Salam mesra..
Ramai yang berpendapat bahawa gadget tidak sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Betul, CN sokong 100% ! Jika kanak-kanak terlalu bertumpu kepada gadget, perkembangan psikomotor mereka akan mengalami masalah kerana gadget cuma bertumpu kepada perkembangan kognitif dan sedikit psikomotor sahaja yang digunakan iaitu pergerakan JARI. Yang lain..nothing !
Tapi, gadget sangat penting untuk mengalih tumpuan kanak-kanak ketika perjalanan jauh. Tanpa gadget, ibubapa akan mengalami masalah anak menangis kerana kebosanan dalam kereta. Bayangkan perjalanan tak sampai 5 jam kalau drive 110km/j dari Banting ke Parit Buntar mungkin akan menjadi 8 jam jika berpaksa berhenti-henti untuk menguruskan anak yang menangis kerana kebosanan dalam kereta.
Dari pengalaman CN sendiri, first time balik kampung bersama Irfan ketika itu 3 bulan lebih, tak ada sebarang masalah sebab masih bayi dan kerap tidur. Tapi kemudian ketika Irfan dah setahun, memang berMASALAH. Budak tu sangat aktif ke depan dan kebelakang. Kemudian akan menangis sebab kebosanan. Cara nak memujuk adalah dengan GADGET. CN tunjukkan Irfan video Upin Ipin, Qasidah Ya Hanana & paling Irfan suka sampai berjoget-joget adalah video lagu Heliza - Jom Zikir. Tapi perlu diingat, jangan terlalu dedahkan anak anda dengan gadget sebab banyak kelemahan berbanding kelebihan. Tapi jika situasi yang tak dapat dielakkan, its ok ! Apa kata anda ??
Penutup entry kali ini adalah gambo ketika perjalanan balik kampung baru2 ni. Layanzzz
Pantang ayah dia keluar, mesti nk main stereng !
Haruslah bergambo di Hentian Bukit Gantang
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.