Tahukah anda tentang SAPS Ibu Bapa? SAPS adalah singkatan untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibawah kelolaan sistemkpm.com. Dalam zaman semua maklumat di hujung jari, begitu juga dengan maklumat keputusan peperiksaan dan ujian sama ada sekolah rendah atau menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, SAPS Ibu Bapa ini digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5.
Kenapa ibu bapa perlu tahu SAPS Ibu Bapa?
Kenapa ibu bapa perlu tahu SAPS Ibu Bapa?
Saps Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan
![]() |
| SAPS Ibu Bapa |
Sebelum adanya SAPS Ibu Bapa, semua keputusan peperiksaan dan ujian di dalam buku rekod peperiksaan yang dibuat secara manual. Jika pelajar diberi peluang membawa balik buku rekod untuk ditandatangani oleh ibu bapa, pasti ada kes pelajar tipu tandatangan ibu bapa dengan alasan takut dimarahi atau dirotan jika keputusan peperiksaan tidak memuaskan.
Tetapi dengan adanya SAPS ibu bapa ini, bukan sahaja pelajar tidak boleh menipu malah ianya mesra alam kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan. Pendek kata, ia seperti slip keputusan online dengan memaparkan keputusan peperiksaan atau ujian lengkap dengan ulasan guru tingkatan serta jumlah kehadiran pelajar setahun ke sekolah lagi. Ibu bapa bukan sahaja boleh tahu keputusan peperiksaan anak mereka, malah boleh kenalpasti rekod kehadiran anak ke sekolah !
Tetapi dengan adanya SAPS ibu bapa ini, bukan sahaja pelajar tidak boleh menipu malah ianya mesra alam kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan. Pendek kata, ia seperti slip keputusan online dengan memaparkan keputusan peperiksaan atau ujian lengkap dengan ulasan guru tingkatan serta jumlah kehadiran pelajar setahun ke sekolah lagi. Ibu bapa bukan sahaja boleh tahu keputusan peperiksaan anak mereka, malah boleh kenalpasti rekod kehadiran anak ke sekolah !
Dengan adanya SAPS ibu bapa ini juga, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Ibu bapa bukan sahaja boleh menyemak, malah boleh print slip keputusan tersebut untuk simpanan sendiri jika mahu. Maklumlah sekarang zaman internet. Semua perkara hanya online sahaja.
Malah menariknya pelajar sekarang tidak perlu tertunggu-tunggu slip keputusan peperiksaan atau ujian dari guru, hanya lihat keputusan secara online sahaja. Mudah kan?
Malah menariknya pelajar sekarang tidak perlu tertunggu-tunggu slip keputusan peperiksaan atau ujian dari guru, hanya lihat keputusan secara online sahaja. Mudah kan?
![]() |
| Semak keputusan anak-anak anda di SAPS Ibu Bapa |
CN percaya pasti masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum pandai untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini bukan? Di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak anda melalui sistem SAPS ibu bapa:
Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link di atas dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Memang mudah !
![]() |
| Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah |
Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan anak anda. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik.
CN berharap agar perkongsian kali ini dapat membantu lebih ramai ibu bapa supaya lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.
Sila share artikel ini untuk berkongsi maklumat dengan ramai lagi ibu bapa diluar sana.
CN berharap agar perkongsian kali ini dapat membantu lebih ramai ibu bapa supaya lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.
Sila share artikel ini untuk berkongsi maklumat dengan ramai lagi ibu bapa diluar sana.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronoknya bila dapat cium baby baru lahir ni. Sedapnya bau baby ni tak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Sedap sangat ! Baru-baru ni sepupu Encik Suami telah melahirkan sepasang bayi kembar perempuan. Comel sangat ! Bila dah pegang baby ni memang teringin nak ada anak lagi..tapi tula...belum tiba masanya lagi. Rasa serik bersalinkan anak ada lagi ! Hehehehe..
![]() |
| Bersama anak saudara baru dalam keluarga Haji Salleh |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
De' Kampung Cafe terletak tak sampai 5 minit dari rumah mertua CN. Memang menjadi pilihan keluarga jika air tiada di rumah. Almaklumlah, Selangor ni terkenal dengan masalah air tiada. Jadi kalau air tiada memang malas la nak masak sebab jenuh nak basuh bagai. Pilihan utama sudah tentu De' Kampung Cafe yang menawarkan pelbagai menu makanan panas dengan harga yang berpatutan.
![]() |
| De' Kampung Cafe yang terletak di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor |
Nasi Goreng Ayam tersedap di Kampung Jenjarom
Signature dish di De' Kampung Cafe adalah nasi goreng ayam. CN kalau ke sini mesti order nasi goreng ayam tau. All time faveret di sini. Memang recommended ! Dengan sos yang pedas-pedas sweet di tambah dengan ayam perapan, CN percaya pasti anda sukakannya.
![]() |
| Nasi goreng ayam RM6.50 |
Selain nasi goreng ayam, sudah tentu nasi ayam di De' Kampung Cafe menjadi pilihan anak-anak CN. Nasi ayamnya lemak-lemak je rasa. Sedap !
![]() |
| Nasi ayam RM5.50 |
![]() |
| Mee hailam CN tak ingat berapa harganya..hehe |
Sate Kamping De' Kampung Jenjarom menjadi pilihan
Tarikan terbaru De' Kampung Cafe adalah aneka pilihan satenya bersama kuah kacang yang sedap. Antara sate paling sedap sudah tentu sate kambing yang berharga RM1.50 secucuk. Sate daging pilihan Encik Suami adalah garing-garing dengan harga RM1.20 secucuk manakalah pilihan Irfan Hensem adalah sate ayam yang cuma berharga RM0.80 secucuk.
![]() |
| Sate awesome De' Kampung Cafe |
![]() |
| Dhia Zahra peminat setia sate ayam |
![]() |
| Irfan Hensem buat perangai takmo di ambil gambar |
![]() |
| Welfie bersama Encik Suami |
Lokasi De' Kampung Cafe Jenjarom
Rezeki Berkat
Sedikitnya cukup banyak diagih-agihkan
Rezeki Tak Berkat
Sedikitnya tidak cukup, banyak tida puas.
Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Sotong goreng rangup adalah antara makanan 'ruji' CN semasa mengandungkan Dhia Zahra. Entah kenapa, semasa preggy Dhia Zahra, memang suka sangat sotong goreng rangup ni. Bukan CN sahaja, anak bujang CN si Irfan Hensem pun suka sotong goreng rangup ni. Antara tempat yang menjual sotong goreng rangup sedap adalah di Pantai Morib. Ada banyak gerai yang menjual sotong goreng rangup ni, pilih je nak mana sebab harga dan rasanya sama je.
![]() |
| Sotong goreng rangup di Pantai Morib |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya pasti ramai ibu bapa diluar sana yang masih mencari tempat menarik untuk bawa anak-anak bercuti. Apa kata cuba bawa anak-anak anda ke Kidzania KL yang terletak di Damansara Utama bersebelahan dengan IKEA. Pelbagai aktiviti menarik yang akan mengujakan anak-anak anda.
Jom ke Kidzania KL !
Irfan bekerja sebagai buruh kasar
|
![]() |
| Doktor gigi yang super cute ! |
![]() |
| Junior Tax Officer? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Frog VLE bukanlah benda baru di dunia pendidikan Malaysia sekarang ini. Setiap pelajar, guru dan ibubapa mempunyai ID Frog VLE. Jadi, apalah gunanya jika anda mempunyai ID Frog VLE tetapi tidak meneroka pelbagai aplikasi yang terdapat di dalam Frog VLE ini. Sempena tamatnya PT3 dan akan bermulanya SPM tidak lama lagi. terdapat pelbagai aplikasi FrogPlay yang boleh digunakan di dalam FROG VLE ini bukan sahaja sebagai permainan malah juga sebagai salah satu sumber untuk ulangkaji buat pelajar yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Disini CN kongsikan beberapa aplikasi FrogPlay di dalam Frog VLE sebagai cadangan untuk program Frog VLE di sekolah.
![]() |
| 4 program FROG VLE di sekolah |
4 Aplikasi FrogPlay untuk aktiviti pelajar
1. Mereka Avatar sebagai profil dalam aplikasi FrogPlay Frog VLE
Antara yang menarik di FrogPlay adalah pelajar boleh mereka Avatar mereka sendiri. Pelajar boleh menukar color & kulit avatar serta pelbagai bentuk avatar yang boleh di download. Aktiviti ini memang boleh menjadikan pelajar kreatif dan leka sampai tak mahu keluar rehat ! 1 jam aktiviti mereka Avatar ni tidak cukup bagi pelajar yang betul-betul minat.
| Mereka Avatar di dalam FrogPlay |
![]() |
| Mereka Avatar di dalam FrogPlay |
2. Student Room dalam aplikasi FrogPlay Frog VLE
: Student Room adalah antaramuka berasaskan ganjara dimana tahap penyesuaian bergantung kepada berapa banyak kerja seorang pelajar selesai. Mengklik item yang berbeza di Student Room membolehkan pelajar mengakses pelbagai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat 3 warna yang menentukan tahap pelajar iaitu MERAH bermakna pelajar perlu membuat latihan dengan lebih banyak, AMBER bermakna ada ruang untuk penambahbaikan manakala HIJAU bermakna pelajar telah melakukan yang terbaik.
![]() |
| Student Room |
3. Frog Revise
: Sangat mudah untuk akses ke Frog Revise ini. Anda boleh ke artikel CN di Frog Revise: Aplikasi menarik di dalam Frog VLE untuk mengikuti langkah demi langkah menggunakan aplikasi ini. Ada
Koleksi Soalan Contoh Peperiksaan SPM yang terdapat dalam aplikasi Frog Revise ini. Sesuai untuk aktiviti pecutan akhir sebelum SPM.
![]() |
| Frog Revise untuk SPM |
4. Buddies
: Buddies di dalam FrogPlay adalah orang yang anda tahu & ingin membandingkan skor dalam permainan versi Liga Juara-Juara. Memang menarik dengan Buddies ini apabila pelajar boleh membandingkan skor yang mereka dapat di dalam permainan. Pertandingan di dalam kelas atau antara kelas juga boleh dibuat dengan perbandingan skor ini.
![]() |
| Buddies |
![]() |
| Perbandingan skor antara Buddies |
Pelbagai lagi aktiviti menarik di FROG VLE
Lawati frogasia.com/learncentre bagi panduan langkah demi langkah. Selamat mencuba ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




























