Pernah dengar tentang PD Famous Cendol Coconut Shake? CN pun baru first time dengar. Yela, dah lama CN tak mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Masa nak ke pantai tu ternampak kedai besar ni di sebelah kiri jalan. Terus decide balik mandi nanti confirm singgah ke PD Famous Cendol Coconut Shake. Apa yang menarik tentang tempat makan best di Port Dickson ini? Meh teruskan bacaan anda.
![]() |
| Adik CN, Mak Uda melayan Irfan Hensem & Aqila bergambar di photobooth di PD Famous Cendol Coconut Shake |
Macam-macam ada di PD Famous Cendol Coconut Shake
PD Famous Cendol Coconut Shake antara tempat makan best di Port Dickson yang mesti anda singgah. Kami ke sini dalam pukul 1 lebih. Memang ramai orang siap ada bas rombongan Cik Kiah pun makan di situ. Memang padat. Mujur ada meja besar untuk family besaq kami. Ingat nak cuba asam pedasnya, tapi tengokkan queue yang panjang membantutkan hasrat untuk mencuba asam pedas.
![]() |
| Tempat makan best di Port Dickson, PD Famous Cendol Coconut Shake yang mesti anda singgah |
Tapi bila dah sampai ke PD Famous Cendol Coconut Shake mesti lah cuba cendol dan coconut shake. Rugilah dah datang tak cuba kan? Walaupun kena dua kali queue dimana first queue untuk order dan second queue untuk ambil makanan yang diorder, tapi semangat tetap kuat hokay.
![]() |
| Irfan Hensem menikmati coconut shake RM3 |
![]() |
| Kusyuk Dhia Zahra menghirup coconut shake di sini, sedap la tuh ! Encik Suami pulak kemain seronok, tak ingat pulak apa yang dibincangkan sampai seronok sangat tu..hehe |
![]() |
| CN terpaksa share coconut shake dengan Dhia Zahra, budak kecik tak boleh air sejuk banyak-banyak hokay |
Harga coconut shake RM3 secawan. Memang sedap dan mesti order ! Cendol pulak, Encik Suami ingin mencuba cendol durian yang berharga RM5. Cendol durian ni menggunakan pes durian. Bagi tekak CN memang sedap. Manakala adik CN pula ingin mencuba cendol aiskrim yang berharga RM5. Cendol aiskrim ni menggunakan ais krim vanila. Sedap juga. Not bad hokay !
![]() |
| Kiri cendol durian menggunakan pes durian & kanan adalah cendol aiskrim menggunakan aiskrim vanila |
Selain glamer dengan dengan asam pedas, ada juga makanan grill seperti kambing grill dan ayam grill. Kambing grill dalam gambo di bawah ni berharga RM8. Daging kambingnya lembut dan kuah black pepper nya not bad. Sesuai dengan harga RM8 tu.
![]() |
| Kambing grill RM8 |
Antara dessert mesti anda cuba di PD Famous Cendol Coconut Shake adalah pisang goreng cheese + chocolate. Berharga RM7, pisang gorengnya digoreng rangup di tabur dengan parutan cheese dan chocolate. Sedap hokay ! Anak bujang CN si Irfan dun meratah chocolate tu je. Encik Suami yang cerewet part makanan pun cakap sedap pisang goreng cheese + chocolate ni tau, jadi anda mesti cuba hokay !
![]() |
| Pisang goreng cheese + chocolate berharga RM7 |
![]() |
| Encik Suami kusyuk menikmati pisang goreng cheese + chocolate yang sedap tu |
Lokasi PD Famous Cendol Coconut Shake
Jika anda dari Port Dickson, kedai ni berada di sebelah kiri anda. Ada signboard besaq kaler merah yang pasti menarik mata anda untuk melihat. Berhadapan dengan Petron tau. Tempat parking walaupun luas, tapi masih tak cukup sebab PD Famous Cendol Coconut Shake ni menjadi tumpuan ramai orang. Anda boleh parking di tepi jalan atau di Petron tu, ops !
![]() |
| Irfan Hensem dah sampai PD Famous Cendol Coconut Shake, anda bila lagi? |
Isnin yang lalu sempena birthday Sultan Selangor, CN bersama keluarga kecil kami sempat jalan-jalan ke Port Dickson. Sudah tentu pantai pilihan kami di Teluk Kemang sebab ada macam-macam di sana. Ini merupakan kali pertama kami bawa Dhia Zahra mandi-manda di pantai Teluk Kemang ni. Pada mulanya memang drama sedih sebab menjerit-jerit budak kecil ni gelikan pasir pantai dan takut air laut. Tapi lama-lama terlebih eksited pula Dhia Zahra bermain pasir dan seronok mandi di dalam pelampung pink comel. Mujur drama melayu happy ending hokay! Alahai la anak...
![]() |
| Dhia Zahra muka hepi dapat main pasir |
Drama gembira Dhia Zahra di Teluk Kemang
Tengoklah video di atas, kusyuk anak dara CN si Dhia Zahra bersama abangnya Irfan & sepupu Afiq bermain pasir. Bebas berlari budak-budak ni. Its ok, asalkan mama nampak korang, main lah sepenuh hati ye.
Gambar di bawah pulak Dhia Zahra bersama kakak Aqila bermain pasir. Siap tunjuk peace kononnya tau anak dara sorang tu..hehe
![]() |
| Dhia Zahra dan kakak Aqila |
Mujur hari kami pergi mandi manda tu cuaca tak berapa panas. Kulit agak burn tapi tak berapa teruk. Biasalah, walaupun disapu satu botol sunblock, muka tetap burn hokay. Next entry CN akan cerita pulak aktiviti menarik selepas mandi manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson ini. Stay tune...
![]() |
| CN dan anak-anak bergambar sebelum berangkat balik |
![]() |
| Budak rambut toncet tinggi si Dhia Zahra yang penuh dengan surprise |
![]() |
| Bila bergambar sekeluarga di Pantai Teluk Kemang ni, anak-anak saje je sabotaj |
![]() |
| CN dan Dhia Zahra bersama Maklang & Mak Uda |
Lokasi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
The AsianParent telah menganjurkan event yang paling dinanti-nanti untuk tahun 2017 iaitu Baby Bash. Event ini khas untuk parents yang mempunyai anak-anak berumur setahun hingga 3 tahun. Sesuai sangat CN bawa Dhia ke event tersebut sebab ada pelbagai games menarik yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah mamanya sekali !
![]() |
| Baby Bash 2017 di IOI City Mall |
Pelbagai program menarik di Baby Bash 2017
Apa yang membuatkan CN teruja untuk join event Baby Bash anjuran TheAsianParent adalah pelbagai program menarik yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah ibu bapa sekali. Sudah tentu aktiviti yang paling menarik dan disukai anak-anak adalah main sepanjang hari di Dreamworld Playland. Dari pagi sampai ke petang anak-anak CN tak penat-penat duk bermain di Dreamworld Playland IOI City Mall tau. Lagi-lagi dengan pelbagai tambahan permainan di sana, lagi la teruja budak-budak ni.
![]() |
| CN & anak-anak di Baby Bash 2017 |
![]() |
| Bergambar di Dreamworld Playland IOI City Mall |
Selain bermain sepanjang hari di Dreamworld Playland, ada pelbagai games menarik untuk ibu dan bapa yang join tau. Antara games yang CN excited join adalah Hipseat Dance dengan Ezbaby. Setiap ibu bapa yang join dikehendaki menari bersama si kecil sambil memakai baby carrier jenama Ezbaby. Memang selesa menari dengan Dhia Zahra dalam baby carrier Ezbaby ni tau.
![]() |
| CN join Ezbaby Hipseat Dance |
![]() |
| CN dapat hadiah saguhati sebab join Ezbaby Hipseat Dance |
Selain itu, ada juga contest upload gambar di media social dan CN terpilih top 5 pemenang tau. Games treasure hunt juga CN join tapi kalah sebab CN memang teruk part carik barang tersembunyi ni ! Ada juga lucky draw, malangnya CN memang tak lucky ! Hahaha..
Keseluruhannya, memang enjoy sangat Baby Bash 2017 di IOI City Mall. Sure tahun depan CN akan join lagi sebab event ni memang sangat best dengan pelbagai goodies menarik & awesome.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

























