Pakej Lengkap Perkahwinan di MZ Catering | Agak sukar untuk mencari pakej perkahwinan lengkap di bawah satu bumbung. Macam CN dulu, sewa khemah, katering dan baju perkahwinan semua di tempat yang berlainan. Memang memenatkan ! Tapi di MZ Catering, bukan sahaja anda boleh menempah catering pada harga yang reasonable, malah anda boleh menyewa dewan yang bertemakan garden serta pakej lengkap bersama pelamin & baju pengantin. Menarik bukan? Di MZ Catering, anda boleh dapatkan pelbagai pakej lengkap perkahwinan mengikut bajet anda.
Selain perkahwinan, MZ Catering juga menawarkan tempahan untuk pelbagai majlis seperti pertunangan, akad nikah, majlis syukur jambul, majlis hari jadi, majlis korporat dan macam-macam lagi.
Selain perkahwinan, MZ Catering juga menawarkan tempahan untuk pelbagai majlis seperti pertunangan, akad nikah, majlis syukur jambul, majlis hari jadi, majlis korporat dan macam-macam lagi.
![]() |
| Pakej Lengkap Perkahwinan di MZ Catering Bangi |
![]() |
| CN ketika menikmati menu yang super sedap dari MZ Catering |
Pakej Katering Pelbagai Majlis - MZ Catering
MZ Catering menawarkan pelbagai pakej katering untuk pelbagai majlis. Pakej bajet perkahwinan yang ditawarkan MZ Catering adalah serendah RM13.50 sahaja termasuk dewan/kanopi. Murah bukan? Menu untuk RM13.50 ini adalah nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, daging masak kari, acar jelatah, buah, air kordial, air kosong serta dilengkapi sekali dengan menu makan beradab yang merangkumi ayam golek dan ikan siakap sweet sour. Malah dalam pakej yang sama juga percuma kek 1 tingkat & guestbook.
![]() |
| Pakej Bajet Perkahwinan MZ Catering |
CN sendiri sudah mencuba menu nasi beriani, nasi hujan panas dan nasi minyak. Memang sedap ! Oh ya, laksa MZ Catering juga mesti dicuba. Sedap hokay. Bertambah-tambah CN makan.
![]() |
| Ayam masak merah dari MZ Catering |
![]() |
| Dalca sayur |
![]() |
| Daging salai masak lemak yang cenggini 👍 |
![]() |
| Daging masak hitam |
![]() |
| Aneka kek yang menjadi kegemaran anak-anak CN |
![]() |
| Aneka kuih, soto & laksa |
MZ Catering juga menawarkan pakej kambing golek serendah RM1300 seekor siap dengan sos black pepper, kentang putar & coleslaw. Kambing golek dari MZ Catering ini special sikit sebab lembut dan CN paling suka dengan sos black peppernya. Sedap !
![]() |
| Kambing golek yang lembut dan menjadi rebutan tetamu yang datang |
Dewan Bertemakan Garden - MZ Garden Hall
Kali pertama CN melangkah kaki ke MZ Garden Hall, wow ! Dewan bertemakan garden ini sangat luas dan boleh menampung lebih 1500 tetamu. Paling best sudah tentu kawasan parking yang luas serta menyediakan toilet & surau. Sudah tentu CN berasa bangga kerana MZ Garden Hall ini adalah milik melayu bumiputera.
Harga untuk sewa dewan bertemakan garden, MZ Garden Hall ini adalah serendah RM3000 sahaja !
![]() |
| Dewan bertemakan garden Bangi - MZ Garden Hall |
Jadi, jika anda mencari dewan bertemakan garden di Bangi pada harga yang reasonable, MZ Garden Hall adalah jawapannya. Selain MZ Garden Hall, ada juga MZ Diamond Hall yang dilengkapi dengan air-cond dan sesuai untuk majlis seperti seminar, kursus, dinner, birthday party malah reunion. Untuk Diamond Hall ini, harga sewaan adalah serendah RM100 /jam.
![]() |
| Dhia Zahra & Afiq di hadapan pelamin yang gah di MZ Garden Hall |
Menjadi trend untuk setiap majlis adalah photobooth. Di MZ Garden Hall, ada ditawarkan MZ Photobooth yang cantik terhias siap pakej dengan pelbagai set props yang menarik.
![]() |
| CN bergambar di MZ Photobooth bersama dengan props yang menarik |
MZ Bouncy Castle
Uniknya di MZ Garden Hall adalah MZ Bouncy Castle yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. CN boleh makan dengan bahagia sebab anak-anak sibuk bermain di MZ Bouncy Castle ini tau. Berjam-jam di majlis kenduri kahwin tiada masalah dengan adanya MZ Bouncy Castle ini hokay.
![]() |
| MZ Bouncy Castle yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak |
Berminat untuk menempah pakej lengkap perkahwinan di MZ Catering?
Boleh terus ke pejabat MZ Catering di :
Lot 5057, Jalan Utama Kg. Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi.
Bagi sebarang pertanyaan dalam waktu Office (8.30am-5.30pm), sila hubungi www.wasap.my/60143180070 (Fazrul)
Sebarang pertanyaan diluar waktu office, boleh PM terus ke Facebook : MZ Catering & MZ Garden Hall.
Lamanweb : http://mzcatering.com/
Inilah abang & adik kesayangan CN, Irfan Hensem & Dhia Zahra. Sweet sangat apabila tengok 2 beradik ni rapat dan bermain bersama. Walaupun si adik garang dan suka pukul abang, tapi abang tetap beralah sebab sayangkan adik. Selalu si abang merungut adik kacau dia, tapi selalu juga CN ugut untuk 'jual' adik kalau abang taknak beralah. Jadi sebab sayangkan adik, si abang pun redha jela. Mujur si abang berjiwa penyayang, I Love U, Irfan ! Semoga kesabaran Irfan melayan kerenah adik yang masih tidak faham 'bahasa' mendapat balasan yang baik kelak.
Mama sayang abang & adik !
![]() |
| Abang dan adik kesayangan CN |
![]() |
| Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan gaya mereka |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gara-gara sudah jatuh cinta dengan Korean Spicy Chicken yang boleh delivery ke rumah, gigih CN meng'Google' resepi korean spicy chicken versi Malaysia. Almaklumlah, kalau ikutkan resepi asal banyak yang CN takde kat dapur tu. Maka jadilah resepi korean spicy chicken ala Malaysia. Yang penting sedap hokay ! Jadi apa kata anda cuba resepi korean spicy chicken ala Malaysia yang confirm sedap ni. Selamat mencuba hokay !
![]() |
| Korean Spicy Chicken |
Resepi Korean Spicy Chicken
Bahan-bahan membuat korean spicy chicken
Bahan A:
1 ekor ayam - di potong
1/2 cawan tepung tepung jagung (resepi asal guna tepung kentang)
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
1 sudu besar bijan (sangai tanpa minyak)
Bahan Sos:
1 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih
1/4 cawan cili kisar (resepi asal guna hot pepper paste)
1/3 cawan corn syrup
1/3 cawan sos tomato
1 sudu besar cuka
Cara-cara membuat korean spicy chicken
1. Ayam digaul bersama garam dan lada hitam, perap selama 30 minit.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dari Bahan A dan gaul rata bersama ayam hingga ayam bersalut rata.
3. Panaskan minyak. Goreng ayam secara deep fried selama 10 minit.
4. Dalam bekas yang lain, bolehlah sediakan sos.
5. Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bersama bawang putih yang dicincang.
6. Kemudian masukkan cili kisar, madu, sos tomato dan cuka.
7. Biarkan sehingga sos agak pekat dan sebati.
8. Masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam kuali sos dan gaul rata.
9. Akhir sekali, taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba !
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika duit anda terlalu banyak dan tak tahu nak buat apa, apa kata anda cuba menginap di antara 10 suite paling mahal di Malaysia ini. Almaklumlah, bila duit terlalu banyak, tiada masalah untuk menginap di suite berharga RM29,000 semalam ! Oh ya, pastikan 'check in' di media social hokay apabila anda menginap di suite paling mahal di Malaysia ini, baru lah awesome ! Hehehehe...
CN? Hanya mampu telan air liur jela. RM29,000 tu boleh dapat keta baru tau.
CN? Hanya mampu telan air liur jela. RM29,000 tu boleh dapat keta baru tau.
10 Suite Paling Mahal di Malaysia untuk Semalam
Berikut merupakan 10 suite paling mahal di Malaysia mengikut ranking tempat ke 10 hingga tempat pertama.
10. The Westin Langkawi Beachfront Villa

9. Shangri-La Rasa Ria Ocean Wing Premier Room

8. Shangri-La Tanjung Aru Deluxe Sea View

7. Gayana Eco Resort Palm Villa

6. The Datai Beach Villa

5. Pangkor Laur Resort Pava Rotti Suite

4. Grand Millenium Hotel Imperial Suite

3. Four Seasons Resort Beach Villa

2. JW Marriott Presidental Suite

1. Mandarin Oriental Presidential Suite

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




















