CN percaya setiap wanita pasti sukakan benda yang cantik. Tidak terkecuali baju yang cantik seperti puteri. Pasti anda pernah berangan untuk memakai gaun cantik bagaikan puteri kan? Sebab tu semasa majlis kahwin CN belah perempuan, CN berkeras juga dengan Encik Suami untuk pakai outfit pengantin ala-ala princess & prince untuk photoshoot. Itu cerita 6 tahun yang lepas. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda gaun pengantin muslimah ala fairytales. Serius cantik giler gaun pengantin muslimah ni ! Alangkah bahagianya jika dapat berphotoshoot dengan gaun pengantin muslimah ala fairytales ni.
![]() |
| Gaun pengantin muslimah ala fairytales |
Bagaikan fairytales dengan gaun pengantin muslimah ini
CN dapat gambar ni dari perkongsian rakan-rakan di facebook. Sumber asal tidak pasti. Apa yang pasti, siapa yang design baju pengantin muslimah ni memang sangat-sangat berbakat besar. Cantik sangat ! Dengan warna yang lembut dan kalerful, wah sangat hokay !
![]() |
| Gaun pengantin muslimah ala fairytales |
Untuk yang masih mencari-cari design untuk gaun pengantin muslimah, apa kata cuba design ni. Sangat-sangat elegen !
![]() |
| Gaun pengantin muslimah ala fairytales |
![]() |
| Gaun pengantin muslimah ala fairytales |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Program Toyota Eco Youth 2017 telah berakhir minggu lepas. Walau bagaimanapun, kemenangan tidak berpihak kepada Team Eco Panglima. Its ok, bak kata pengetua sekolah kami, yang menang sikit, tapi yang kalah ramai! Tak perlu sedih, masing-masing dah cuba yang terbaik. Pengalaman menyertai program Toyota Eco Youth ini yang paling bernilai.
Problem Solving Methodology di Toyota Eco Youth
Jika sebelum ini, CN pernah dengar tentang Problem Solving Methodology tapi tak pernah praktik teori tu. Tapi di Toyota Eco Youth, semua team yang menyertai program ini belajar tentang teory of problem solving methodology dan terus praktis teori tersebut di sekolah. Memang mencabar apabila anda diberi masa selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk projek yang WOW !
![]() |
| CN bersama Team dari SMK Raja Perempuan Ipoh |
Memang tidak dinafikan, sekolah yang memenangi tempat pertama Toyota Eco Youth 2017 iaitu SMK Raja Perempuan Ipoh layak bergelar juara kerana projek mereka memang WOW. Memang jauh panggang dari api dengan Projek Jom Jimat Elektrik dari sekolah CN.
Tapi CN berbangga dengan ketua kumpulan Team Eco Panglima iaitu Abdul Shaziq Banin yang tidak pernah putus asa walaupun struggle dengan kenaikan pangkat dalam KRS dan exam. Tugas Banin sebagai presenter di booth Team Eco Panglima juga harus dipuji kerana mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan mudah difahami oleh pelawat yang datang. Pujian juga harus diberi kepada semua Team Eco Panglima yang telah berusaha sehabis baik dan tidak kenal erti putus asa untuk mengharumkan nama SMK Telok Panglima Garang sebagai wakil Selangor di Toyota Eco Youth 2017.
SMKTPG akan terus memburu juara !
![]() |
| Guru pembimbing Team Eco Panglima bersama Pengetua |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harimau SMKTPG menjadi landmark untuk bergambar bagi warga sekolah. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda gaya cikgu-cikgu dan pelajar 5 TMK bergambar berlatarbelakangkan lukisan harimau 3D yang hensem ni ! Kalau anda datang ke SMK Telok Panglima Garang, jangan lupa untuk bergambar dengan harimau SMKTPG ini tau !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya pasti ramai dikalangan pembaca tersayang membesar dengan MILO. Lirik lagu MILO paling terngiang-ngiang ditelinga adalah "Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!". Semestinya Milo antara minuman kegemaran CN dan keluarga. Kalau tengah hari kelaparan, minum setin Milo Original dan kenyang hokay.
![]() |
| Milo tin original |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~














