan membuat puri Epal Noxxa
2 biji epal untuk 5 hidangan (dibuang kulit dan biji serta dipotong kecil)
Cara-cara membuat puri Epal Noxxa
1. Masukkan epal yang dipotong ke dalam inner pot. STEAM 5 minit.
2. Blend epal yang telah di STEAM tadi. Kemudian masukkan ke dalam bekas dadih seperti gambar di atas. Bekukan untuk simpanan stok.
Bila hendak dimakan, cairkan dulu di dalam chiller, hanya rendam bekas tersebut bersama air suam. Boleh tambah bersama susu ibu.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Terkadang datang rasa mengigil mahu pada minuman manis. Bukan mudah untuk meninggalkannya. Dr Rizal Abu Bakar, pakar Sains Kognitif dan Dr zubaidi Hj Ahmad, doktor perubatan yang giat menulis bersetuju:
"Aktiviti gelombang otak ke atas seseorang yang mengambil dadah KOKAIN berbanding dengan seseorang yang mengambil GULA menunjukkan ia mempunyai gelombang otak yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa GULA juga boleh menyebabkan ketagihan sama seperti dadah kokain"
.
Dr Zubaidi Hj Ahmad menyambung,
"Kokain hanya meransangkan satu satu kawasan pusat keseronokan (pleasure centre) dalam otak sementara seseorang mengambil GULA, lebih dari satu kawasan yang diransangkan dan menjadi aktif dalam pusat keseronokan di dalam otak. Fakta yang jelas menunjukkan GULA menyebabkan masalah ketagihan. Ketagihan gula bukan suatu masalah yang ringan. Ramai yang tidak dapat meninggalkan keseronokan rasa manis di lidah mereka dan berterusan minum minuman manis sehingga mengalami obesiti".
Pergh ! Patutlah selepas preggy pun CN macam ketagih nak makan benda manis je. Kalau minum milo mesti bancuh milo pekat-pekat guna susu pekat lagi. Fuh ! Tinggi kandungan gula. Tu belum lagi teh ais kaw. Nasi CN boleh kurangkan sekarang, cuma GULA tu, kena slow-slow kurangkan sebab CN dah ketagih gula rupanya. Takutttttt...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Zaman sekarang mudah betul bila nak shopping kan? Online je, segalanya dihujung jari anda. CN memang suka beli baju babyDhia secara online, ada banyak laman web yang menjual baju kanak-kanak yang murah tau. Di SweetMuslimah pun ada jubah kanak-kanak yang murah, geram je tengok sebab babyDhia tak boleh pakai lagi. Senang betul membeli belah di SweetMuslimah ni tau, klik klik terus bayar. Lepastu tunggu abang posmen datang.
Pelbagai pilihan jubah kanak-kanak murah
Bukan sahaja koleksi untuk dewasa, SweetMuslimah juga menawarkan pelbagai pilihan jubah kanak-kanak dengan harga yang murah. Apa yang best sudah tentu kualitinya yang superb dan menjadi pilihan ramai ibu-ibu di luar sana.
Jubah kanak-kanak Albani ini adalah 100% material dari cotton dimana ia sejuk dan selesa. Sesuai untuk kanak-kanak yang aktif tapi masih tetap bergaya muslimah sejati gituw. Jubah Albani ini sesuai untuk umur 4 tahun (S), 5 tahun (M), 6 tahun (L), 7 tahun (XL) dan 8 tahun (2XL). Kenapalah tak ada saiz baby ye, sabar jela CN tak boleh memborong untuk baby Dhia.
![]() |
| Jubah kanak-kanak murah hanya di SweetMuslimah |
![]() |
| Jubah kanak-kanak murah hanya di SweetMuslimah |
Ukuran baju jubah kanak-kanak Albina
Paling risau bila baju online ni adalah saiz ukuran baju. Apa kata amik pita pengukur dan ukur saiz badan anak anda, cuba tengok saiz apa yang sesuai. Mujur babyDhia kecik lagi, kalau tak memang CN dah beli kedua-dua design ni, serius comel !
Ingin membeli jubah kanak-kanak murah?
Jom cuci mata di www.sweetmuslimah.com. Bukan sahaja jubah kanak-kanak yang murah, baju mak-mak nya pun ada tau. Lagi rambang mata !
Pelbagai pilihan untuk jubah kanak-kanak yang murah di sini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~














