Pagi Ahad menjadi indah apabila dapat shopping di Pasar Kemboja Banting. Memang bahagia dengan harga pelbagai pakaian & tudung yang murah dan pelbagai jenis. Cuma sediakan duit je hokay. Selepas shopping boleh menikmati green tea RM2 cawan tinggi yang sedap dan pekat dari Pak Haji yang sangat pemurah. Kalau dekat tempat lain, confirm green tea cawan panjang macam ni paling murah pun RM3 tau.
![]() |
| Green tea RM2 yang sangat sedap |
![]() |
| Muka hepi CN & Miza dapat shopping di Pasar Kemboja Banting & bahagia menikmati green tea RM2 |
Lokasi Pasar Kemboja Banting
Pasar Kemboja Banting ini terletak di Jalan Masjid, Kanchong Darat. Dibuka pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 11 pagi.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Henna putih atau inai putih kini menjadi trend untuk bakal pengantin ketika majlis bersanding. Jika inai konvensional berwarna merah, tapi henna putih nampak elegen dan unik. Jika kena dengan pilihan corak, henna putih akan kelihatan sangat cantik dengan raja sehari. Bagi pandangan CN, henna putih ini sangat sesuai dengan busana berwarna putih atau krim. Sangat elegen hokay.
![]() |
| Corak henna putih yang minimalis |
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sebenarnya DIAM LEBIH BAIK daripada bersuara kerana mungkin kita akan menyakiti hati orang lain apabila bersuara...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Penuh wall facebook & instagram CN tentang raja buah iaitu durian. Masing-masing duk update kesedapan durian kampung yang telah beberapa minggu bermula musimnya. Tempat CN di Banting tidak terkecuali dengan musim durian ini. Mujur Encik Suami ada kenalan yang mempunyai dusun durian di Olak Lempit, Banting. Puas jugak la beberapa hari duk mengadap durian kampung yang baru luruh dari dusun durian. Paling best CN siap merasa ikut Encik Suami ke dusun ambil durian hokay. Siap 'bedah' durian di dusun paling best. Memang pengalaman baru bagi CN.
![]() |
| Encik Suami & BFF bersama durian kampung yang di'bedah' di dusun durian, panas dari oven hokay |
![]() |
| Durian kampung fresh dari dusun durian, nom nom nom |
![]() |
| Close up durian kampung original dari dusun durian Olak Lempit, Banting |
![]() |
| Close up sebelum durian kampung di'bedah' |
![]() |
| Rupa suku dari durian kampung yang telah di 'bedah' |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~













