Hah, dalam banyak-banyak jajan yang Irfan suka, Kinder Joy ni paling terketaq tangan nak beli. Mahal oii, lepastu mainan entah apa-apa. Setakat Irfan dah berumur 4 tahun, baru sekali CN terkantoi jajan ni dengan Irfan. Ni sebab iklan dekat tv la yang buat Irfan kenal jajan ni, lepastu boleh pulak dia nampak dan terus pegang. Ingat nak buat kebal je, boleh pulak anak bujang CN tu duk melalak dekat situ.
Fuh ! Kena lagi berhati-hati ketika shopping lepas ni, pastikan Irfan tidak nampak jajan ni. Begitu juga dengan anda, seram oii nak beli jajan ni ! Hehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~








