BenQ Eye Care Monitor | Zaman serba moden ini, memang tidak lari dari gadget seperti hp, tab, laptop malah TV. Semua gadget tu akan menyebabkan mata mudah kepada masalah silau & rabun. Begitu juga dengan anak-anak kecil yang terlalu terdedah dengan gadget pasti akan mengalami masalah mata. Kini BenQ memperkenalkan rangkaian BenQ Eye-Care Monitor yang pasti akan mengujakan anda yang mengadap komputer siang dan malam.
![]() |
| Lindungi mata anda dengan BenQ Eye Care Monitor |
BenQ Eye Care Monitor - Baik untuk mata anda
Tahukah anda bahawa BenQ Eye Care Monitor adalah Teknologi Brightness Intelligence Plus pertama di dunia? Baru-baru ini mereka telah mengeluarkan produk terbaru iaitu 4K DHR monitor dengan exclusive Teknologi Brightness Intelligence Plus. CN percaya gamers pasti akan sukakannya!
![]() |
| 4K HDR Monitor dengan tenologi AMD FreeSync past akan mengujakan gamers |
BenQ Eye Care Monitor adalah baik untuk mata anda. Ia bukan sahaja mengelakkan masalah silau dan rabun, malah memberikan keselesaan kepada mata walaupun berjam-jam anda mengadap skrin monitor.
BenQ Flicker-Free
: Rangkaian monitor ini memberikan keselesaan kepada mata dari segi brightness. Walaupun mata kasar tidak mampu melihat perbezaannya, ia ketara apabila anda menggunakan kamera digital untuk melihat perbandingan BenQ Flicker-Free monitor dengan monitor Non Flicker-Free.
Low Blue Light Techonology (LBL) & Low Blue Light Technology Plus (LBL+)
: Lihat gambar dibawah, begitu ketara bukan perbezaan monitor yang tidak mempunyai teknologi LBL dengan LBL dan LBL+.
: Teknologi LBL ini kurang brightness tapi mempunyai kualiti warna yang kurang. Tapi dengan LBL+, warnanya lebih 'hidup' malah mesra mata pengguna.
![]() |
| Perbandingan pada skrin yang mempunyai teknologi LBL, LBL+ & NonLBL |
Brightness Intelligence (B.I.) & Brightness Intelligence Plus (B.I.+)
: Model terbaru iaitu EL2870U & EW3270U bukan sahaja memaparkan image yang cantik malah exclusive dengan Brightness Intelligence Plus (B.I.+) yang dibuat untuk memberikan keselesaan kepada mata. Teknologi B.I.+ ini mampu adjust kecerahan berdasarkan keadaan sekeliling seperti cerah dan gelap.
: Anda boleh lihat gambar dibawah bagaimana adjustment brightness seperti smartphone bukan?
![]() |
| BenQ Eye Care Monitor EW3270U berharga RM2449 di Lazada |
![]() |
| Super resolution pada BenQ Eye Care Monitor EW3270U |
BenQ Eye Care Monitor Review
Kali pertama CN lihat rangkaian BenQ Eye Care Monitor, CN terus nekad untuk dapatkan monitor pintar ini. Almaklumlah, sebagai seorang cikgu Sains Komputer dan part time blogger, memang hidup CN mengadap komputer siang & malam. Paling seksa bila terpaksa siapkan task yang mengambil masa berjam-jam. Memang pedih mata mengadap komputer ni. Tapi dengan rangkaian produk BenQ Eye Care Monitor, bukan sahaja memberikan keselesaan kepada mata malah membantu mengurangkan masalah rabun dan silau. Kualiti cahaya juga memang superb. Dari Flicker-free, LBL, LBL +, B.I. & B.I+, semuanya best!
![]() |
| CN & Dhia Zahra yang tersuka dengan BenQ Eye Care Monitor |
Selain itu, anak-anak CN juga tidak lepas dengan gadget. Agak risau mata mereka rabun pada usia yang muda. Jadi, sebagai langkah pencegahan, CN memang nekad untuk dapatkan BenQ Eye Care monitor untuk anak-anak tersayang. Harganya juga agak menarik di Lazada.
<< https://www.lazada.com.my/shop/benq-official-store >>
Maklumat lanjut mengenai BenQ Eye Care monitor, layari lamanweb BenQ.com.my.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Mengapa orang German suka jantung pisang? | Di Thailand jantung pisang menjadi famous sekarang kerana di eksport ke German. Walaupun di eksport bertan-tan, tetapi masih tidak dapat memenuhi permintaan dari German. Kalau satu jantung pisang dijual dikampung-kampung di Thailand dengan harga 20 Baht atau dalam RM1.20 satu, tetapi bila dieksport ke German harganya 1000 Baht atau RM120.00 satu jantung.
![]() |
| Mengapa orang German suka jantung pisang? |
Mengapa orang German suka jantung pisang?
Untuk menjaga kesihatan dan untuk menurunkan berat badan. Kebanyakan orang German sekarang sudah beralih tidak memakan daging, sebagai ganti mereka guna jantung pisang. Mereka on 'vegan diet' iaitu hanya makan sayuran. Jantung pisang mempunyai serat seperti daging. Selain itu ia juga adalah ubat herba. Banyak manfaat jantung pisang ini rupanya:
10 Kelebihan Jantung Pisang Yang Mesti Anda Tahu
1. Penyelenggaraan gigi. Buat gigi lebih putih.
2. Membanyakkan susu ibu.
3. Rawatan gastritis.
4. Rawat luka segar dan menghisap nanah.
5. Melegakan bengkak dari gigitan serangga.
6. Kurangkan gula dalam darah untuk pengidap kencing manis.
7. Penyelenggaraan nutrien darah, membantu anemia/kurang darah.
8. Membantu aliran darah dengan baik.
9. Menyembuhkan luka di mulut dengan lebih cepat.
10. Membuat kulit licin.
Hah, jangan terkejut tau, ada banyak lagi kelebihan jantung pisang ni. Jadi, jom makan jantung pisang. CN selalunya buat kerabu jantung pisang, sedapnya !
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
SEGAK | SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.
![]() |
| Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) |
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina. Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.
Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Objektif SEGAK adalah murid dapat:
1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;
2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun. Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos.
5 Instrumen Dalam Ujian SEGAK
Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:
- Pengiraan Indeks Jisim Badan
- Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
- Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
- Ujian Ringkuk Tubi Separa
- Ujian Jangkauan Melunjur
Pelaporan Ujian SEGAK
Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor. Skor SEGAK juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK. Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:
>> Keputusan ujian Indeks Jisim Badan
>> Keputusan ujian fizikal
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK, data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
advertorial
126 Tahun-Ayam Brand Sebahagian Daripada Sejarah&Warisan Budaya Malaysia
September 18, 2018
126 tahun Ayam Brand | Dari
zaman British, Malaya ke Malaysia, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di
negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi rakyat Malaysia,
menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini. Setiap orang
akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”.
![]() |
| The Heritage Box dari Ayam Brand sempena 126 tahun |
Ayam Brand - Jenama dipercayai rakyat Malaysia
Ayam
Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah
yang diimport dari Perancis. Logo
dahulu masih digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred
Clouet, seorang warganegara Perancis. Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai
‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama
tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet
ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang
masih kekal sehingga ke hari ini.
![]() |
| Logo asal Ayam Brand dari Perancis |
Pada
masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud.
Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd
telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri
Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri
Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku
Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.
![]() |
| Kronologi jenama Ayam Brand di Malaysia |
Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya,
tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam
Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960
bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin
premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam
Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.
![]() |
| Ayam Brand Chili Tuna dengan 3 level pedas |
Bermula pada tahun
1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang
tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200
pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di
Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.
Sardin Ayam Brand Halal
Kilang Ayam
Brand
telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara
yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah
satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang
merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga
memperakui kualiti pengeluaran. Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh
JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai.
![]() |
| Antara ikonik produk Ayam Brand iaitu Ayam Brand Sardines |
Ayam
Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang
manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang
ketat, pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000
pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin,
dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara
manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam
Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di
jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga
sentiasa bertambah baik.
Ayam Brand kini 126 tahun !
Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di
Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin
yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan.
Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO
9001) serta disahkan ‘Halal’. selama empat tahun berturut-turut bermula
2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima
jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling
diminati oleh rakyat Malaysia seperti yang
tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.
Layari www.ayambrand.com.my atau maklumat terkini di Facebook & Instagram.
![]() |
| Heritage Box sempena 126 tahun Ayam Brand |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
















