Kerutuk ayam biasanya anda boleh jumpa di majlis kenduri kahwin. Memang sedap dan menyelerakan. Kadang-kadang tekak mengada-ngada CN ni teringin nak makan kerutuk ayam ni. Bukan susah sangat pun cara membuatnya. CN percaya anda pun boleh buat kerutuk ayam yang mudah ini. Meh tengok resepi kerutuk ayam cara CN.
![]() |
| Kerutuk ayam |
Resepi Kerutuk Ayam
Bahan-bahan membuat kerutuk ayam
1/2 ekor ayam dipotong
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka
Cara-cara membuat kerutuk ayam
>> Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender (rebus dulu cili kering )
>> Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka (supaya bahan tumisan cepat garing).
>> Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Masukkan sedikit air, kacau. Kemudian masukkan ayam
>> Gaulkan. Kemudian masukkan kerisik dan santan
>> Kacau sampai pekat dan agak kering. Sebelum tu masukkan garam, rasakan dan tengok pekat ikut cita rasa masing-masing.
>> Sedia untuk dihidang !
>> Sedia untuk dihidang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau dah namanya kaki bergambar, pantang nampak cermin besar. Pasti akan snap snap snap ! Mujur anak-anak juga kaki bergambar dan jadilah seperti gambar di bawah ! Lokasi bergambar adalah di tandas IOI City Mall tingkat 2 ! Hehehe..
![]() |
| Say cheese ! |
![]() |
| CN bersama Irfan Hensem, Dhia Zahra dan Maklang budak-budak ni iaitu Cik Wany |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain tajuk kari CN ni ye. Ada beza ke ayam hutan dan betina? Sudah tentu ada beza tau. Kita yang manusia pun berbeza lelaki dan perempuan, macam tu jugak la dengan ayam hutan ni. Kalau ayam hutan jantan, agak liat dan ambil masa yang lama untuk dimasak berbanding ayam hutan betina yang agak lembut dan tempoh masak yang tidak lama sama seperti ayam biasa. Bezanya ayam hutan betina dengan ayam biasa adalah teksturnya yang liat dan kalau anda kuat boleh cuba gigit tulangnya ! Pergh ! Keras okay ! Cuba kalau ayam biasa yang makan dedak tu, krup krap je tulangnya boleh digigit. Jadi apa kata sesekali cuba pulak kari ayam hutan betina ni, sedap hingga menjilat jari taw !
![]() |
| Kari ayam hutan betina in da house |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







