Cik Zaty ataupun nama penuh NOR IZZATI BINTI ABD TALIB adalah adik CN yang ke-4.
Harini ni genaplah umor budak omel ni 19 tahun..dah tua adik CN rupanya ! Ahaks..
Masih single dan masih mencari pasangan hidup. Kini sedang bergelut menghadapi peperiksaan paling susah di dunia iaitu STPM. Orangnya COMEL & agak pemalu. Kalau orang cakap CN pendek, dia ni lagi pendek ! Kira dia ni juara pendek lah antara kitorang adik beradik ! Hehehe
Abang Long VS Kak Yong
Abang Long : Ayang..jom kita main hp sama
Kak Yong : I takmo main hp, i nak bergambo
Abang Long : Suka hati u la.. (dalam hati, comey gak gurlfren aku ni sambil tersenyum-senyum)
Abang Long : U tak bosan ker duk bergambo jer ? I macam bosan la
Kak Yong : Ala u..kejab je..
Abang Long : Ah ! Malas la, batery hp i dah nak habis, nak charge ni..
Kak Yong : Ok, i tak kisah amik gambo sorang2 ! Yang penting enjoy !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
KEMENANGAN DIPEROLEHI..TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Justeru...baik jangan bergaduh...!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cawan Dr.Brown yang best kaler purple kini menjadi milik Irfan ! Kemain suka #IrfanHensem ni dapat cawan baru.
Apa yang best cawan Dr.Brown ni adalah air tidak menitik keluar jika diterbalikkan. Bermaksud, Irfan boleh minum dalam cawan sambil baring. Yeah !
CN dalam proses nak berhentikan botol susu dekat Irfan, Sebelum ni dah ada cawan berstraw dari Tupperware. Tapi tak boleh bawak tidur. Dengan cawan Dr.Brown ni, even terbalik atas tilam pun tak basah. Bestnyer !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~