[ Gambar lama bertarikh 3 Julai 2010 : Hari Bertemu Pelanggan ]
Salam Ramadhan..
Mesti ramai orang duk sibuk prepare persiapan raya kan? Cikgu Norazimah dalam takmo beraya feeling sedey kot raya mak mertua dah takde pon 'terbeli' 5 pasang baju raya ! Apa kes ? Hehe..
Hokay..kembali ke tajuk di atas. Lumrah bagi wanita berkerjaya terpaksa menguruskan anak2 dan hal rumah dan dalam masa yang sama mempunyai bebanan tugas yang melambak di tempat keje. Lagi2 cikgu ! Asal siap je keje, ada je keje baru menanti. Bak cakap Kak Su (housemate), KEJE TAKKAN PERNAH HABIS ! Tak kira la anda cikgu geografi ker, cikgu math ker, cikgu pj ker, kaunselor ker, semua ada keje masing2. Tak perlulah menuding jari dekat orang tu cakap dia takde keje..tak patut tau !
Kes ni terjadi dekat Cikgu Norazimah sendiri. Agak terkilan bila orang lain cakap Cikgu Norazimah takde keje sebab asal datang ke meja Cikgu Norazimah, duk tengok duk main CANDY CRUSH ! Helloooo !! Main game ni untuk melepaskan tekanan duk mengadap laptop yer. Kalau asyik mengadap keje, memang stress ! Jadi apa salahnya berehat kejab main game. Even BOS pon tak kisah yer Cikgu Norazimah main CANDY CRUSH sebab dia tahu keje siap maaa !