Seronoknya rasa sebab anak kedua kali ini CN mampu menyediakan makanannya sendiri. Jika Irfan dulu, CN terpaksa berjauhan dan mengharapkan arwah mak mertua yang jaga, nestum lah makanan pertama Irfan. Tapi kini, gigih CN buat stok frozen makanan untuk baby Dhia sebab tak mau Encik Suami beli nestum. Orang lelaki ni nak senang je hidup kan, sabo jelah.
Untuk bayi 6 bulan CN mulakan dulu dengan pelbagai jenis puri. Kali ni CN nak share resepi puri brokoli dengan menggunakan periuk Noxxa. Sekejab sangat dah siap !
Alhamdulillah, tidak seperti abangnya Irfan, baby Dhia tiada masalah untuk makan sayur brokoli ni. Siap mulut bising lagi sebab lambat disuap ! Hehehe
Resepi Puri Brokoli Noxxa
Bahan-bahan membuat puri brokoli Noxxa
Sayur brokoli dipotong kecil (Untuk 5 hidangan)
Cara-cara membuat puri brokoli Noxxa
1. Masukkan sayur brokoli yang dipotong ke dalam inner pot. Letakkan sedikit air sahaja dan HIGH PRESSURE (HP) 1 minit. Nak guna kaedah STEAM 3 minit pun boleh. CN guna HP sebab nak blend bersama air rebusan tu tadi. Almaklumlah tak ada food prosesser, kena la blend dengan air sedikit.
2. Blend brokoli tadi bersama air rebusan. Kemudian masukkan ke dalam bekas dadih seperti gambar di atas. Bekukan untuk simpanan stok.
Bila hendak dimakan, cairkan dulu di dalam chiller, hanya rendam bekas tersebut bersama air suam. Boleh tambah bersama susu ibu.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gigih pagi sabtu bangun pagi siapkan anak-anak demi memenuhi program Hari Sukan Negara yang berlangsung pada sabtu minggu pertama Oktober setiap tahun. Tahun ini CN paksa Encik Suami bersama 'askar2' untuk berjalan kaki 10000 langkah sempena program Hari Sukan Negara ini. Irfan jela boleh jalan ye, Baby Dhia dalam stroller je.
Katanya berjalan, tapi disebabkan baby Dhia buat perangai merengek dalam stroller, apa lagi, berjoging la mamanya nak kasi cepat habis. Irfan Hensem berpeluh-peluh basah baju duk ikot CN dan Encik Suami berjoging. Memang penat tapi seronok sebab aktiviti bersama keluarga. CN dah nampak potensi Irfan yang tahan lasak dan boleh berlari jarak jauh. Kena latihan keras lagi ni nak jadi atlet lari jarak jauh wakil Malaysia pegi Olimpik , kalau dapat emas boleh jadi jutawan ! Hehehehe....
Oklah, nak sambung melepek atas katil sebab penat woo..faktor peningkatan usia agaknya menjadikan CN cepat pancit !
Harus bergambo sebelum start berlari ye
Katanya berjalan, tapi disebabkan baby Dhia buat perangai merengek dalam stroller, apa lagi, berjoging la mamanya nak kasi cepat habis. Irfan Hensem berpeluh-peluh basah baju duk ikot CN dan Encik Suami berjoging. Memang penat tapi seronok sebab aktiviti bersama keluarga. CN dah nampak potensi Irfan yang tahan lasak dan boleh berlari jarak jauh. Kena latihan keras lagi ni nak jadi atlet lari jarak jauh wakil Malaysia pegi Olimpik , kalau dapat emas boleh jadi jutawan ! Hehehehe....
Oklah, nak sambung melepek atas katil sebab penat woo..faktor peningkatan usia agaknya menjadikan CN cepat pancit !
Irfan tak mandi lagi tu terus ikot kitorang joging ! Hahaha
Berpeluh-peluh sampai basah baju budak ni, tapi Irfan cakap best !
Lepas lari terus makan, lapo lapo lapo
Muka semebeh tunggu cabutan bertuah. Untunglah Encik Suami dapat topup free, CN ni memang selalu tak bertuah
Baby Dhia dengan kawan atok
Inilah budak yang super aktif dalam stroller, kalau dah jalan ni rasanya slim melim mamanya duk mengejar
Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rempeyek atau ada orang sebut tempeyek memang sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja. Lagi-lagi rempeyek kacang dan ikan bilis yang super rangup tu, tak sedar dah nak habis bila dah mula makan. Seingat CN kali terakhir CN buat rempeyek kacang dan ikan bilis ni masa zaman anak dara dulu. Sekarang? Memang bercinta la sebab ada 'askar' yang sentiasa membantu. Tapi kan saja-saja la CN nak simpan resepi rempeyek kacang dan ikan bilis super rangup ni dalam blog kot-kot bila ada masa boleh buat. Senang simpan resepi dalam blog sebab tak hilang, insyaAllah.
Terima kasih kepada empunya resepi www.blogopsi.com. Ada pelbagai lagi resepi-resepi menarik di blog tersebut. Terjah la ye.
Resepi Rempeyek Kacang & Ikan Bilis
Bahan-bahan membuat rempeyek kacang dan ikan bilis
- 100 gram ikan bilis - dibelah 2
- 1/2 kg kacang tanah
- 1 bungkus tepung beras
- 1 biji kelapa - 5 cawan santan cair (sebaiknya buat lebih sebab akan digunakan tambahan santan cair)
- 1 bungkus kecil ketumbar - kisar
- 1 bungkus kecil jintan manis - kisar
- 1 bungkus kecil jintan putih - kisar
- 1 sudu teh kapur makan
- 1 sudu teh gula
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat rempeyek kacang dan ikan bilis
1. Bersihkan kemudian toskan kacang tanah hingga kering. bila masih lembab nanti kacang tanah kurang rangupnya. basuh rempah-rempah dan kisar kasar selepas tu ketepikan
2. Siapkan bekas atau mangkuk kemudian masukan semua bahan kisar bersama kapur makan, gula, garam, dan tepung beras kemudian gaul sehingga sebati. masukan santan dan adun bahan tadi sehingga kelihatan cair dan jika masih terlalu pekat boelh tambahkan santan lagi.
3. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar dan jika nak mula menggoreng, buat 1 mangkuk yang lain untuk mudah kita jaga cair atau pekat bancuhan tadi. bila adunan agak pekat tambahkan santan dari masa kemasa.
4. Ambil sesudu bancuhan kemudian masukan ikan bilis dan kacang tanah di dalam sudu dan layangkan ke tepi kuali.
5. Biar lebih kurang 1 minit selepas terbalikan rempeyek. agar rempeyek tidak gosong masak menggunakan api sederhana sahaja. jika permukaan kacang sudah kecoklatan baru terbalikan.
6. Akhir, sekali bila kacang tanah sudah garing, angkat dan toskan rempeyek tersebut. bila hendak menyimpan tunggu hingga sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~













