5 minutes plank | Pernah
dengar tentang senaman 5 minutes plank? Ya, hanya 5 minit senaman plank & nampak
mudah tapi ia memberi impak yang sangat besar!
Plank adalah salah satu jenis senaman rintangan paling efektif yang anda boleh lakukan.
Kenapa? Kerana senaman plank ini hanya memerlukan sedikit masa tetapi ianya
memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan dalam jangka masa yang
pendek.
Untuk pengetahuan anda, otot abdomen adalah
satu-satunya kumpulan otot dalam badan kita yang tidak bersambung dengan tulang.
Ini bermakna otot abdominal memberi sokongan kepada bahagian belakang dan
tulang belakang. Otot abdomen ini memainkan peranan penting untuk mengelakkan
kecederaan. Bagaimanapun, untuk memastikan otot abdomen berfungsi dengan baik,
otot teras haruslah kuat dan dilatih secara kerap. Amalan senaman plank setiap hari adalah sangat bagus untuk
memperkuatkan otot teras serta menyokong tulang belakang anda.
Baiklah, disini CN kongsikan 7 kelebihan apabila
anda mengamalkan 5 minutes plank setiap hari.
![]() |
| 5 minutes plank, anda akan lihat hasilnya! |
7 Kelebihan Senaman Plank
1. Mengempiskan perut
Sudah tentu tujuan utama CN
berminat untuk mengamalkan senaman plank ini adalah untuk mengembiskan perut. Apabila
mengamalkan senaman plank ini, lebih kurang 10 peratus lemak akan terkumpul di
bahagian perut dan lemak ini dipanggil lemak viseral. Dengan melakukan rutin
senaman plank ini, ia dapat membantu mengoptimalkan proses metabolisme tubuh
untuk membersihkan racun, penyerapan gizi, hingga membantu mengimbangkan hormon
tubuh dengan lebih efisien. Malah, amalan konsisten senaman plank ini membantu
untuk mengempiskan perut!
2. Mengurangkan masalah sakit
belakang
Satu
kenyataan yang ditulis dalam sebuah portal, Livestrong, posisi plank dapat menjaga vertebra dan
ligamen bahagian tulang belakang supaya menjadi lebih kuat. Ini kerana, senaman
plank dapat membantu otot bahagian belakang supaya lebih stabil, kuat dan
fleksibel sehingga membantu mengurangkan masalah sakit belakang.
3. Membantu meningkatkan
metabolisme
Senaman
plank adalah cara terbaik untuk mencabar seluruh badan anda kerana melakukan
senaman ini setiap hari akan membakar lebih banyak kalori berbanding senaman
abdomen yang lain seperti crunches atau sit-up. Otot yang dirangsang semasa
melakukan senaman ini setiap hari akan memastikan anda membakar lebih banyak
tenaga walaupun anda sedang tidak aktif. Ini adalah penting jika anda
menghabiskan sebahagian besar hari anda dengan duduk di hadapan komputer. Tambahan
pula, dengan mengamalkannya senaman plank sekurang-kurangnya 5 minit sehari
sebelum atau selepas kerja bukan sahaja membantu meningkatkan kadar metabolisme
badan tetapi ia juga akan memastikan kadar yang metabolik anda kekal tinggi
sepanjang hari.
4. Anda akan menjadi
lebih fleksibel
Fleksibiliti adalah manfaat utama melakukan senaman
plank secara kerap. Ini kerana senaman plank ini membuatkan otot posterior anda
mengembang dan menarik pada masa yang sama di mana bahu, tulang belikat dan
tulang selangka serta ia juga meregang otot hamstrings, kaki dan jari kaki
anda. Dengan menambah senaman ‘side plank’, anda juga boleh melatih pada otot
oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang, yang mana
ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.
5. Pengaliran nafas yang lebih
lancar
Ketika anda menahan tubuh
badan menggunakan kedua-dua belah lengan semasa melakukan senaman plank, ia
dapat membantu sistem saraf badan dan pernafasan berfungsi dengan lebih
lancar. Selain itu, senaman plank yang kerap ini juga dapat membantu organ
dalaman seperti bahagian usus melakukan proses pencernaan dengan lebih
sempurna.
6. Membantu memperbaiki postur & keseimbangan badan
Melakukan senaman plank akan meningkatkan keupayaan
anda untuk berdiri dengan postur lurus dan stabil. Melalui pengukuhan otot
teras, anda akan dapat mengekalkan postur yang betul pada setiap masa kerana
kekuatan otot di abdomen memberi kesan mendalam kepada keadaan leher, bahu, dada
dan belakang anda.
Pernahkah anda cuba untuk berdiri di atas satu
kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat bukan?
Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk
memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, ‘side planks’ dan
‘planks with extensions’ dapat membantu memperbaiki keseimbangan dan
meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.
7. Mengurangkan stress
Senaman plank memberi impak kepada sistem saraf,
menjadikannya satu cara yang sangat baik untuk meningkatkan mood dan membantu
mengurangkan stress. Bagaimana? Senaman plank ini meregangkan kumpulan otot
yang memberi rasa stress dan ketegangan dalam badan. Contohnya: anda duduk di
atas kerusi setiap masa, tidak kira di rumah atau di tempat kerja, otot paha
anda menjadi ketat, seterusnya kaki anda menjadi berat kerana telah
dibengkokkan selama beberapa jam, manakala bahu anda pula akan tegang kerana
membongkok ke depan sepanjang hari menghadap komputer.
Semua keadaan ini meletakkan tekanan kepada otot
dan saraf anda. Berita baiknya ialah, dengan mengamalkan senaman plank setiap
hari, bukan sahaja dapat membantu melegakan otak anda, tetapi ia juga berupaya untuk
merawat simptom depresi yang hadir dalam bentuk fizikal.
Baiklah, itu sahaja 7 kelebihan senaman plank yang
dapat CN kongsikan. Jadi macam mana, rasa teruja tak untuk mencuba senaman
plank ini setiap hari?
Tempoh masa terbaik untuk melakukan senaman plank.
Oh ya, jangan pula terlalu teruja untuk melakukan
senaman plank sehingga melakukannya dalam masa yang sama. Cukup lah dengan
melakukan senaman plank ini selama 10 kiraan atau 30 saat sahaja untuk 3 set.
Ataupun cara CN dalam masa 5 minit, lakukan senaman plank untuk 1 minit, rehat
1 minit dan seterusnya untuk 3 set. Mudah je bukan?
Selamat bersenam dan jom sihat!
~ Sharing is caring
from Cekgu Norazimah ~
Kelebihan sauna | Bila sebut tentang sauna, pasti terbayang tentang khemah panas dan yang kelihatan cuma kepala sahaja kan? Eh, itu CN. Anda pula macam mana? Sauna ini sebenarnya ada pelbagai bentuk. Sauna bermaksud mandi wap yang menyegarkan badan. Maksud lain sauna pula adalah bilik atau bangunan tempat mandi wap. Jadi, kesimpulannya disini, bila sebut sauna pasti berkaitan dengan wap dan panas. Sauna ni sememangnya mempunyai banyak kelebihan kerana ia telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Sebelum menjadikan amalan sauna ini sebagai aktiviti wajib kita, anda perlu tahun kelebihan sauna supaya anda akan rasa ber'salah'nya apabila tidak bersauna sekurang-kurangnya seminggu sekali! Percaya lah, ini yang CN rasa sejak mengamalkan aktiviti sauna sebagai aktiviti wajib mingguan hokay.
8 Kelebihan Sauna Yang Mesti Anda Tahu
1. Sauna Membakar Kalori
- Tahukah anda, dalam satu sesi sauna dapat membakar hampir 300 hingga 400 kalori? Seseorang itu boleh berpeluh sebanyak 500 g dalam satu sesi. Hah, jadi disini, bersauna adalah salah satu kaedah untuk membantu membentuk badan menarik dengan membakar kalori kita. Ini lah antara faktor kenapa CN sentiasa gigih bersauna sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semoga nampaklah perubahan nanti sebelum raya, hehe.
2. Detokfikasi
- Kita sedia maklum, proses sauna adalah proses mengeluarkan peluh yang banyak dalam masa yang singkat. Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit atau dalam bahasa sainsnya peluh. Proses penyingkiran peluh ini merupakan salah satu proses detokfikasi badan yang paling mudah.
3. Kulit yang cantik
- Apabila berpeluh, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyebabkan kulit wajah menjadi kemerah-merahan. Pada masa yang sama, aktiviti sauna yang kerap akan menjadikan kulit wajah berseri-seri dan awet muda. Best kan?
4. Melegakan otot dan mengurangkan sakit/sengal otot dan serta sendi
- Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah kita mengembang. Ini menyebabkan peningkatan peredaran darah. Proses ini dapat melegakan kesakitan otot terutama selepas bersenam. Dengan kata lain, sauna ini membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
![]() |
| Bersauna ini juga dapat menenangkan fikiran |
5. Mengurangkan stress
- Apabila otot dan sendi relax dalam proses sauna, ia juga dapat mengurangkan stress. CN sendiri rasa relax dan tenang semasa bersauna. Me time gituw.
6. Mengurangkan masalah selesema
- Oleh kerana tubuh badan terdedah kepada panas sauna dan wap, ia menghasilkan sel darah putih lebih cepat seterusnya membantu melawan penyakit dan membantu membunuh virus. Lagi menarik jika anda menggunakan bahan untuk bersauna seperti serai wangi, memang
7. Tidur yang nyenyak
- Perkara yang paling CN suka selepas bersauna ini adalah tidur yang nyenyak. Mungkin badan letih setelah membakar kalori yang banyak dapat membantu tidur yang nyenyak ini. Manalah tahu.
8. Mengurangkan risiko hypertension
- Panas dari sauna membantu melegakan otot badan, meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembebasan endorfin yang membantu menenangkan fikiran. Pembebasan endorfin ini dapat mengurangkan risiko hypertension atau tekanan.
Jadi bagaimana? Percaya tak cakap CN bahawa bersauna ini merupakan salah satu aktiviti yang bukan sahaja baik untuk badan, malah dapat menenangkan fikiran. Jadi jom lah kita ber'me time' dengan bersauna.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hadiah untuk suami | 13 Februari yang lalu adalah hari lahir Encik Suami. Jenuh lah CN duk fikir nak bagi hadiah apa untuk Encik Suami sebab dia ni agak cerewet. Nak belanja makan dekat Secret Recipe, Encik Suami ni jenis yang tak berapa suka makan kek. Rugi sebab nanti CN yang kena makan sorang-sorang. Dah lah CN tengah diet sekarang ni, memang kena elak kek ni tau! Hehehe..
Sebenarnya suami CN ni memang tak suka makan manis-manis. Tapi coklat dan aiskrim memang dia takkan tolak kalau kena brand favorite dia tau. Jadi tercetuslah idea untuk hadiahkan Encik Suami sekotak coklat favorite dia. Kotak tu tak perlu susah payah beli, ambil je koleksi kotak yang CN dapat dari review barang. Jimat hokay! Hahahah!
Maka terjadilah aneka coklat dalam kotak pink gituw. CN beli banyak-banyak coklat ni dengan harapan dapatlah kongsi sedikit, tapi memang betul-betul sedikit Encik Suami bagi CN tau. Yang lain dia makan sorang-sorang je sikit-sikit. Ada juga 4 hari baru habis semua coklat tu. Alahai suamiku.
![]() |
| Encik Suami muka kegembiraan kali pertama terima hadiah coklat dalam kotak pink dari Puan Isteri |
So kalau anda tiada idea untuk bagi hadiah apa buat suami, cuba lah bagi aneka coklat mahai-mahai ni. Confirm terharu suami sebab biasanya lelaki yang bagi perempuan coklat kan? Cuba lah sesekali tukar dari kebiasaan. Baru rare gituw.
Hadiah Coklat Buat Suami
![]() |
| Sayang awak selalu Encik Suami... |
![]() |
| Selamat hari lahir suamiku... |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ilmu perubatan islam dari Dr. Haron Din | Arwah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din adalah ahli politik Malaysia yang merupakan Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Beliau merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa'). Pengalaman beliau sebagai pengamal ilmu perubatan Islam tidak boleh disangkal lagi. Disini CN kongsikan antara ilmu perubatan Islam yang telah dikongsi oleh arwah Dr Haron Din semasa hayatnya. Semoga menjadi manfaat buat kita semua. Insya-Allah.
![]() |
| Ilmu perubatan islam dari Dr. Haron Din |
8 Ilmu Perubatan Islam yang dikongsikan oleh Dr. Haron Din
1) Masalah angin dalam badan & sakit-sakit sendi
2) Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar adalah pada otak ikan tersebut. Bagaimana?
- Ketuk kepala ikan, ambil bahagian kecil seperti gel
- Kemudian, sapu pada bahagian yang disengat
3) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
4) Resdung (Surah Al - Anbya', ayat 83)
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada orang datang bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
5) Masalah sakit tumit / sakit-sakit sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14 & surah Al - Hashr ayat 21
6) Fibroid atau masalah yang melibatkan wanita (Surah An -Nahl, ayat 69)
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayat 69, jampi ayat tersebut pada madu
7) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini:
Surah Al - Isra', ayat 82, Surah Al - Hashr, ayat 21 dan Surah Ash - Shua'ra' ayat 70
8) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
















