Salam mesra..
Selamat berhujung minggu pembaca tersayang ! CN tak dapat menaip entry panjang2 sebab tengah sibuk menguruskan perpindahan sementara ke Banting iaitu di rumah ibu kandung yang cun. Alkisahnya kerana pengasuh Irfan akan menunaikan umrah dari 6/3 - 18/3. Takde orang nk jaga Irfan tau..selamat la ibu kandung yang cun sanggup cuti sementara untuk menjaga cucu sulung yang hensem, kacak dan bergaya ni !
Kenapa CN kena berpindah sementara ke Banting sebab rumah hubby di Jenjarom adalah tengah2 antara Banting dan Telok Panglima Garang. Agak jenuh pagi2 kena hantar Irfan ke Banting then ke sekolah di Telok Panglima Garang ! The best solution, tinggal sementara di Banting dan terus pegi sekolah. Fuhh..harap2 Irfan tak mengamuk la dengan Opah nya. Mujurlah 3 minggu jer sekolah bulan 3 ni, hujung bulan cuti ! Horaayyy !
Hokay, nak sambung kemas baju2..hehehe
~ Entry ringkas dari Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
10 sebab kenapa si kecil memberontak menjadi tajuk entry CN kali ini. Ini kerana Si kecil Irfan makin membesar dengan perangai yang sangat mencabar kewibawaan CN. Biasalah, dengan students di sekolah, CN boleh bersabar dari memukul sebab anak orang, tapi dengan anak sendiri ni, laju jer tangan membabap ! Memang menyesal lepas babap dia, tapi itulah, tindakan spontan ! hehehe
Irfan ni perangai dia, kalau dia marahkan kita atau tak puas hati dengan kita, dia akan mencampakkan apa sahaja barang yang ada depan dia. Sebab tu pinggan dan cawan kaca sudah banyak berderai sebab si kecik ni ! Ramai cakap Irfan memberontak sebab dia membesar tanpa CN disisi, yela, dulu kan CN di KL dan Irfan di kampung bersama nenek. Jumpa pun hujung minggu. Maybe sebab nk balas dendam, dia selalu memberontak dengan mama nya. Aduhai si anak...
CN terjumpa artikel tentang sebab kenapa si kecil memberontak untuk pengetahuan diri sendiri sebagai seorang mama dan juga untuk perkongsian bersama pembaca tersayang.
10 sebab kenapa si kecil memberontak
Klik banner untuk mengundi
Undian sistem PBS dibuka kepada semua guru, ibubapa, pelajar dan sesiapa sahaja untuk memberi pandangan melalui undian seperti banner di atas. Tapi perlu diingat bahawa anda hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja di dalam Undian sistem PBS ini. Jadi apa tunggu lagi, marilah kita mengundi beramai-ramai !
~ Sharing is caring about Undian sistem PBS from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Adakah kita telah terlanjur berbuat maksiat atau dosa? Jangan putus asa. Pintu TAUBAT tidak pernah tertutup melainkan ketika nyawa sudah berada di kerongkong dan ketika matahari terbit dari barat ke timur.
Berikut merupakan 5 berita baik untuk orang yang bertaubat :
1. Petua Kejayaan
: Apa kata masukkan bertaubat dan beristifar sebagai salah satu langkah mencapai kejayaan. Ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung (beroleh kejayaan) " Surah al-Nur 23:31