Gambar Irfan ni ketika cuti CNY yang lalu. Bila tengok je gambar ni, dengan automatik Irfan akan request "Mama, Irfan nak pergi umah tokwan !"
Amboi nak, "Hang ingat dekat umah tokwan tu Irfan oii, Irfan tido bangun balik tido balik pun tak sampai lagi tau." Hehehehe..
Masa balik kampung CNY ritu Irfan merungut jauh sangat umah tokwan, tapi seronok sebab mak sedara semua melayan dia. Ni request lagi nak balik kampung. Kita tengoklah cuti nanti macam mana ye.
Amboi nak, "Hang ingat dekat umah tokwan tu Irfan oii, Irfan tido bangun balik tido balik pun tak sampai lagi tau." Hehehehe..
Masa balik kampung CNY ritu Irfan merungut jauh sangat umah tokwan, tapi seronok sebab mak sedara semua melayan dia. Ni request lagi nak balik kampung. Kita tengoklah cuti nanti macam mana ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena workshop Toyota Eco Youth 2017 yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam selama 3 hari 2 malam, CN mengambil inisiatif dengan membawa 1 keluarga menginap di sana. Bertabahlah Encik Suami menjaga Dhia Zahra yang tak berapa sihat sebab kena ceri beri dan Irfan Hensem yang eksited asyik nak mandi di tub bilik je ! Next entry CN akan cerita tentang program Toyota Eco Youth tu ye. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang pengalaman CN menginap di Hotel Concorde Shah Alam selama 3 hari 2 malam.
![]() |
| Hotel Concorde Shah Alam |
Review CN menginap di Hotel Concorde Shah Alam
Bilik CN ialah 1022 iaitu bilik yang terletak di tingkat 10. Bilik ini menempatkan 2 katil saiz king dan mengadap Masjid Shah Alam. Terdapat meja dan kerusi belajar dimana sesuai dijadikan tempat untuk percutian business. Paling best sudah tentu ada tub mandi ! Tapi malangnya, CN tak sempat nak berendam sebab mengadap Dhia Zahra yang tidak sihat.
Berbanding dengan bilik yang kami menginap di Hotel Armada, bilik 1022 agak sempit. Agak terbatas pergerakan anak-anak CN yang super aktif tu. Walau bagaimanapun, CN suka dengan amenities yang bertemakan hitam. Nampak esklusif gituw.
![]() |
| Amenities Hotel Concorde Shah Alam |
![]() |
| Bilik mandi di Hotel Concorde Shah Alam, ada tub gituww |
Bilik di Hotel Concorde juga menyediakan bekas thermos yang agak besar. Sesuai untuk simpan makanan. Tapi CN guna untuk rendam botol susu Dhia! Hehehe
![]() |
| Ruang bersantai di dalam bilik |
Bilik di Hotel Concorde Tidak Kedap Bunyi
Apa yang mengecewakan CN apabila menginap di hotel 4 bintang ini adalah biliknya yang tidak kedap bunyi. Bayangkan CN boleh dengar suara Dhia Zahra menangis dari luar lif lagi sedangkan bilik CN terletak dihujung sekali !
Suara anak kawan CN yang menangis di bilik sebelah pun boleh dengar dengan jelas. Tak ada privasi tau !
![]() |
| Pemandangan Masjid Shah Alam dari dalam bilik 1022 |
Lokasi Hotel Concorde Shah Alam
Hotel Concorde Shah Alam ni bersebelahan dengan Plaza Masalam. Senang sangat nak ke sini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ikan cencaru sumbat inti kelapa sememangnya kepakaran Encik Suami. Tugas CN biasanya buat cili kicap pedas berasap sebagai pencicah. Bahan inti kelapa ni senang je nak buat, yang CN malas nak buat adalah mengikat inti ke dalam kelapa. Kalau guna benang yang jahit baju tu, biasanya akan putus masa proses menggoreng. Disebabkan tiada benang yang tebal tu, suami CN guna daun serai sebagai tali pengikat. Oklah, ada rupa dan yang pasti rasanya sedap !
![]() |
| Ikan cencaru sumbat kelapa |
Resepi ikan cencaru sumbat kelapa
Bahan-bahan membuat ikan cencaru sumbat kelapa
Ikan cencaru 5 ekor
Kelapa parut setengah biji
3 batang serai di potong kasar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
seberapa biji cili padi bergantung kepada tahap kepedasan cili tersebut
Garam dan kunyit secukup rasa
Cara-cara membuat ikan cencaru sumbat kelapa
1. Gaul rata garam dan kunyit pada ikan cencaru, Tepikan
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi. Campurkan bahan tumbuk tersebut ke dalam kelapa parut. Masukkan serai yang dipotong kasar. Gaul rata.
3. Sumbatkan inti kelapa ke dalam ikan cencaru dan ikan ikan tersebut supaya inti kelapa tidak keluar semasa proses menggoreng.
4. Goreng sehingga masak dan hidangkan bersama cili kicap ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~













