Bayangkan posmen menghantar sekotak barangan yang anda sendiri tidak tahu kandungan di dalamnya. Pasti mengujakan bukan? Itu la yang dirasakan oleh anak bujang CN si Irfan Hensem ketika menerima Surprise Box dari Atom & The Dot. Bukan sahaja Irfan yang teruja, malah CN sendiri juga turut teruja untuk mengetahui apakah isi kandungan di dalam Surprise Box dari Atom & The Dot ini.
Hadiah buat si kecil istimewa dari Atom & The Dot
Surprise Box yang diterima oleh Irfan dari Atom & The Dot ini dinamakan sebagai Surprise Box - Same Same But Different. Apa yang same same itu?
Surprise Box - Same Same But Different ini mengandungi pelbagai aktiviti untuk menerangkan kepada si kecil tentang rupa wajah keturunan seperti matanya diwarisi dari siapa, hidungnya diwarisi dari siapa dengan permainan match yang terdapat di dalamnya.
![]() |
| My Good Looks adalah permainan interaktif untuk menerangkan kepada si kecil tentang rupa wajah ahli keluarga |
Selain mengenali rupa wajah, si kecil anda juga turut boleh mengenali keluarga binatang dengan permainan "Balik Kampung". Permainan interaktif ini mengajar si kecil perbezaan rupa bentuk binatang mengikut keluarga binatang seperti keluarga kucing, keluarga burung dan macam-macam lagi.
![]() |
| Pelbagai barangan di dalam Surprise Box - Same Same But Different dari Atom & The Dot ini. |
Dapatkan Diskaun 10% Dengan Setiap Pembelian Surprise Box
Sempena CNY ini, anda boleh dapatkan diskaun 10% dengan setiap pembelian Surprise Box dengan memasukkan kod << CEKGUNORAZIMAH >> ketika membuat pembayaran. di
>> https://atomandthedot.com/product-category/subscription/
Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Lamanweb : https://atomandthedot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/atomandthedot/
Instagram : https://www.instagram.com/atomandthedot/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dulu CN selalu menyampah dekat lelaki kaki pancing yang selalu tinggalkan anak bini demi hobi memancingnya. Sebab menyampah sangat, hah ! Dapat pulok laki kaki pancing ! Padan muka ! Hehehe.. Nak tak nak, redha la dapat suami kaki pancing. Dah 7 tahun kot kahwin dengan Encik Suami. Itulah hobi dia. CN terima seadanya. Asalkan hasil pancingan masyuk macam ni, memang bikin senyum sampai ke telinga si isteri tau.
![]() |
| Encik Suami bersama hasil pancingan |
![]() |
| Ikan kerapu besaq hasil pancingan. Tembikai tu dah besar, ikan kerapu lagi besar hokay. |
![]() |
| Berat salah sekor ikan kerapu hasil pancingan hampir 12kg |
![]() |
| Hasil pancingan team Encik Suami |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harini merupakan birthday Encik Suami yang ke 3+. Jika 7 tahun dahulu, tarikh ini merupakan tarikh majlis bersanding kami. Alhamdulillah, kini sudah beroleh sepasang cahayamata. Semoga Encik Suami lebih matang menjadi ketua keluarga dan menjadi suami serta ayah yang 'power' untuk kami sekeluarga.
Happy Birthday sayang...
![]() |
| Encik Suami bersama anak sulung kami, Irfan |
![]() |
| Encik Suami bersama anak kedua kami, Dhia Zahra |
![]() |
| Keluarga kecil kami |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rasanya tetap dan berpencen CN sebagai guru penasihat Kelab Rekacipta dan Inovasi bersama rakan setugas yang juga merupakan guru matapelajaran Sains Komputer, Cikgu Wan Afizah. Apabila cikgu komputer menjadi guru penasihat Kelab Rekacipta dan Inovasi, sudah tentu aktiviti kelab mesti berkaitan dengan komputer ! Tempat perjumpaan pun di makmal komputer tau.
![]() |
| CN bersama setiausaha Kelab Rekacipta dan Inovasi, Nur Aqilah |
Perancangan Aktiviti Tahunan Kelab Rekacipta dan Inovasi
Berikut merupakan perancangan aktiviti tahunan kelab rekacipta dan inovasi. Diharap 70% berjaya dicapai.
1. Mesyuarat Agung
2. Pengenalan & suai kenal (ice breaking)
3. Merekacipta Roto Copter (sejenis permainan kanak-kanak)
4. Merekacipta produk ciptaan daripada barangan terpakai
5. Pertandingan merekacipta produk ciptaan daripada barangan terpakai
6. Minggu Teknik & Vokasional (pertandingan)
7. Kursus merekacipta lamanweb pendidikan
8. Kursus merekacipta poster kemerdekaan
9. Pertandingan merekacipta poster kemerdekaan
10. Pertandingan menghasilkan ABM(alat bantu mengajar) menggunakan PowerPoint
11. Pra picnic Kelab Rekacipta dan Inovasi
12. Picnic Kelab Rekacipta dan Inovasi
![]() |
| Buku laporan aktiviti kokurikulum Kelab Rekacipta dan Inovasi 2018 |
![]() |
| AJK tertinggi Kelab Rekacipta dan Inovasi sesi pagi 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















