Bila kita bersedekah kepada orang yang memerlukan, kita fikir kita membantu dunia mereka tetapi sebenarnya kita membantu akhirat kita.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Mee rebus Singapore memang menjadi kegemaran anak-anak CN. Si Irfan & Dhia Zahra tu memang sukakan masakan berasaskan mee. Jadi mee rebus Singapore antara menu kegemaran anak-anak CN selain mee goreng kicap pedas. Sebenarnya agak leceh buat mee rebus Singapore ni, tapi disebabkan rasanya yang sedap menggigihkan CN untuk mencuba mee rebus Singapore ni. Meh sini CN kongsikan resepi mee rebus Singapore yang confirm sedap ni.
![]() |
| Resepi Mee Rebus Singapore |
Resepi Mee Rebus Singapore
Bahan-Bahan membuat mee rebus Singapore :
3 batang serai
1 inci lengkuas
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 sudu besar cili kisar
1 tbs serbuk jintan halus
1 tbs serbuk jintan kasar
1 tbs serbuk ketumbar
1 tbs serbuk kunyit
1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
5 tbs taucu – blend
1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
1 biji keledek – rebus dikisar
Garam dan gula
2 tbs tepung beras
Daging – rebus
# Semua bahan di atas di kisar
Bahan Sampingan –
Taugeh
Telur rebus
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Lada Hijau/Merah
Tauhu – goreng
1 kilo mee kuning – celur dan toskan
dan potong dadu
Limau
Isi daging rebus
Telur rebus
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Lada Hijau/Merah
Tauhu – goreng
1 kilo mee kuning – celur dan toskan
dan potong dadu
Limau
Isi daging rebus
Cara membuat mee rebus Singapore :
1. Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.
2. Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.
5. Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)
6. Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.
7. Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sekali pandang Dhia Zahra ni dah macam budak lelaki kan? Dengan lasak nya & selalu buli abang Irfan, itulah anak kedua CN si Dhia Zahra.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ikut kajian pertumbuhan gigi bayi mempunyai beberapa tahap. Tapi tahap pertumbuhan gigi bayi ini tidak sama untuk setiap bayi. Macam anak sulung CN si Irfan Hensem, dia tumbuh gigi atas dulu 2 batang manakala si adik Dhia Zahra pula tumbuh gigi bawah dulu 2 batang. Memang berbeza !
Jom tengok dimanakah tahap pertumbuhan gigi anak anda.
Di bawah merupakan tahap pertumbuhan gigi bayi.
Jom tengok dimanakah tahap pertumbuhan gigi anak anda.
![]() |
| Tahap pertumbuhan gigi bayi |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~







