Lirik lagu Hikayat Benladin | Pertama kali CN dengar lagu Hikayat Benladin, terus tertanya-tanya siapa empunya lagu? Siapa Benladin? Lirik lagunya puitis. Siapa penulis lirik lagu Hikayat Benladin? Rupa-rupanya lagenda hiphop, Malique yang menulis lirik lagu Hikayat Benladin ini. Patutlah 'semacam' liriknya. Ada aura gituw. Tak percaya? Cuba anda hayati satu persatu lirik lagu Hikayat Benladin ini. Mendalam maksudnya.
![]() |
| Lagu Hikayat Benladin |
Lirik Lagu Hikayat Benladin
[Intro]
Benladin...Benladin
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 1]
Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...)
Benladin...Benladin
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 1]
Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...)
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 2]
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 2]
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri
[Bridge]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Outro]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)
(Benladin...Benladin)
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Outro]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)
(Benladin...Benladin)
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Udon ala Familymart | Ramai orang share tentang resepi mudah udon ala Family Mart. Kebetulan CN ni memang penggemar udon pedas di Family Mart tu. Teringin untuk buat sendiri, kebetulan ada rakan share resepi udon ala Family Mart guna perencah Adabi je. Serius senang je & sedap.
Udon ala Family Mart
![]() |
| Viral! Udon ala Familymart |
Bahan-bahan membuat udon ala Family Mart
2 bungkus perencah asam pedas Adabi
2 bungkus perencah tomyam Adabi (CN tak jumpa perencah tomyam adabi, guna je jenama Knorr pun boleh)
Bahan-bahan steamboat yang anda suka
Mee udon (CN beli di Econsave)
Cara-cara membuat udon ala Family Mart
Campur perencah Adabi ke dalam periuk Noxxa kesayangan. Guna je mod STIR FRY dulu, bila kuah sudah mendidih baru tukar ke mod SLOW COOK. Bila kuah sudah mendidih tu boleh lah masukkan bahan-bahan steamboat tu. Makan panas-panas hokay. Sedapnya !
Selamat mencuba resepi udon ala Family Mart !
Video udon ala Family Mart
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Bila kita bersedekah kepada orang yang memerlukan, kita fikir kita membantu dunia mereka tetapi sebenarnya kita membantu akhirat kita.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cerita Cikgu Sains Komputer | Hujung bulan lepas CN sibuk dengan pelbagai program untuk cikgu Sains Komputer. Dua hari iaitu 25hb & 26hb berkampung di PPD Kuala Langat untuk kursus fully coding dari JPN Selangor. Manakala 27hb lari ke Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya untuk pemurnian kit Sains Komputer. Semuanya demi matapelajaran baru yang masuk ke tahun kedua iaitu Sains Komputer. Tahun ini merupakan tahun pertama SPM Sains Komputer. Banyak ilmu yang perlu dicari untuk dikongsi dengan rakan guru & juga pelajar. Doakan calon SPM Sains Komputer sekolah CN beroleh kejayaan yang membanggakan ye. Aaamiinnn.
![]() |
| Gabungan guru-guru Sains Komputer dari 3 daerah iaitu Daerah Kuala Langat, Daerah Sepang & Daerah Hulu Langat bersama boss dari JPN Selangor iaitu Dr. Zahri (duduk tengah) |
![]() |
| Gabungan guru-guru Sains Komputer dari 3 daerah iaitu Daerah Kuala Langat, Daerah Sepang & Daerah Hulu Langat |
![]() |
| Gabungan cikgu Sains Komputer dari Selangor, KL & Putrajaya berkongsi ilmu & maklumat di Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya |
![]() |
| Happy kan gabungan cikgu Sains Komputer dari Selangor, KL & Putrajaya ini |
![]() |
| Kusyuk tu masing-masing dengar perkongsian dari otai Sains Komputer |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
















