Pernah dengar tentang Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel? Gel ini adalah produk Korea yang amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sentisif kerana teksturnya yang lembut dan menenangkan. Selain itu, gel ini juga sejuk dan segar meresap terus ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Ianya bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral. Paling best sesuai digunakan untuk seluruh badan tanpa sebarang kesan sampingan.
![]() |
| Sentuhan tersayang lebih bermakna dengan Jayeon Aloe Vera |
Kegunaan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Kandungan di dalam Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel merangkumi beberapa bahan yang mampu memberikan kesan positif kepada kulit seperti :
>> Rosemary leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
>> Green tea leaf : Antioksidan
>> German chamomile leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
>> Aloe Baradensis leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
>> Byungpul extract : Membaiki dan melegakan kulit
>> Licorice root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
>> Mulberry root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
>> Artemisia absinthium extract : Anti bakteria dan melegakan kulit
Cara menggunakan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Cara penggunaan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini sama seperti anda memakai losyen badan. Bezanya adalah ia juga boleh disapukan pada wajah yang bertindak sebagai pelindung sinar uv selain melembapkan kulit.
Setelah anda membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan anda. Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan keputusan yang lebih memuaskan.
Harga Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Harga gel yang wangi ini adalah RM19.90 sahaja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pernah dengar jenama Sothys? Ia adalah rangkaian produk kecantikan dari Paris. Kali ini CN ingin review satu salah satu barangan set kecantikan jenama Sothys iaitu Hydra-nourishing mask yang CN dapat dari 100comments.com. Setakat ini CN tak pernah dengar lagi jenama Sothys ni. Tapi bila dapat je parcel dari abang posmen, tak bukak lagi parcel dah boleh bau wangi. Ia bersaiz kecil iaitu 50 ml sahaja.
![]() |
| Sothys hydra nourishing mask dari Paris |
Review Sothys hydra nourishing mask
1. Mudah untuk digunakan
: Sapukan lapisan tebal Sothys hydra nourishing mask pada kulit wajah dan leher. Biarkan untuk 10 hingga 15 minit. Kemudian cuci muka anda dengan pencuci muka kegemaran. Anda akan rasakan wajah anda segar dan berbau wangi serta lembab.
: CN pakai mask ni selepas muka burn kena panas dek latihan rumah sukan. Lepas pakai, kulit wajah rasa segar, lembab dan hilang bintik-bintik merah. Dah tak ada rasa gatal-gatal sebab bila muka burn ni, rasa pedih dan gatal-gatal.
2. Bau
: CN suka sangat dengan bau Sothys hydra nourishing mask ni. Sangat wangi dan menenangkan.
3. Tidak menyakitkan
: Sesetengah mask menyebabkan muka tegang ketika dipakai dan menyakitkan apabila hendak dicuci. Tapi berbeza dengan Sothys hydra nourishing mask ni, anda terasa tidak memakai mask dan relax je. Cukup masa, cuci muka dan lap bersih. Mudah sangat !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Review for rewards! Macam menarik kan? Anda review dan anda diberi ganjaran. Semuanya ada di 100comments. Ada pelbagai contest yang dianjurkan oleh facebook 100comments. Hanya share, tag dan komen. Sangat mudah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis produk untuk direview dengan hanya berikan review di lamanweb 100comments dan request produk apa yang diminati dalam senarai yang disediakan.
Setakat ni CN dah dapat produk kecantikan CNP Laboratory Invisible Peeling Booster, Lavigato Awekening Hair Loss Prevention Shampoo, dan Collagen by Watson dari 100comments.com untuk direview. Best sangat sebab semua produk ni beratus harganya. Sudah tentu hadiah paling lumayan dari 100comments adalah penginapan 2 hari 1 malam bersama buffet dan dinner berharga RM500.
Berminat untuk review pelbagai produk dari 100comments.com?
Layari facebook mereka >> 100comments.com >> untuk update terkini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cikgu juga manusia biasa mempunyai mood yang pelbagai. Ada masa, ceria sangat dan ada juga masa bertukar menjadi hulk! CN juga kadang-kadang tak dapat lari dengan bad mood bila masuk kelas untuk mengajar. Cuma kalau boleh elakkan bad mood tu sebelum masuk mengajar supaya tidak dilabel pelajar >> Cikgu cengeng, Cikgu hulk, cikgu muka ketat, cikgu poyo dan sebagainya.
Bagaimanakah mendapatkan mood yang baik sebelum masuk mengajar?
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mood yang baik sebelum mengajar. Meh CN kongsi 4 cara untuk mendapatkan mood yang baik sebelum masuk kelas.
1. Makan
: Pastikan perut anda kenyang kerana 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!!'. Bila perut kenyang, confirm anda akan senang hati. Bila anda masuk kelas mengajar dengan hati yang senang, anda akan tersenyum riang dan relax untuk mengajar. Bila anda relax dan cool, confirm pelajar akan suka dan seronok belajar. Tapi jangan pulak relax sangat, risau pelajar hover dan pijak kepala cikgu pulak.
2. Pernafasan yang betul
: Apakata 10 minit sebelum masuk mengajar, duduk berehat dan tarik nafas dalam-dalam serta hembuskan dengan mulut. Ulang sampai anda rasa tenang.
3. 'Buang'apa yang patut
: Pastikan sebelum masuk mengajar, buang air besar atau kecil supaya tidak mengganggu mood anda ketika mengajar. Bayangkan tengah mengajar, tiba-tiba nak berak. Kan mengganggu mood gituw? Bila penat jalan pegi toilet, dah bertukar mood kan?
4. Tengok video kelakar
: 10-15 minit sebelum masuk mengajar tu, apakata rehat-rehat sambil tengok video kelakar. Macam CN sebelum masuk mengajar, wajib makan dulu sambil tengok Running Man. Tapi kena tengok jam ye jangan sampai terlajak seronok tengok Running Man sampai lupa masuk kelas. Dosa tau...no, no, no! Bila tengok video kelakar ni, kita akan ketawa dan dalam masa yang sama mood kita akan bertukar positif. Bila masuk kelas pun boleh senyum-senyum ceria gituww..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~










