Apabila tuntutan keje yang terlalu banyak sampai tak tahu nak buat yang mana satu dulu, kita rehatkan minda dengan donat sedap dari Big Apple. Nyum..nyum..nyum..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa taknak wajah cantik berseri kan? Pasti ramai yang sentiasa mencari tips dan petua untuk menjadikan wajah cantik berseri. Pelbagai produk di pasaran yang menawarkan kesan cantik berseri tetapi kebanyakan produk tersebut mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan memberi kesan yang bahaya kepada kulit kita. Rangkaian Nature Solution dari The Plant Base iaitu produk penjagaan kulit terkenal dari Korea merupakan produk yang mendapat sijil ECOCERT. Rangkaian Nature Solution ini terdiri daripada 4 produk iaitu buih pembersih, air penghidrat buluh, pati kulit dan emulsi penghidratan buluh yang bebas dari bahan kimia!
Ekstrak buluh korea merupakan kandungan utama di dalam rangkaian Nature Solution dari The Plant Base ini. Ekstrak buluh ini dapat membantu anda mengekalkan kulit yang sihat disamping mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit dan membina semula pelindung semulajadi kulit terhadap penuaan. Disamping membantu mengurangkan kedutan, ia juga meningkatkan keseriaan kulit secara semulajadi.
CN gunakan Skin Essence ini sebelum tidur dan apa yang CN perasan, bila bangun tidur, kulit wajah rasa lembap dan tidak kering. Sesuai dipakai jika anda terdedah kepada cahaya matahari dan aircond.

Kunci keseriaan kulit dari Ekstrak buluh Korea
Ekstrak buluh korea merupakan kandungan utama di dalam rangkaian Nature Solution dari The Plant Base ini. Ekstrak buluh ini dapat membantu anda mengekalkan kulit yang sihat disamping mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit dan membina semula pelindung semulajadi kulit terhadap penuaan. Disamping membantu mengurangkan kedutan, ia juga meningkatkan keseriaan kulit secara semulajadi.

The Plant Base Nature Solution Skin Essence
Ramuan sah ECOCERT yang terkandung dalam produk ini terdiri daripada 62.84% air buluh dan 13 jenis minyak semula jadi. Ramuan paten Inflax™ The Plant Base juga ditambah untuk menyampaikan fungsi anti-oksidan dan melegakan kulit. Ia menggunakan teknologi “oil-drop” supaya bahan-bahan aktif boleh menyemai jauh ke dalam lapisan kulit untuk memaksimumkan hasil penambahbaikan kulit. Pati Kulit Nature Solution ini menggalakkan pembaharuan semula jadi kulit untuk kesan keserian dan mengurangkan kedutan pada wajah. Kulit kelihatan lembap dan cerah selepas pengunaan.![]() ![]() |
| Tekstur The Plant Base Nature Solution Skin Essence |
CN gunakan Skin Essence ini sebelum tidur dan apa yang CN perasan, bila bangun tidur, kulit wajah rasa lembap dan tidak kering. Sesuai dipakai jika anda terdedah kepada cahaya matahari dan aircond.

Cara Penggunaan The Plant Base Nature Solution Skin Essence
Selepas menggunakan Hydrating Bamboo Water, sapukan jumlah yang mencukupi dan tekan perlahan-lahan pada kulit wajah dan leher dengan hujung jari. Teksturnya agak pekat dan digalakkan pakai sebelum tidur untuk memberi kesan menyeluruh.

The Plant Base Nature Solution Hydrating Bamboo Water
Penyegar toner semulajadi yang organik dan hypoallergenic ini mengembalikan tahap kelembapan kulit dan membina pertahanan kulit terhadap kesan penuaan. Ia memberi kelembapan segera dan melembutkan kulit. Formula ini terdiri daripada ramuan sah ECOCERT termasuk 76.6% air buluh, 6000mg ekstrak dahan Buluh Korea, Inflax ™ dan dua lapisan minyak Argan dan air buluh.

![]() |
| Tekstur The Plant Base Nature Solution Hydrating Bamboo Water |
CN gunakan Hydrating Bamboo Water sebelum memakai loose powder pada waktu pagi untuk menjadikan wajah nampak segar dan berseri-seri. Teksturnya yang cair mudah untuk diserap pada kulit. Hydrating Bamboo Water ini juga membantu memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit wajah. Jadi keje sampai tengah hari pun, wajah nampak berseri-seri dan tidak pucat.

Cara Penggunaan The Plant Base Nature Solution Skin Essence
Goncang sebelum digunakan. Sapukan jumlah yang mencukupi pada muka dan tepuk dengan ringan sehingga di serap. Sesuai dipakai selepas mandi untuk membantu memberikan kelembapan pada kulit.
Berminat untuk mencuba rangkaian produk The Plant Base ini?
“The Plant Base” Nature Solution Natural Cleansing Foam dijual pada harga runcit RM71.90 (120 ml), Hydrating Bamboo Water pada RM109 (150ml), Skin Essence pada RM129 (40ml), dan Hydrating Bamboo Emulsion pada RM125 (125ml). Ia boleh didapati di 15 kedai Watson terpilih dan BIG Pharmacy di Malaysia dari Mei 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Plant Base, layari http://www.theplantbasemalaysia.co.
#ThePlantBase
Untuk maklumat lanjut mengenai The Plant Base, layari http://www.theplantbasemalaysia.co.
#ThePlantBase
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ada pelbagai jenama lipstik dan matte di pasaran. Setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing. Untuk matte pilihan CN adalah jenama In2It. Colour stix matte ini tidak kering dan lembap. Sesetengah matte perlu dipakai bersama dengan lip balm, tapi tidak untuk In2It matte ini. In2It colour stix matte ini boleh terus dipakai pada bibir tanpa perlu tambahan lip balm kerana ia moist dan terasa 'ringan' pada bibir.
![]() |
| Review In2It Colour Stik Matte |
In2It Colour Stik Matte Tomato Pilihan CN
Pilihan CN adalah color tomato yang agak merah dan garang. Jika nak pakai merah garang, boleh disapu tebal tetapi jika nak agak-agak lembut tu hanya sapu nipis je, terus keayuan dan kelembutan terserlah pada wajah.
![]() |
| Review In2It Colour Stik Matte |
CN suka sangat In2It Colour Stix Matte kerana ia mengandungi pelembap. Tidak seperti sesetengah jenama matte yang agak kering dan perlu dipakai bersama lip balm. Paling penting ia tahan lama ! Jimat gituw..
Harga In2It Colour Stix Matte ni dalam linkungan RM12 - RM15. Pernah adik CN beli di Watson masa promosi cuma RM8.90 je ! Murah kan? CN pun beli di Watson konon-konon ada diskaun RM11.90. Okay la, murah sangat dan berbaloi.
![]() |
| Sapuan tebal In2It Colour Stix Matte menyerlahkan wajah dan nampak agak berani |
![]() |
| Sapuan nipis In2It Colour Stix Matte membuatkan wajah nampak lembut dan sweet gituw |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~











