Cara mendidik anak-anak | Disini CN ingin kongsikan 7 cara Hasan Al Banna mendidik anak-anaknya untuk panduan CN dan juga ibu bapa diluar sana. Sebenarnya cara-cara mendidik anak gaya Hasan Al Banna ini sering kita amalkan, cuma kurang istiqamah. Semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita, InsyaAllah.
7 Cara Mendidik Anak-Anak Yang Terbaik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Winter Mission 3.0 | Muslim Volunteer Malaysia
(MVM) merupakan NGO yang bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk
membantu menyalurkan bantuan baju sejuk serta kotak makanan kepada lebih 6000
rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria-Turki.
![]() |
| Jom bersama MVM membantu rakyat Syria |
Dana RM300,000 diperlukan untuk Winter Mission 3.0
MVM akan menjalankan kempen pengumpulan dana
melalui media sosial selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana
sebanyak RM300,000. InsyaAllah, MVM dijangka akan menghantar sukarelawan bagi
menghantar sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan di sana pada 16 hingga
25 Januari 2019 bersama sukarelawan dari GPM.
![]() |
| CN di Sidang Media Winter Mission 3.0 & Ikon MVM |
Donation MVM
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang ingin
menghulurkan sumbangan ikhlas boleh layari lamanweb donation MVM >> www.donation.mvm.org.my
Anda juga boleh membuat sumbangan di mana-mana bank
berikut :
Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (86025378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my
![]() |
| Presiden MVM, Saudara Muhammad merasmikan Winter Mission 3.0 & Ikon MVM 2019/2020 |
![]() |
| Sidang Media Winter Mission 3.0 & Ikon MVM 2019/2020 |
Ikon MVM 2019/2020
Bagi memberikan impak ikutan masyarakat dalam
mengumpul dana serta melakukan kerja-kerja kebajikan, MVM telah mengadakan
hubungan strategik dengan selebriti dan usahawan terkemuka di Malaysia dari
pelbagai latar belakang. Hubungan strategik ini juga memberi peluang kepada
selebriti yang ingin mempengaruhi aspek sosial masyarakat dalam melaksanakan
aktiviti kebajikan ini sebagai contoh ikutan sehingga generasi akan datang.
![]() |
| Barisan Ikon MVM 2019/2020 bersama Presiden MVM |
Ini kerana kemajuan teknologi dalam bidang
komunikasi telah mempercepatkan segala gerak-geri dan perkongsian mereka
sehingga ke serata dunia dalam masa yang singkat. Ikutan masyarakat sesetengah
sebebriti melalui laman social mampu mempengaruhi masyarakat dalam segala
bentuk hebahan yang ditularkan. Hebahan yang berbentuk positif disusuli
semangat dalam kehidupan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan akan memberi impak
yang besar kepada masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda yang mula
cakna dengan isu semasa yang ditularkan.
![]() |
| CN & rakan blogger sempat bergambar bersama salah seorang Ikon MVM iaitu penyanyi/usahawan Milla Jirin |
![]() |
| CN & rakan blogger bergambar bersama 2 orang ahli kumpulan Inteam iailah Ikon MVM 2019/2020 |
Barisan Ikon MVM 2019/2020 kali ini bukan
calang-calang orang. Mereka adalah :
- Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia)
- Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi & Usahawan)
- Kumpulan Inteam (Penyanyi Nasyid Berkumpulan)
- Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
- Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)
![]() |
| Sesi tandatangan Ikon MVM 2019/2020 |
![]() |
| Sesi penyerahan pelantikan Ikon MVM |
Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali ke-3
untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti terkenal tanah air. Tahun
2017, MVM telah Berjaya bekerjasama sehingga kini bersama dengan Dato’
Fadzillah Kamsah, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Diana Ami dan
Azmi Saat.
![]() |
| Jadi jom semua, menyumbang ke MVM sama ada dalam bentuk kewangan atau kerja sukarelawan |
Maklumat lanjut mengenai aktiviti MVM, boleh layari :
Lamanweb : www.mvm.org.my
Facebook : @MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Twitter : @volunteermvm
Sebarang maklumat boleh diajukan melalui :
Email : salam@mvm.org.my
Telefon : 603-8074 0434
Alamat :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
#muslimvolunteermalaysia #ikonMVM2019 #SyriaKamiDatang #muslim#volunteer
Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Tips Hati & Jiwa Tenang | Bagaimana untuk kunci hati dan jiwa menjadi tenang? Ikutlah tips di bawah.
![]() |
| Kunci Hati Dan Jiwa Menjadi Tenang |
Kunci Hati Dan Jiwa Menjadi Tenang.
~ Tidak Membenci
~ Tidak Mengeluh
~ Hidup Bersederhana
~ Berprasangka Baik
~ Selalu Tersenyum
~ Selalu Memberi
~ Sembunyikan Doa Yang Kita Lakukan Untuk Mereka
~ Tidak Dengki Dan Iri Hati
~ Mudah Memaafkan
~ Hindari Permusuhan
~ Berkasih Sayang
~ Redha Meredhai
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba KU, dan masuklah kedalam syurgaKU"
S(6)Al-Farj. A(27-30)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Skytrex Adventure Shah Alam | Alhamdulillah, tercapai sudah salah satu wishlist CN iaitu test jiwa di Skytrex Adventure Shah Alam. Memang teruji jiwa hokay lagi-lagi apabila anda mencuba cabaran Big Thrill untuk kali pertama. Rasa macam nak pengsan di pertengahan cabaran iaitu di atas pokok paling tinggi. Masa tu tak ingat dah nak ambil gambar ke apa, duk berzikir je !
![]() |
| CN di Skytrex Adventure Shah Alam |
Video Cabaran Big Thrill di Skytrex Adventure Shah Alam
3 Cabaran Utama di Skytrex Adventure Shah Alam
Hokay, Skytrex Adventure Shah Alam ini menawarkan 3 cabaran iaitu Little Adventure, Big Thrill & Extreme Challenge. Tinggi minimum untuk Little Adventure adalah 110 cm, jadi boleh lah bawa anak-anak anda kesini ye. Manakala tinggi minumun untuk Big Thrill & Extreme Challenge pun adalah 140 cm. Berat maksimum untuk semua cabaran ini pula adalah 100 kg.
![]() |
| 3 cabaran utama di Skytrex Adventure Shah Alam |
CN bersama bff iaitu Cikgu Izyan memilih untuk mencabar diri kami dengan cabaran pertengahan iaitu Big Thrill. Almaklumlah, beginner katakan. Alhamdulillah, kami berjaya habiskan semua cabaran dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Tipsnya, volunteer untuk jadi antara terawal memulakan cabaran. Sebab biasanya memang ramai yang akan mencuba cabaran Big Thrill ini. Jika anda memilih untuk terakhir, tunggu & lihat lah pelbagai drama orang sebelum anda ye. Elok-elok berani terus jadi takut sebab tengokkan orang sebelum anda yang asyik menjerit-jerit je ! Hehehe
![]() |
| Muka excited setelah separuh cabaran settle |
![]() |
| CN & bff, Cikgu Izyan |
CN & bff adalah orang ke 5 & 6 memulakan cabaran. Orang sebelum kami memang cepat & laju habiskan cabaran, dah biasa agaknya! Yang kelakar, orang selepas CN lebih kurang 15 minit lambat sebab tunggukan gengnya yang takut. Jadinya, CN & bff boleh menjerit & ketawa riang sebab weouls berdua je semasa di pertengahan cabaran.
![]() |
| Pekerja Skytrex Adventure akan memakaikan alat keselamatan kepada anda. |
![]() |
| Excited untuk mendengar taklimat ringkas tentang cara penggunaan safety gear |
Seronok? Mestilah seronok. Asyik-asyik flying fox je. Sampaikan cabaran merentasi kayu-kayu pun CN rasa nak buat flying fox je sebab rasa lagi laju! Tapi selepas habis cabaran, hah! Rasakan letih hokay! Tangan memang sakit sampai esoknya!
Bagi CN, cabaran paling sukar di atas pokok paling tinggi dimana anda perlu merentasi kayu-kayu yang tidak rata susunannya pada ketinggian yang giler seperti gambar di bawah. Giler tak? Mulut CN duk beristifar je. Sebelum tu kemain duk potpet mulut cakap best la, seronok lah, tiba dekat sini terus terdiam! Mujur bff CN bagi semangat cakap "Ko boleh Azie". Melangkah lah dengan jiwa yang kental hokay. Walaupun agak takut pada ketinggian, tapi mesti kena pandang ke bawah jugak sebab laluan tu memerlukan anda memandang ke bawah. Giler tak? Hehehe..
![]() |
| Gambar google sebab CN tak berani tak ambil gambar disini, tinggi woo |
Serius, jika anda sukakan cabaran. Memang Skytrex Adventure Shah Alam adalah tempat yang sesuai buat anda. Selepas habis cabaran tu memang agak insaf untuk mencuba lagi, tapi semasa menulis artikel ini. Rasa teringin pulak untuk mencuba Extreme Adventure, amacam, hokay tak?
![]() |
| Bergambar di last check point, yeah! |
Harga tiket masuk ke Skytrex Adventure Shah Alam
Anda boleh beli tiket sama ada secara online atau walk in. Tapi CN cadangkan untuk beli secara online sebab harganya lagi murah dan anda tak perlu bersusah payah ke venue Skytrex Adventure yang agak ke dalam. Pekerja mereka akan menunggu anda di pintu masuk Taman Botani Shah Alam tau.
| Harga tiket masuk ke Skytrex Adventure Shah Alam |
Jika anda mengambil pakej Big Thrill, glove sangat penting! Boleh bawak sendiri atau beli je di kaunter. CN beli sendiri tapi berkenan pulak dengan glove yang dijual di kaunter. Cuma RM10 sahaja. Untuk air, rasanya tak perlu kot sebab macam tak sempat nak minum air. Nervous lebih hokay!
![]() |
| Sijil setelah berjaya menamatkan cabaran Big Thrill |
Sijil macam gambar atas ini pulak cuma RM5 sahaja. Rasa bangga hokay ada sijil ini, bukan calang orang yang boleh habiskan cabaran Big Thrill ini tau. Memang sangat mencabar! So jika anda sukakan cabaran, apa kata cuba sendiri pelbagai cabaran di Skytrex Adventure Shah Alam.
![]() |
| We did it Big Thrill Challenge! |
Lokasi Skytrex Adventure Shah Alam
Skytrex Adventure Shah Alam ini terletak di dalam Taman Botani Shah Alam. Anda perlu membayar RM3 untuk tiket masuk ke sini.



































