i-Think : Kata kunci
Terdapat 8 Peta Pemikiran iaitu :
1. Peta Bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titi
CN akan terangkan satu persatu 8 Peta Pemikiran ini dalam entry seterusnya. Jangan pening2 yer. Ibu bapa mesti tau sebab 8 Peta Pemikiran ni berbeza dengan peta minda yang kita buat masa sekolah dulu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
i-Think : Apakah ia?
Program i-Think merupakan program dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-Think membawa maksud innovative THINGKING (Pemikiran Inovatif).
Apakah yang diharapkan dari program i-Think?
- Meningkatkan prestasi pelajar
- Menjadikan pelajar yang berkeyakinan dan fokus
- Merangsang penglibatan aktif pelajar di dalam pdp
- Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~