Sakit & Tanda-Tandanya | CN dapat informasi ini di whatsapp group & rasanya sangat berguna untuk dikongsi untuk ilmu bersama. Selain itu, dengan berkongsi dengan blog mudah untuk dibuat rujukan kemudian hari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sakit & Tanda-Tandanya
SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
KEBAS TANGAN
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
KEBAS KAKI
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
SAKIT TAPAK KAKI
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
SAKIT TUMIT KAKI
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
RASA PANAS DI TAPAK KAKI
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
●Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH
● Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...
LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.
KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
AIR KENCING BERDARAH
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
BADAN
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
● Menandakan luka di dalam badan.
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
● Proses melancarkan pengaliran darah.
BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
BADAN TERASA PANAS
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
BADAN TERASA RINGAN
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apakah Tathayyur | Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik. Contoh-contoh Tathaiyur :
>> tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
>> kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
>> ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
>> keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
>> tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
>> kucing hitam melintas kononnya ada musibah bakal berlaku
>> air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
>> sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
>> menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
![]() |
| Apakah Tathayyur? |
Kenapa Tathayyur dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
"Dari Ibnu Mas'ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, Bertathaiyur itu syirik, dan tiada antara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal".
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathayyur” dapat menidakkan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Taala. Padahal Allah Subhanahu Wa Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]
Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya saja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Wean off dengan asam jawa | Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu yang lalu CN telah berjaya wean off Dhia Zahra dengan hanya menggunakan asam jawa. Sifat asam jawa yang 'kotor', berbau & masam berjaya membuatkan Dhia Zahra stop untuk menyusu badan. Ditambah pulak dengan permainan psikologi CN menyatakan 'benda' tu busuk & kotor terus membantutkan selera Dhia Zahra. Betul lah orang cakap, permainan psikologi penting dalam proses wean off ini.
![]() |
| Wean off Dhia Zahra dengan asam jawa |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
490 juta view di youtube | Lagu hits dari BTS iaitu DNA telah mencecah ke 490 juta views! Memang awesome ! Siapa tak kenal BTS kan? Kumpulan kpop ini bukan sahaja popular di Malaysia, kepopulariti mereka telah menembusi ke USA. Memang hebat ! CN terjebak kenal dengan BTS ini pun sebab anak bujang si Irfan Hensem suka sangat dengan lagu BTS ni. Lagi-lagi lagu Fire tu. Alahai lah anak bujang, pengaruh mak saudara dia sangat asyik kpop je.
![]() |
| BTS-DNA 490 juta view di Youtube |
DNA by BTS
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~








