Hari-hari soalan yang sama keluar dari mulut CN dan juga Encik Suami iaitu "Irfan belajar apa dekat sekolah harini?".
Ok, Irfan cakap dekat sekolah dia belajar main 'playdoh'. Gambar main playdoh tu tak ada pulak cikgunya ambil. Tapi dalam group wasap ibubapa ada gambar kawan-kawan Irfan main playdoh tu. Irfan cakap dia buat huruf A dengan playdoh tau. Kemain suka dia bercerita...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amy Search? Siapa? Rasanya itu yang berada di fikiran Irfan Hensem & Dhia Zahra. Terkebil-kebil dorang tengok ayah dan atuk yang sangat eksited dapat berjumpa dengan lagenda rock iaitu Amy Search.
CN? Its ok, i tukang ambil gambar je. Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Permainan gamelan tidak asing lagi bagi keluarga Encik Suami kerana ayah mertua CN adalah tenaga pengajar gamelan jawa di SMK Jenjarom. Kumpulan gamelan dari SMK Jenjarom sentiasa mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Tidak kurang juga untuk majlis kenduri kahwin. Selaku cucu kepada tenaga pengajar gamelan jawa ini, Dhia Zahra tidak terkecuali turut 'meminati' alat muzik gemelan ini.
Tengoklah gambar di bawah, betapa seronoknya Dhia Zahra mencuba alat gamelan. Siap muka puas hati gituww.
Tengoklah gambar di bawah, betapa seronoknya Dhia Zahra mencuba alat gamelan. Siap muka puas hati gituww.
![]() |
| Dhia Zahra seronok bermain gamelan jawa |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~






