Sempena cuti sekolah yang lalu, CN berkesempatan membawa anak-anak ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan. Jarak dari rumah ke Farm In The City lebih kurang 35 minit sahaja. Sebenarnya dah lama CN dengar tentang tempat ni, cuma kali ini baru berkesempatan membawa anak-anak disebabkan ada event sempena Pertandingan Public Speaking anjuran Johan Speaking Academy di sana.
![]() |
| CN & keluarga di Farm In The City, Seri Kembangan |
Farm in The City adalah Mini Zoo dengan pelbagai haiwan yang jinak
Apa yang menarik di Farm In The City adalah anda berpeluang ber'mesra' dengan haiwan di sini. Kura-kura bergerak bebas dan anda boleh bagi makan serta bergambar peluk-peluk dengan kura-kura kalau anda mahu. Sudah tentu si kecil akan lebih excited bila dapat bagi binatang-binatang ini makan.
![]() |
| Antara pelbagai spesis kura-kura di Farm In The City |
Anak bujang CN si Irfan Hensem sampai merajuk sebab keldai takmau makan daun yang diberikannya. Nak buat macam mana, kekenyangan binatang ini asyik disumbat makan je !
![]() |
| Irfan Hensem bergambar dengan burung kakak tua dan burung hantu |
Antara haiwan yang paling menjadi perhatian orang ramai untuk bergambar adalah burung hantu dan burung kakak tua. Macam gambar Irfan di atas ni, kemain excited dapat bergambar berlatarbelakangkan burung hantu. Paling best, si burung hantu tu steady je tunjuk muka macho bila bergambar.
![]() |
| CN pun excited bergambar dengan burung hantu |
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun turut excited bila dapat pegang burung kakak tua dan bergambar. Cuma burung kakak tua di Farm In The City ni tak berapa kecoh berbanding di Zoo Taiping. Dia penat kot..hehehe
![]() |
| CN bergambar dengan burung kakak tua & Dhia Zahra hanya memandang sebab takut ! |
![]() |
| CN bergambar dengan burung kakak tua sampai tak perasan tudung senget-senget! |
Longkang Fishing?
Hah, Longkang Fishing juga menjadi perhatian ramai kanak-kanak. Disini anda boleh menangkap anak ikan menggunakan jaring yang disediakan. Tapi anak-anak ikan ni sangat laju tau. Sampai give up anak bujang CN tak dapat tangkap walhal sekor anak ikan pun. Sabar jela ye.
![]() |
| Bergambar di Longkang Fishing |
![]() |
| CN & Dhia Zahra asyik bergambar manakala abang Irfan Hensem gigih menangkap ikan di Longkang Fishing |
Memberi ikan makan di Fish Feeding
Selain tangkap anak ikan di Longkang Fishing, anda juga boleh memberi ikan makan di Fish Feeding. Anda boleh membeli makanan ikan di mesin token yang terletak berdekatan dan bebas memberi makan kepada ikan-ikan kolam yang gemok-gemok disitu.
![]() |
| Welfie dengan Encik Suami sambil berlatarbelakangkan ikan-ikan gemok yang sentiasa lapar |
![]() |
| Encik Suami & anak-anak di Fish Feeding |
![]() |
| Muka puas hati Irfan Hensem dapat jalan-jalan di Farm In The City |
![]() |
| Sijil kehadiran untuk semua pelancong yang datang ke Farm In The City |
Harga tiket Farm In The City
Harga tiket masuk ke Farm In The City untuk warganegara Malaysia adalah RM32 untuk dewasa manakala RM27 untuk kanak-kanak. Manakala untuk pelancong asing harga tiket masuknya adalah RM48 dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak.
Waktu operasi pula adala dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang untuk hari biasa manakala dari 9.30 pagi hingga 6 petang untuk hari cuti sekolah/umum.
Lokasi Farm In The City
Untuk ke Farm In The City, landmark utama adalah Giant Seri Kembangan. Memang mudah ke sini. Cuma bila cuti sekolah biasanya parking penuh dan anda terpaksa parking di tepi jalan.
Masalah kulit termasuk freckless, pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering hasil dari gaya hidup kurang sihat, tekanan dan ketidakseimbangan hormon yang tidak sihat adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita sekarang ini. Kulit putih dan cerah secara dalaman serta luaran menjadi idaman kebanyakan wanita termasuklah CN.
Sebagai jawapan untuk atasi masalah kulit termasuk freckless, pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering, Sato Pharmaceutical Co Ltd dari Jepun telah melancarkan satu siri pemutihan baru iaitu Hakubi White C Siri dengan Vitamin C, L-Cysteine dan B6 untuk kulit yang sihat.
Hakubi White C Plus mengandungi formula unik menggalakkan kesihatan kulit dengan membaik pulih tanda pigmentasi, freckles dan kulit kering disebabkan oleh tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Hakubi White C Plus menawarkan makanan tambahan kesihatan untuk kegunaan harian dalaman. Ia mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Panthothenate Kalsium dan diambil secara oral.
Mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Panthothenate Kalsium adalah suplemen oral kegunaan harian untuk memperbaiki secara dalaman.
Vitamin C - Antioksidan yang menggalakkan penyembuhan
Vitamin C dan L-Cysteine - Menjaga kesihatan tubuh badan
L-Cysteine - Menggalakkan metabolisme kulit
Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu Vitamin C kerana ia berfungsi dalam badan. Ia membantu dalam metabolisme karbohidrat serta lemak dan mempunyai kesan detoksifikasi.
Vitamin B6 - Mengaktifkan metabolisme kulit dan membantu menjana semula kulit
Hakubi White C Plus dimakan 2 biji 3 kali sehari. Boleh dikunyah macam Encik Suami CN buat atau telan terus macam CN yang memang jenis takut telan pil ! Hehehe...
Hakubi C Gel pula mengandungi derivatif Vitamin C disapu pada kulit dan meresap serta mengurangkan tandaan dan pigmentasi selain pengeluaran melanin dan menggalakkan metabolisme kulit yang sihat serta berseri.
Gel jernih dengan derivatif Vitamin C dan ekstrak Licorice ini membantu memperbaiki kulit secara luaran.
>> Meresap ke dalam kulit untuk membersihkan kecacatan dan freckles
>> Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi daripada kecacatan dan freckles
>> Mengetatkan, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit.
>> Mengekalkan kulit yang sihat.
>> Melembap dan melindungi kulit.
>> Menghalang kulit kering dan jerawat. Kesan antioksidan menghalang jerawat dengan mengurangkan pengoksidaan lemak
>> Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan.
>> Berkesan pada kulit dengan mengaktifkan sistesis kolagen.
>> Menghalang bintik selepas rawatan.
![]() |
| CN bersama Hakubi White C Plus & Hakubi White C Gel |

Hakubi White C Plus
Hakubi White C Plus mengandungi formula unik menggalakkan kesihatan kulit dengan membaik pulih tanda pigmentasi, freckles dan kulit kering disebabkan oleh tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Hakubi White C Plus menawarkan makanan tambahan kesihatan untuk kegunaan harian dalaman. Ia mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Panthothenate Kalsium dan diambil secara oral.
![]() |
| Hakubi White C Plus |
Mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Panthothenate Kalsium adalah suplemen oral kegunaan harian untuk memperbaiki secara dalaman.
Vitamin C - Antioksidan yang menggalakkan penyembuhan
Vitamin C dan L-Cysteine - Menjaga kesihatan tubuh badan
L-Cysteine - Menggalakkan metabolisme kulit
Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu Vitamin C kerana ia berfungsi dalam badan. Ia membantu dalam metabolisme karbohidrat serta lemak dan mempunyai kesan detoksifikasi.
Vitamin B6 - Mengaktifkan metabolisme kulit dan membantu menjana semula kulit


Cara pemakanan Hakubi White C Plus
Hakubi White C Plus dimakan 2 biji 3 kali sehari. Boleh dikunyah macam Encik Suami CN buat atau telan terus macam CN yang memang jenis takut telan pil ! Hehehe...
![]() |
| Rupa Hakubi White C Plus |
Hakubi White C Gel
![]() |
| Hakubi White C Gel |
![]() |
| Tekstur Hakubi White C Gel |
Gel jernih dengan derivatif Vitamin C dan ekstrak Licorice ini membantu memperbaiki kulit secara luaran.
>> Meresap ke dalam kulit untuk membersihkan kecacatan dan freckles
>> Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi daripada kecacatan dan freckles
>> Mengetatkan, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit.
>> Mengekalkan kulit yang sihat.
>> Melembap dan melindungi kulit.
>> Menghalang kulit kering dan jerawat. Kesan antioksidan menghalang jerawat dengan mengurangkan pengoksidaan lemak
>> Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan.
>> Berkesan pada kulit dengan mengaktifkan sistesis kolagen.
>> Menghalang bintik selepas rawatan.


Harga Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel
Hakubi White C Plus 180 biji dijual pada harga RM122.85 manakala Hakubi White C Gel ialah RM97.41 sahaja.
![]() |
| Jom dapatkan Hakubi White C Plus & Hakubi White C Gel di SASA & Watsons terpilih |
Ingin mencuba Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel?
Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel boleh didapati di semua cawangan SASA dan Watsons terpilih di seluruh Malaysia.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba Hakubi White C Plus yang bukan sahaja mencerahkan dan mencantikkan kulit, malah meningkatkan metabolisme badan untuk lebih cergas dan sihat.
Jangan lupa Hakubi White C Gel untuk pemangkin mencerahkan dan mencantikkan kulit secara menyeluruh.
CN dah cuba, anda bila lagi?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, program Kembara Jom Jimat Elektrik anjuran Team Eco Panglima dari SMK Telok Panglima Garang telah berjaya dan mendapat liputan di lebih 50 web seluruh Malaysia. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi memaparkan laporan Kembara Jom Jimat Elektrik di web dan blog masing-masing.
Seperti yang dijanjikan, disini CN senaraikan nama web & blog yang telah membantu memaparkan laporan Kembara Jom Jimat Elektrik ini. Jom blogwalking rakan-rakan media dan blogger yang sangat sporting dan supportive ini.
Senarai web yang memaparkan laporan Kembara Jom Jimat Elektrik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~























