30032016 - 30032017: Alhamdulillah, seakan sekejab je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun anak dara CN seorang ni. Rasanya masih terasa lagi kesakitan saat melahirkan si bambam ni.
Semoga Dhia Zahra membesar menjadi anak yang solehah ye sayang.
![]() |
| Dhia Zahra setahun |
p/s : Hokay, nak makan kat mana ye celebrate birthday anak dara CN sorang ni? Nanti CN cerita dalam next entry ye. Stay tune..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Adidas Group telah memperkenalkan koleksi terbaru Adidas UEFA Champions League Arena Edition deodoran body spray, eau de toilette dan body shower selaras dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA. Dengan menggunakan gaya tersendiri Liga Juara-Juara
UEFA, rekaan koleksi Adidas UEFA Champions League Arena Edition ini ialah perak kebiruan dimana telah menambahkan nilai mutu semulajadi rangkaian ini.
![]() |
| Wangian terbaru Adidas UEFA Champions League Arena Edition |
Adidas Group ialah sebuah industri barangan sukan yang
terulung di dunia yang menawarkan portfolio yang luas merangkumi kasut, pakaian,
perkakasan sukan dan gaya hidup berkisar jenama utamanya iaitu Adidas, Reebok,
Taylor Mada, Rockport dan Reebok-CCM Hockey. Beribu pejabat di Herzogenaurach,
Jerman, adidas Group mempunyai lebih daripada 55,000 pekerja di
serata dunia dan mempunyai hasil jualan kira-kira €17 bilion pada 2015.
Koleksi terbaru Adidas UEFA Champions League Arena Edition
Pengalaman suasana yang unik ketika melangkah memasuki
stadium menginspirasikan Adidas untuk mencipta Edisi Arena wangian yang baru untuk lelaki ini dengan
aroma haruman oriental yang melambangkan kuasa dan kejayaan. Gabungan menyegarkan bergamot, epal dan rosemary ini memberikan kesegaran yang maksima menjelang sepak mula.
![]() |
| Adidas UEFA Champions League Arena Edition : Eau de toilette |
Koleksi terbaru Adidas UEFA Champions League Arena Edition ini khas buat Encik Suami. Bayangkan betapa excitednya dia bila balik kerja penat-penat, dapat hadiah set Adidas ni dari Puan Isteri. Terus dicuba body spray & eau de toilette yang sangat wangi. Koleksi terbaru Adidas ini berbau lelaki yang seksi tapi sweet sebab ada bau rosemary dalamnya tau. Kemain CN describe bau dia kan? Hehehe..
Koleksi terbaru dari Adidas ni memang mengancam. CN sendiri suka bau shower gelnya. Memang menggoda.
![]() |
| Adidas UEFA Champions League Arena Edition : Deodoran body spray |
Koleksi terbaru dari Adidas ni memang mengancam. CN sendiri suka bau shower gelnya. Memang menggoda.
![]() |
| Adidas UEFA Champions League Arena Edition : Shower gel |
Harga Adidas UEFA Champions League Arena Edition
Penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA yang baru berada di pasaran ini merangkumi:
- Adidas lelaki
UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit
RM32.90
- Adidas lelaki
UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit
RM24.90
- Adidas lelaki
UEFA 3 Deodoran Body Spray 150ml, harga runcit RM17.90
![]() |
| Wangian terbaru Adidas UEFA Champions League Arena Edition |
Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara
UEFA ini telah berada di pasaran bermula daripada Februari 2017 dan boleh didapati di
pasar raya dan farmasi terkemuka. Jom dapatkannya sekarang khas buat yang tersayang.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baru-baru ni CN dapat 1 produk dari 100comments untuk dicuba. Mascara jenama EMPRO adalah produk dari Korea. Hah ! Kemain tau CN ni, mentang-mentang dah declare beauty blogger, asyik review produk dari Korea je tau ! Ok, EMPRO Day&Night Mascara ni didatangkan dengan kotak berwarna silver. Sangat esklusif tau. Kotaknya ringan je, mudah dibawa ke mana-mana.
![]() |
| EMPRO Day & Night Mascara |
Review EMPRO Day & Night Mascara
1. Two in one
: Mempunyai 2 jenis berus yang mempunyai 2 fungsi iaitu lengthen + extra curl dan volume + extra curl.
: CN paling sukakan fungsi volume + extra curl, memang mata nampak menyerlah dan seksi gituw.
2. Mudah digunakan
: Sangat mudah untuk digunakan. Tidak berketul dan mudah juga untuk ditanggalkan.
3. Jimat
: Tak perlu beli 2 jenis mascara untuk 2 fungsi berbeza. Cukup dengan 1 EMPRO Day & Night Mascara.
4. Ringan
: Ringan dan bersaiz kecil. Mudah dibawa ke mana-mana.
![]() |
| EMPRO Day & Night Mascara |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem memang dari kecil sampai sekarang suka sangat makan sate. Pantang nampak sate, duk mengadap benda tu je. Sempena CN berkursus di Hotel Concorde yang lalu, CN belanja Encik Suami dan Irfan Hensem makan dekat the best sate in the town iaitu Sate Station Seksyen 9, Shah Alam. Siapa geng CN suka makan sate di Satay Station meh sep sikit.
![]() |
| Irfan yang kusyuk makan sate dari Satay Station |
Bestnya sate di Satay Station ni adalah portionnya yang besar. Tengoklah gambar di atas, saiz sate lagi besar dari ibu jari Encik Suami. Sate dagingnya berjuicy dan tidak liat. Bahan perapan meresap ke dalam isi sate. Memang sedap ! Kuah satenya pulak jangan cakap la, pedas, manis, masin, pekat, semua bergabung ! Memang puas makan sate di Satay Stationnya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~












