CN percaya pasti ramai pegawai kerajaan tahu akan kewujudan cuti kuarantin. Cuti kuarantin ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Cuti kuarantin ini adalah kepada pegawai kerajaan yang mengidap penyakit berjangkit sama ada dalam Malaysia atau baru pulang dari luar negara.
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Selain itu, cuti kuarantin ini juga layak dipohon oleh pegawai yang anaknya mengidap penyakit berjangkit atau perlu dikuarantin yang telah diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan/swasta.
Anak disini bermaksud :
>> anak kandung
>> anak tiri tanggungan
>> anak angkat de facto
>> anak angkat (akta 257 tahun 1952)
>> anak peliharan (akta kanak-kanak 2001)
Cara Memohon Cuti Kuarantin
1. Dapatkan laporan perubatan Doktor kerajaan/swasta yg mengesahkan penyakit berkaitan.
2. Lampirkan laporan perubatan yang asal bersama borang permohonan cuti kuarantin. Nyatakan bilangan hari cuti yang dipohon.
3. Ketua Jabatan MEMPERTIMBANGKAN bilangan hari cuti yang dipohon dan meluluskan mengikut keperluan perkhidmatan.
4. Kemudahan cuti berdasarkan setiap kes.
5. Cuti kuarantin akan dicatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.
6. Jenis Penyakit : Malaria, Demam Denggi ,Campak, Chikenpox, Tangan Kaki n Mulut (HFMD) dan Difteria (sejenis penyakit yg berkaitan batuk & sesak nafas. Namun di malaysia kanak-kanak sudah diberi dos suntikan sejak kecil).
7. Cuti MESTI dipohon (bukan seperti mc)
8. Cop tarikh terima dokumen doktor (mesti disertakan pada borang)
9. Luluskan 1 hingga 5 hari (bukan wajib 5 hari)
10. Klausa 13 pada pekeliling - hak KETUA JABATAN atas kepentingan perkhidmatan bukan semestinya terus dapat cuti
Pekeliling Cuti Kuarantin
Cuti kuarantin untuk penjawat awam by Cekgu Norazimah on Scribd
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget, beginilah rupanya. Baik je tak ada gaduh-gaduh bila tengok video. Si Abang pun okay je nak berkongsi gadget dengan adiknya. Cuma kadang-kadang si adik ni agak hover suka merampas barang dari abang, masa tulah baru gaduh ! Hehehe..
CN akan pantau kegunaan gadget ni pada anak-anak. Memang tidak dapat dipisahkan gadget dengan kanak-kanak pada zaman sekarang, cuma perlu dipantau. Ada masa tertentu untuk tengok gadget. Ada masa main dan ada masa untuk makan. Cuma kadang-kadang Irfan tu selalu sambil makan sambil tengok You Tube, memang geram!
CN akan pantau kegunaan gadget ni pada anak-anak. Memang tidak dapat dipisahkan gadget dengan kanak-kanak pada zaman sekarang, cuma perlu dipantau. Ada masa tertentu untuk tengok gadget. Ada masa main dan ada masa untuk makan. Cuma kadang-kadang Irfan tu selalu sambil makan sambil tengok You Tube, memang geram!
![]() |
| Irfan Hensem & Dhia Zahra bersantai dengan gadget |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa yang tidak tergoda bila tengok menu raya yang lengkap macam gambar di bawah ni kan? Gabungan nasi himpit bersama kuah kacang, rendang ayam serta masak lodeh, pergh ! Terima kasih boss kerana belanja. Bahagia je buat keje bila perut kenyang hokay..hehe
![]() |
| Menu raya : Nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam & masak lodeh |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti pertengahan penggal 1 hampir tiba, rasanya CN tak pergi bercuti ke mana-mana kot sebab Encik Suami agak sibuk. Jadi bila cuti seminggu nanti mesti bosan jika tiada aktiviti menarik bersama anak-anak. Maka terdetiklah di hati untuk membuat projek DIY bersama anak bujang CN si Irfan Hensem. Seronok gak melayan keterujaan Irfan Hensem bila CN dapat hasilkan sesuatu yang baru. Sekarang ni senang, nak beli barang-barang untuk projek DIY online je. Salah satu lamanweb yang menjual barang dan alatan untuk projek DIY dan craft adalah asma-felt-box.com
Di dalam Eksited Pack ini mengandungi
Projek DIY dengan asma-felt-box
asma-felt-box.com menjual pelbagai bahan-bahan felt craft secara online seperti kain felt, pelbagai jenis butang yang comel-comel, keychain, brooch, peralatan menjahit dan banyak lagi. Produk utama yang dijual adalah polyester felt, starter pack dan butang-butang comel.
![]() |
| Pelbagai jenis butang yang comel-comel di Asma Felt Box |
Bagi anda yang meminati seni craft, jahitan atau projek DIY, asma-felt-box.com adalah tempat yang paling sesuai sebagai rujukan anda.
Eksited Pack untuk Beginner
Bagi beginner macam CN, Eksited Pack yang berharga RM29 ini sangat sesuai !
![]() |
| DIY projek dengan Asma Felt Box |
>> 10 pcs felt saiz 23x25 cm
>> 5 pcs keychain
>> 5 pcs split ring
>> 5 pcs HP straps (mixed kaler)
>> 5 pcs brooch panjang
>> 5 pcs brooch pendek
>> Pek benang
>> 5 pcs brads (mixed kaler)
>> 38 pcs butang (mixed design & kaler)
>> 10 pcs hiasan tampalan (mixed design & kaler)
>> 30 pcs eyes (mixed size)
>> 4 pcs hair clips (mixed design & size)
>> 3 pcs ribbons (50 cm each mixed design)
>> 1 pack fiber
>> Tali halus
>> 2 pcs bell
>> 1 template book
>> 1 modul jahitan Ebook
![]() |
| Eksited Pack yang telah selamat sampai ke tangan CN, tak sabar nak bercraft |
Nilai sebenar barang-barang di atas adalah RM33.43 dan ia hanya dijual dengan harga RM29 sahaja. Berbaloi kan?
Berminat untuk mendapatkan pelbagai alatan untuk craft dan projek DIY anda?
Hubungi :
Website : http://asma-felt-box.com/
Email : asema84@gmail.com
Facebook : facebook.com/asmafeltbox
Oh ya, FREE postage apabila anda membeli di website dengan harga RM100. Barang akan dipos setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pastikan pembayaran sebelum 12 tengah hari untuk dipos pada hari yang sama ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~











