Kadang-kadang seronok tengok instagram Instafemes berOOTD dengan pelbagai pakaian dan gaya yang menarik. Bukan tak teringin, lagi-lagi berOOTD bersama si aktif Irfan Hensem & Dhia Zahra, barulah real parenting blogger kan? Tapi itulah, nampak tak semenggah gambar OOTD weouls sebab anak-anak CN ni suka buat muka. Tak si abang, adik yang akan buat muka. Macam gambar bawah ni si adik taknak pandang kamera manakala abangnya pulak buat muka serius macam tu! Geram betul ! Jadilah maknya syok sendiri konon-konon berOOTD. Please jangan kecam CN hokay😉
![]() |
| Cikgu Norazimah OOTD bersama si aktif Irfan Hensem & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lazada Malaysia Big Baby Fair kini kembali lagi bermula 26 hingga 30 Julai. CN memang sentiasa ternanti-nanti Big Baby Fair ini sebab sudah tentu pelbagai tawaran menarik ditawarkan. Paling best diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan ibu serta bayi. Antara jenama terkemuka yang menawarkan pelbagai tawaran menarik serta murah adalah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku, Fisher Price dan banyak lagi! Rugi jika tak mengambil peluang keemasan ini. Lazada Malaysia Big Baby Fair kali ini best sangat sebab dah dapat gaji, yeah !
Sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ini, anda bukan sahaja akan menikmati diskaun hebat dan jualan murah dari pelbagai jenama, malah boleh juga mengharapkan penghantaran PERCUMA apabila membeli produk terpilih. Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia terutamanya di LINE Lazada Malaysia.
Sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ini, anda bukan sahaja akan menikmati diskaun hebat dan jualan murah dari pelbagai jenama, malah boleh juga mengharapkan penghantaran PERCUMA apabila membeli produk terpilih. Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia terutamanya di LINE Lazada Malaysia.
![]() |
| Lazada Malaysia Big Baby Fair kini kembali lagi |
Promosi Huggies di Lazada Big Baby Fair
Antara banyak-banyak tawaran menarik yang ditawarkan sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ini, CN paling tertarik dengan tawaran menarik dari Huggies. Almaklumlah, anak-anak CN memang pengguna tegar jenama Huggies ini. Sudah tentu excited bila tengok tawaran super murah jenama Huggies ini sempena Big Baby Fair kali ini.
![]() |
| Promosi Huggies di Lazada Big Baby Fair |
Kenapa CN pilih Huggies? Sudah tentu sebab utama CN memilih Huggies untuk anak-anak CN adalah kerana produk ini clinically proven dan overnight protection. Tak perlu bangun tengah malam untuk tukar lampin anak.

Ada pelbagai tawaran menarik dari Huggies sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ini tau. Paling best belian pack of 3 dengan harga yang super murah.
![]() |
| Klik sini untuk lihat tawaran menarik dari Lazada : Huggies Drypants Pack of 3 hanya RM79.90 sahaja bermula 26 hingga 30 Julai 2017 |
Huggies Drypants Pack of 3 hanya RM79.90 sahaja
Sempena Lazada Big Baby Fair ni, harga Huggies Drypants cuma RM79.90 sahaja tau. Harga ini cuma available semasa 26 hingga 30 Julai 2017 ini sahaja. Kena cepat dapatkan Huggies Drypants ini sementara stok masih ada. Ingat ye, 26 hingga 30 Julai hokay.



Lazada Malaysia Big Baby Fair
Jadi apa tunggu lagi, buat reminder pada henpon anda tentang Lazada Malaysia Big Baby Fair yang akan berlangsung dari 26 hingga 30 Julai ini. Setiap hari pasti akan ada pelbagai tawaran menarik yang mesti direbut. Ada tawaran Gift With Purchase, Buy 1 FREE 1, Buy More Save More serta paling dinanti-nanti adalah diskaun sehingga 80% !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulilah, bulan puasa yang lepas CN ada join giveaway Rempah Mak Siti anjuran page facebook FoodiLIFEcious. Elok je minggu kedua raya CN dah dapat parcel rempah Mak Siti ni. Memang best ! Banyak woo..boleh la masak macam-macam ni ! Ada pelbagai pilihan rempah Mak Siti tau.
![]() |
| Pelbagai pilihan rempah Mak Siti |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hujung minggu CN sentiasa penuh dengan aktiviti bersama anak-anak. Yela, setelah 5 hari bekerja sampai kan kadang-kadang Sabtu pun terganggu demi tugasan hakiki sebagai seorang guru, hujung minggu la masa untuk bersama keluarga tersayang. Mujur Sabtu ni tiada aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan, boleh la CN bawak anak-anak ke The Parenthood Sunway Pyramid untuk kelas tarian. Kelas tarian di The Parenthood? Ye, selain tarikan utama The Parenthood iaitu Playland, terdapat juga kelas tarian setiap hari Sabtu hokay. Kelas tarian ini terbuka untuk semua kanak-kanak lelaki atau perempuan yang berumur 2 hingga 12 tahun .
![]() |
| Kinderdance di The Parenthood Sunway Pyramid |
![]() |
| CN & Irfan Hensem sebelum kelas Kinderdance bermula |
Irfan sertai Kinderdance di The Parenthood
Tahukah anda bahawa Kinderdance adalah program tarian nombor satu di U.S dan kini program yang sama telah berada di Malaysia iaitu di The Parenthood Sunway Pyramid. Kinderdance ini adalah program kecergasan untuk kanak-kanak belajar tentang membina keyakinan diri serta gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Paling best sudah tentu untuk trial class adalah PERCUMA.
The Dance Project iaitu pelbagai kelas tarian bukan sahaja untuk kanak-kanak malah ibu bapa sekali boleh join tau.
![]() |
| Salah seorang cikgu Kinderdance yang sangat ceria |
![]() |
| Pelbagai jenis tarian yang di ajar tau |
Kindertots adalah kelas tarian untuk kanak-kanak berumur 24 hingga 36 bulan cuma berharga RM29 sahaja per lesson. Untuk Irfan pula adalah Kinderdance iaitu kelas tarian untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun yang berharga RM35 per lesson. Selain itu, ada juga Kids Yoga untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun, Bolly Shape untuk orang dewasa bersama kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas dan Zumba untuk dewasa.
![]() |
| CN bersama Irfan & Aqila sebelum kelas tarian bermula |
![]() |
| Irfan bersama sepupunya Aqila & Afiq menari di Kinderdance |
![]() |
| Dhia Zahra terpegun tengok orang menari sampai terduduk |
![]() |
| Selepas habis kelas Kinderdance, kelas menari untuk mak-mak pulak, memang happening tengok mak-mak menari melepaskan tension gituwww |

Jom sertai Kinderdance di The Parenthood Sunway Pyramid
Kinderdance ini bermula setiap hari Sabtu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.45 untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun manakala dari pukul 10.55 pagi hingga 11.25 pagi pula untuk kanak-kanak berumur 24 hingga 36 bulan.
Untuk keterangan lanjut, hubungi :
Hp : 0162968983 (Cheryl)
Email : info@theparenthood.com.my
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















