Siapa tahu..
Anak yang sangat nakal akan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti & menjadi anak yang taat pada ibu bapanya.
Siapa tahu..
Lambat kahwin sebenarnya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenar-benarnya.
Siapa tahu..
Ujian & musibah yang kita tanggung sehingga membuat kita rasa letih, sehingga kita rasa lemah, Allah berikan hikmah yang kita tidak pernah duga..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Pejam celik pejam celik, 4 tahun lebih CN berblog dan 2 tahun secara serius. Memang seronok menjadi seorang blogger ni. Paling kelakar CN pernah ditanya di facebook, "Macam mana nak jadi blogger?" Simple, untuk menjadi seorang blogger anda mesti mempunyai blog! Tanpa blog siapalah blogger kan? CN ditanya lagi, "Senang ke nak buat blog?" Senang jika anda berusaha untuk memahami dan susah jika anda malas ! Dan jika anda serius berblog, sudah tentu anda ingin jenama anda sendiri seperti www.cekgunorazimah.com. Takkan nak berkongsi nama dengan blogspot atau wordpress kan?
![]() |
| Cara mudah mencari web hosting murah dan dipercayai |
Mudah Untuk Membina Web
Bagi CN, mudah untuk membina web atau blog. Banyak panduan membina web/blog di Google malah youtube. Hanya ikut langkah-langkah sahaja dan anda membina membina web/blog yang menarik. Begitu juga panduan untuk mencari web hosting untuk web/blog anda. Pengalaman CN sendiri, untuk mencari company yang provide web hosting ni, paling penting adalah support service. CN pernah burn duit beli domain dekat company myXXX ni disebabkan oleh support service yang teruk. Memang frust tapi itu bukan penghalang untuk CN menjenamakan cekgunorazimah.com. Sebelum membeli domain atau web hosting di sesuatu company, anda perlu membuat perbandingan dan baca review pengguna yang telah menggunakan servis mereka. Itu sangat penting sebelum anda kecewa kemudian hari !
10 Langkah untuk Mendapatkan Web Hosting Murah
CN tertarik dengan artikel yang dikongsikan di www.webhostingsecretrevealed.net. Penulis berkongsi tips 10 langkah untuk mendapatkan web hosting murah dan dipercayai. Memang tips yang diberi sangat mudah difahami. Paling best, penulis sendiri menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Baru la jujur kan? Walaupun web hosting murah, paling penting dipercayai. Jangan ingat benda murah tidak berkualiti hokay..
Web Hosting Murah yang Popular
Sebenarnya banyak company yang menawarkan web hosting yang murah. Terpulang kepada anda sahaja untuk memilih berdasarkan ciri-ciri yang anda mahukan.
Di www.webhostingsecretrevealed.net, penulis telah menyenaraikan web hosting murah yang popular berdasarkan pilihan pengguna. Siap dengan rating dan ciri-ciri lagi. Memang detail. Sangat bermanfaat untuk mereka yang membuat survey. Bayaran pulak kurang dari $5 per month.
![]() |
| Web hosting murah |
Jadi, tiada yang mustahil untuk membina lamanweb profesional sendiri dengan kos hosting dan domain yang murah. Pilihan ditangan anda.
Pelbagai web hosting review yang boleh dijadikan rujukan
>> http://www.webhostingsecretrevealed.net >>
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hokay, ikut tekak CN antara ayam goreng McD dengan ayam goreng KFC, sudah tentu ayam goreng KFC lagi sedap ! Almaklumlah, dah lama sebati dengan tekak, bila rasa ayam goreng spicy McD rasa agak kureng sikit. Tapi masih sedap dan sudah tentu rangup macam dalam iklan tu !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem & Dhia Zahra selalu tau buatkan gambar CN nampak syok sendiri. Mamanya kemain excited senyum lebar tengok kamera sedangkan anak-anak bajet model buat-buat pandang tempat lain! Tak aci tau !
![]() |
| CN syok sendiri bersama-sama anak bertuah Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







