Bercerita tentang travel adventure, CN tak dapat lupakan pengalaman CN hiking di Gua Tempurung di Perak 3 tahun yang lalu. Best sangat. CN seolah-olah masuk ke dunia baru. Rasa teruja bila masuk ke dalam Gua Tempurung. Cuma masa tu trip kami memilih Pakej Top Of The World di mana pakej ini adalah pakej kering yang tidak melibatkan aktiviti merangkak-rangkak di dalam sungai. Sudah tentu jika diberi peluang, CN pasti akan mencuba aktiviti yang melibatkan sungai. Best woo..
Hiking ke Gua Tempurung
Sempena tahun melawat Perak, pakej hiking ke Gua Tempurung adalah antara aktiviti wajib jika anda ke Perak. Kedudukan Gua Tempurung yang tidak jauh dari bandar Ipoh memang memudahkan pelancong untuk mendapatkan tempat tinggal.
Paling senang, anda boleh booking hotel dan tiket flight di Traveloka.com. Anda pelbagai jenis hotel yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
| Pemandangan yang awesome di dalam Gua Tempurung |
CN cadangkan anda menginap di hotel sekitar bandar Ipoh. Jarak perjalanan dari bandar Ipoh ke Gua Tempurung lebih kurang 40 minit sahaja. Sebelum aktiviti seharian di Gua Tempurung, anda boleh jalan-jalan di bandar Ipoh yang mempunyai pelbagai tarikan.
| Peringatan untuk pengunjung di hadapan kaunter tiket Gua Tempurung |
Apa yang menarik di Gua Tempurung?
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Menariknya di dalam Gua Tempurung, selain anda disajikan pemandangan yang sangat awesome, anda juga akan mendapat pelbagai info menarik tentang kejadian unik di dalam Gua Tempurung serta ada dipamerkan juga alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.
| Pelajar CN di hadapan Gua Tempurung sempena trip kelas 3 tahun yang lalu |
Terdapat 4 pakej yang ditawarkan kepada pengunjung di Gua Tempurung iaitu :
Pakej 1 : Golden Flowstone
Bayaran : RM6
# Diberi nama Golden Flowstone kerana apabila hujan, sungai yang mengalir akan melalui bukit membentuk air terjun. Dan istimewanya air terjun tersebut akan berkilau keemasan di dalam gua.
Pakej 2 : Top of the World
Bayaran : RM9
# Pakej pilihan kami merangkumi laluan pejalan kaki yang kering sehingga ke hujung gua. Tangga yang dipanjat pulak dalam tak sedar rupa-rupanya 640 anak tangga ! Double dari Batu Cave! Memang best ! CN paling suka dekat Wind Tunnel dimana rasa angin yang damai even kita di dalam gua. Memang ajaib, dari manalah angin tu datang sebab Wind Tunnel ni di tengah2 gua..kena tengok National Georaphy untuk tahu jawapannya ! Hehehe
Pakej 3 : Top of the World & Short River Adventure
Bayaran : RM11
# Pakej basah dimana perlu merentasi anak sungai di dalam gua. Ramai kawan yang dah pergi cakap memang best merangkak-rangkak di dalam gua ! Pergh ! Kena repeat lagi ke Gua Tempurung ni.
Pakej 4 : Grand Tour
Bayaran : RM22
# Pakej paling best merangkumi laluan2 yang adventure. Keluar daripada tour ni melalui anak sungai di bawah jambatan tempat entrance. Sebab kitorang tak amik pakej ni, keluar jer dari gua, terjun gak ke dalam sungai ! Last2 basah gak baju budak2 ni duk main air,,hehehe
| Pemandangan di dalam Gua Tempurung |
| Pemandangan dari luar jalan masuk ke Gua Tempurung. Air sungai ni memang jernih dan sejuk. Seronok main air di sini. |
Sempena cuti sekolah ni, apalah salahnya membawa anak2 hiking di Gua Tempurung. Selain banyak ilmu yang dapat berkaitan bentuk muka bumi (cikgu Geografi la katakan), kepuasan pasti terpamer di wajah anak2 kerana hiking di Gua Tempurung tak sama dengan hiking di shoping complex!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dah lama CN tengok iklan-iklan Moeder di facebook. Agak tergoda dan CN telah mencubanya. Alhamdulillah, memang CN berpuas hati dengan Moeder ini. Sudah tentu CN mengambil Moeder ini sebagai milk booster. Tahu tak, selain sebagai milk booster, Moeder ini juga sangat baik diamalkan oleh ibu mengandung malah dicadangkan untuk mereka yang ingin hamil.
Untuk ibu hamil, susu Moeder ini membantu untuk menguatkan kandungan, memberikan tenaga malah yang paling menarik adalah mencantikkan kulit ibu hamil. Almaklumlah, bila hamil ni hormon tak stabil. Mudah untuk mengalami masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam. Dengan Moeder ini, bukan sahaja bagus untuk kandungan malah untuk cantik sekali. Bonusnya adalah kulit bayi dalam kandungan juga akan turut cantik tau selain mengurangkan risiko demam kuning.
![]() |
| Review Moeder |
Moeder Milk Booster
Agak menyesal kerana CN tidak mengamalkan susu Moeder ini ketika preggy Dhia Zahra dulu. Tapi takpe, khasiat Moeder ini akan turut ditransfer ke dalam susu badan yang diminum oleh Dhia Zahra. Sudah tentu Moeder ini membantu memperbanyakkan susu badan selain memekatkan susu.
![]() |
| Harga Moeder |
Suka sangat bila pam susu, tengok susu pekat dan banyak. Senang hati tau sebab bertambahlah stok susu CN walaupun Dhia Zahra dah setahun. Bila susu pekat, Dhia Zahra cepat kenyang. Tak adalah dia 'melekat' je dengan CN.
![]() |
| Moeder rasa vanila yang sedap |
Cara minum Moeder
Apa yang CN paling suka tentang susu Moeder ini adalah ia di dalam sachet. Senang untuk diminum. Hanya campurkan 1 sachet Moeder ke dalam air suam 150 ml dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Susu Moeder ini boleh diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.
![]() |
| Susu Moeder di dalam sachet yang mudah untuk diminum |
Moeder ini perasa vanila. Memang sedap ! CN selalu amalkan Moeder ini selepas pas susu. Terus rasa kenyang sebab selepas pas susu ni biasanya akan ketaq kelaparan ! Hehehe
Testimoni Moeder
![]() |
| Testimoni Moeder : Susu banyak melimpah |
![]() |
| Testimoni Moeder : Kulit anak cantik |
![]() |
| Testimoni Moeder : Baby cepat kenyang |
![]() |
| Testimoni Moeder : Lebih sihat dan cantik |
Ingin mendapatkan produk Moeder ini?
Anda boleh dapatkan produk Moeder ini dengan harga RM159.00 sm / RM169.00 ss sebotol di kedai-kedai jamu seluruh negara ataupun hubungi pengedar sah produk Moeder iaitu :
Millennial Gen Sdn Bhd (1166981-P)
No 11-G, Jalan Keluli AL 7/AL,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Antara menu buffet breakfast di Hotel Armada PJ kegemaran CN adalah aneka roti dan muffin. Memang sedap. Roti omputih tu pula bergabung dengan dimsum yang panas-panas. Fuh ! Heaven..
![]() |
| Apabila masakan western bergabung bersama eastern |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Produk Harum Malam sudah lama berada di pasaran Malaysia. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan lagi terutama untuk wanita kerjaya macam CN ni. Bayangkan balik keje perlu menjalankan tugas sebagai suri rumahtangga pula. Memang memenatkan. Mujur ada suplemen Harum Malam ini yang membantu memberi tenaga kepada CN. Bukan sahaja mampu menjalankan tugas sebagai guru di sekolah, malah bertenaga menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan mama kepada 2 anak. Eh, jangan lupa, CN juga part time blogger yang menuntut CN untuk update blog dan media social sehingga tidur lewat malam. Tapi dengan Harum Malam, CN sentiasa bertenaga tau.
![]() |
| Review Produk Harum Malam |
Produk Harum Malam ini bukan sahaja memberi tenaga dan kecergasan, malah membantu mengurangkan masalah wanita seperti keputihan selain sangat bagus untuk penjagaan dalaman wanita. Almaklumlah, bila dah beranak 2 ni banyak yang perlu diperbaiki. Jadi 'baiki' dalaman anda dengan produk Harum Malam. Recommended by CN gituww..
Harum Malam untuk Ibu Menyusu
Selain bagus untuk wanita yang berkahwin, produk Harum Malam juga sesuai diamalkan untuk anak dara tau. Selain tu, suplemen Harum Malam ini juga sesuai diambil untuk ibu menyusukan bayi kerana ia membantu memberikan tenaga kepada ibu.
![]() |
| Produk Harum Malam untuk ibu menyusu |
Cara Pengambilan Harum Malam
Bagi CN, cara pengambilan Harum Malam paling berkesan jika di ambil dua kali sehari iaitu pada awal pagi sebelum breakfast dan sebelum tidur dengan menggunakan sudu plastik. Jika diambil pada awal pagi sebelum bersarapan, memang dapat melawaskan perut dan memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari.
![]() |
| Kandungan di dalam produk Harum Malam |
Pastikan Harum Malam Original baru beli
Disebabkan kepopulariti produk Harum Malam ini sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk Harum Malam yang tiruan.
Bagaimana untuk mengenalpasti produk tiruan atau original? Jom lihat gambar di bawah untuk penerangan lanjut.
Testimoni Produk Harum Malam
![]() |
| Testimoni produk Harum Malam |
![]() |
| Testimoni produk Harum Malam |
![]() |
| Testimoni produk Harum Malam |
![]() |
| Testimoni produk Harum Malam |
Ingin mendapatkan produk Harum Malam ini?
Anda boleh dapatkan produk Harum Malam ini dengan harga cuma RM33.00 sm / RM39.00 ss sebotol di kedai-kedai jamu seluruh negara ataupun hubungi pengedar sah produk Harum Malam iaitu :
Millennial Gen Sdn Bhd (1166981-P)
No 11-G, Jalan Keluli AL 7/AL,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~























