Irfan Hensem & Dhia Zahra selalu tau buatkan gambar CN nampak syok sendiri. Mamanya kemain excited senyum lebar tengok kamera sedangkan anak-anak bajet model buat-buat pandang tempat lain! Tak aci tau !
![]() |
| CN syok sendiri bersama-sama anak bertuah Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Silat pengantin ataupun nama lainnya silat sembah pengantin adalah salah satu warisan melayu ketika majlis bersanding. Biasanya pengantin dikehendaki untuk duduk di kerusi biasa di tengah panas untuk menyaksikan persembahan silat pengantin ini. Walaupun di tengah panas, pasti akan ada ramai orang yang berkerumun untuk menyaksikan silat pengantin ini kerana kesenian bunganya yang menarik serta sudah pasti menunggu adegan lucu untuk kenakan pengantin.
Rakaman Silat Pengantin Yang Menghiburkan
Video di atas adalah rakaman semasa majlis perkahwinan sepupu Encik Suami di Kajang. Pada mulanya cuma adik ipar CN yang bersilat, tiba-tiba ayah mertua eksited terus masuk gelanggang untuk buat persembahan khas buat anak sedara tersayang. Memang menghiburkan kerana main acah-acah je lebih ayah mertua CN sorang ni. Sampai semput orang tua tu bersilat tau! Hehehe...
| Silat sembah pengantin |
Silat Sembah Pengantin Ketika Majlis Perkahwinan CN
Saja throwback beberapa keping gambar semasa majlis resepsi di rumah mertua CN. Memang meriah silat sembah pengantin ini. Paling best, pesilat-pesilat ini siap tunggu di jambatan ketika kami berarak. Dah macam lalu bawah pedang gituw.
| Serius muka pengantin sebab panas ! Hehehe |
Tidak ketinggalan persembahan silat pengantin solo oleh adik ipar yang ketika itu masih form 4. Adegan acah-acah salam pengantin lelaki yang menyebabkan semua orang ketawa ketika itu. Memang menghiburkan !
| Tersenyum lebar pengantin semasa adegan acah-acah salam pengantin |
CN berharap agar seni silat sembah pengantin ini diteruskan hingga ke anak cucu kita nanti. Ia adalah salah satu daripada beribu warisan melayu yang mesti dikekalkan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Masih ingat lagi tentang Program Toyota Eco Youth yang CN cerita sebelum ni? Kali ni CN mohon sokongan pembaca-pembaca tersayang untuk FOLLOW & LIKE instagram Team EcoPanglima iaitu << EcoPanglima >>. Akan ada update terkini tentang program ini dari semasa ke semasa ye. Jom layari lamanweb rasmi Team EcoPanglima untuk perkembangan terkini << SMK TELOK PANGLIMA GARANG >>
Jangan lupa support team EcoPanglima dengan menggunakan hashtag #EcoPanglima #TeamSelangor #MyToyotaEcoYouth2017 di media social.
Jangan lupa support team EcoPanglima dengan menggunakan hashtag #EcoPanglima #TeamSelangor #MyToyotaEcoYouth2017 di media social.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika suami membawa pulang ikan siakap hasil pancingan, pasti antara menu biasa adalah ikan siakap masak sweet sour, ikan siakap masak pedas, ikan siakap stim atau pun paling malas goreng kunyit je. Tapi kali ini CN pertama kali mencuba ikan siakap masak asam pedas. Serius sangat sedap ! Rasa manis ikan siakap bercampur dengan kuah asam pedas yang masam-masam pedas, memang menambah selera !
Ok, lepas ni nak cuba lah ikan tenggiri masak asam pedas pulak, agak-agaknya sedap tak?
![]() |
| Ikan siakap masak asam pedas |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~





