Irfan diserang Chicken Pox : Mujurlah CN tengah bercuti seminggu sempena Deepavali. Boleh la fokus pada si kecik ni. Memang terkejut tengok ada bintik2 merah berair dekat leher Irfan. Bukan dekat leher jer, dekat kepala dan belakang badan. Serius memang CN terlupa pasal penyakit ni. Bawak pegi klinik, doktor cakap Chicken Pox.
Mula-mula Irfan demam pada malamnya dan esoknya tumbuh bintik-bintik merah yang dipanggil Chicken Pox. Bercutilah CN dirumah menjaga si kecik. Mujur Irfan tak meragam. Dia act macam biasa, masa disapu krim dekat bintik2 merah tu, dia diam jer.
Irfan..Irfan..cepat sembuh yer sayang.
Budak manja tak bagi mama pegi kursus. Even sekolah cuti, tapi CN kena pegi kursus Setiausaha PIBG....
Irfan yang diserang virus Chicken Pox
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~