Siapa yang membesar tahun 90an mesti biasa dengan jajan ni kan? Sedap owh...
CN dapat jajan ni dari goodies bag kondangan rumah saudara di Kampung Endah. Irfan suka yang rose tu. Wangi je.
CN dapat jajan ni dari goodies bag kondangan rumah saudara di Kampung Endah. Irfan suka yang rose tu. Wangi je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Abang Irfan yang berumur 4 tahun kini sentiasa hendakkan perhatian selepas kehadiran Dhia Zahra. Bahkan, setiap kali lepas mandi mesti nak baju sama warna dengan si adik. Jenuh CN duk mencari baju mathing 2 beradik ni. Kalau tak confirm merajuk si abang. Aduhai...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila kita bersedekah kepada orang yang memerlukan, kita fikir kita membantu dunia mereka tetapi sebenarnya kita membantu akhirat kita.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Bila balik keje penat-penat tapi perut lapar mintak diisi, masak la benda yang simple tapi senang disediakan. Sambal bilis tumbuk berasap, sedap dimakan bersama nasi panas dan timun atau ulam-ulaman, fuh! Bikin nasi bertambah tau bila makan sambal bilis tumbuk berasap ni. Meh CN share resepi sambal bilis tumbuk ni ye.
Resepi Sambal Bilis Tumbuk Berasap
Bahan-bahan membuat sambal bilis tumbuk
Segenggam ikan bilis dibasuh bersih
2 ulas bawang besar dikupas dan dipotong kecil
5 batang cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
Cara-cara membuat sambal bilis tumbuk
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan
2. Menggunakan minyak masak yang sama, masukkan bawang dan cili. Goreng sekejab dan angkat segera.
3. Tumbuk bahan-bahan tadi.
4. Siap !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~










