Bila scroll gambar lama, tiba-tiba terpandang gambar kek orea aiskrim yang super sedap ni. Yang paling sedap adalah krim aiskrim nya. Sedap sangat sampai berebut hokay ! Alahai, mana nak carik kek orea aiskrim sedap di Telok Panglima Garang ni ye?
![]() |
| Kek Oreo Aiskrim sedap di Telok Panglima Garang |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya bila anda ingin mencuba sesuatu product, pasti langkah pertama adalah Google tentang product tersebut. Sudah pasti anda ingin membaca review dari customer tentang product tersebut bukan? Antara lamanweb trusted tentang review product yang menjadi pilihan CN adalah ProductNation. Anda pernah dengar tentang lamanweb ProductNation?
![]() |
| Lamanweb ProductNation |
Review pelbagai produk dari ProductNation
Lamanweb ProductNation bukan sahaja lamanweb yang review tentang produk kecantikan seperti penjagaan kulit terbaik, kecantikan dan tips, malah lamanweb ini juga review tentang produk dari genre teknologi, peralatan dan kereta. Hah ! Satu lamanweb boleh dibaca bersama suami & isteri gituw, menarik kan?
Sudah tentu CN leka mengadap lamanweb ProductNation duk baca pelbagai review produk & tips tentang produk penjagaan kulit. Ia membantu CN membeli dengan lebih bijak gituw. Ialah, bila kita dah tahu tentang kelebihan dan kelemahan sesuatu produk tersebut, ia membantu kita membeli dengan lebih bijak. Paling menarik, siap dengan harga produk lagi. Jadi disini, bukan sahaja dapat tahu tentang detail sesuatu produk, malah dapat membuat perbandingan harga.
![]() |
| Antara artikel pilihan tentang penjagaan kulit terbaik di lamanweb ProductNation |
Sudah tentu CN paling suka baca artikel tentang penjagaan kulit terbaik. Ada pelbagai tips kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki yang boleh dijadikan sebagai panduan. Bukan sahaja review tentang produk, malah ada juga tips kecantikan yang boleh dijadikan sebagai panduan. Hah, dari anda duk leka baca artikel tentang gosip artis, lagi bagus anda baca artikel tentang penjagaan kulit terbaik ini! Banyak faedah gituw. Bukan sahaja boleh cantik, malah makin disayangi suami gituw. Yela, bila dah cantik sudah tentu suami makin sayang kan?
Mencari face mask pilihan di ProductNation
Baru-baru ni selepas pergi mandi manda di pantai Port Dickson, CN mengalami masalah burn yang teruk. Jadi CN mencari face mask yang sesuai untuk mengurangkan masalah burn tersebut. CN tertarik dengan artikel Wajah Anda Pasti Berseri dengan 8 Face Mask Pilihan Kami dari ProductNation ini. Ia memberi tips pilihan face mask untuk masalah CN. Siap dengan harga dan lamanweb yang menjual produk tersebut lagi. Sangat membantu !

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN memang rajin memasak. Lagi-lagi bila masak, Irfan makan sampai habis. Seronok sangat tengok! Salah satu makanan kegemaran Irfan adalah mee goreng kicap pedas. Hah! Jangan terkejut, anak jawa yang baru berumur 5 tahun tu memang makan pedas. Tapi tak boleh lah terlalu pedas, just nice untuk budak kecik macam dia. Kalau ikut CN mau tambah cili padi, tapi sebab anak nak makan, cili padi potong letak tepi jela ye.
Mee Goreng Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat mee goreng kicap pedas
>>1 paket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
>>Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
>>1 bungkus fish ball (optional)
>>3 keping fishcat (optional)
>>Beberapa batang daun sawi
>>1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih (diblender)
>>2 sudu besar cili kisar
>>2 sudu besar cili sos
>>4 sudu besar kicap (sukatan bergantung kepada jenis kicap)
Cara-cara membuat mee goreng kicap pedas
>> Tumis bahan blender sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
>> Masukkan ayam, fish cat dan fish ball dan kacau rata.
>> Masukkan sos cili dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air untuk bagi mee berkuah.
>> Masukkan mee kuning dan kacau rata sehingga mee masak. CN suka masak mee lama sikit untuk menghilangkan rasa kapur dan bagi kuah meresap masuk ke dalam mee.
>> Tara ! Siap mee goreng kicap pedas.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







