Pertandingan Silat Seni Sekolah
8 hingga 10 Mei yang lalu, berlangsungnya Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Negeri Selangor di SM Sains Banting. PPD Kuala Langat selaku tuan rumah telah memilih beberapa orang guru yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi menghadapi keje-keje di saat genting sebagai Pegawai Statistik dari SMKTPG. Cikgu-cikgu yang hebat itu adalah CN, Cikgu Arefah, Cikgu Shuhada & Cikgu Haza. Hah ! Bukan nak perasan tau, Pegawai Statistik ni la yang memerlukan orang yang cekap sebab semua result nak cepat. Keje memang last-last la..tapi yang penting, pengalaman tu !
CN and the geng selaku Pegawai Statistik menggunakan 2 laptop dan 2 printer tau. Betapa komitednya kami bekerja di hujung minggu demi sesuap nasi dan segulung sijil peringkat negeri. Its ok, glamer gak keje dekat depan stage ni, sampaikan orang confuse kitorang sebagai urusetia lak ! Gambar atas ni bersama bos dari PPD ketika hari terakhir kejohanan.
Tahniah di ucapkan kepada Kontinjen Gombak kerana berjaya membolot 14 dari 15 pingat emas yang dipertandingkan. Tahniah juga kepada kontinjen Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor & Hulu Langat yang memberikan saingan yang sengit kepada kontinjen Gombak serta semua peserta dari 9 daerah yang terlibat.
Pertandingan Silat Seni ni macam pertandingan gymrama yang mempunyai pelbagai kategori. Ini kali pertama CN terlibat dengan pertandingan silat seni. Ada empat kategori yang dipertandingkan iaitu Silat Seni Jurus, Silat Seni Tari, Silat Seni Tempur & Silat Seni Asli serta di bahagikan kepada lelaki & perempuan sekolah rendah & menengah. Memang best tengok budak2 kecik sekolah rendah bersilat. Comel dan bersemangat sangat !
Baiklah, sebagai penutup entry, CN share beberapa keping gambo Pegawai Statistik yang hover dari peserta ye. Hehe
Berselfie dengan Kak Haza kiri dan Kak Arefah kanan sebelum pertandingan bermula. Cikgu Shuhada tak sempat lak nak berselfie..hehe
Haruslah bergambo di stage sebab bannernya sangat klasik dan elegen
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Satay SEDAP
Satay sedap di Banting pilihan CN adalah di Ayong's corner. Sebelum ini CN pernah review tentang nasi lemaknya Ayong's corner yang sedap, tapi kini nak recommed lagi tentang satay nya yang sedap dan murah. Senang je nak kesini, cuma cari IPD Banting, depan tu ada MDK, terus jer masuk jalan ke MDK tu. Ayong's corner ni dekat food court situ. Kalau malam2 lepak ke sini, memang sentiasa ramai orang. Irfan Hensem ni memang antara pencinta satay Ayong's corner. Steady jer dia habiskan 5 cucuk. Siap pow bahagian CN lagi !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sukan Sekolah
Khamis lepas iaitu 7 Mei 2015 telah berlangsungnya Sukan Sekolah SMKTPG 2015 bertemakan hidupan laut. Baru kini CN berkesempatan untuk up entry tentang Hari Sukan yang meriah ni. Memang best kerana pasukan perbarisan Rumah Kuning sesi pagi di bawah seliaan CN, Cikgu Ilyana, Cikgu Yusro, Cikgu Fairus dan Cikgu Ruziati menjadi JOHAN !! Berbaloi penat lelah stayback hari-hari di sekolah menyiapkan maskot dan prop, akhirnya terbalas dengan mendapat johan.
Pada mulanya CN agak down bila tengok pasukan lain dengan maskot dan prop yang gempaq, memang terus target kalah jer walaupun budak2 CN nampak omel jer dengan kerang di telinga masing-masing. Namun, berkat kerjasama budak-budak ni dan maskot yang lincah walaupun tak berapa cantik telah menjadikan pasukan perbarisan Rumah Kuning sesi pagi dinobatkan sebagai johan! Alhamdulillah...
Untuk hiasan rumah sukan pulak, Rumah Kuning mendapat tempat kedua dengan menggunakan pelbagai barang terpakai. Sangat-sangat menjimatkan dan hasilnya memang superb ! Alhamdulillah, untuk keseluruhan, Rumah Kuning berjaya mendapat tempat kedua. Kita cuba lagi tahun depan yer..
Sebagai pelengkap entry CN, meh kita layan gambo-gambo semasa Hari Sukan 2015 yang meriah ini.
Guru-guru Rumah Kuning yang sporting dihadapan khemah kami yang ceria ni
CN dan Cikgu Hafiza sempat bergamba bersama maskot Rumah Kuning sesi petang yang superb awesome hasil tangan Cikgu Azman. Kreatif kan Cikgu Azman ni? Beso tu ikan buntal ni..
Antara hiasan-hiasan di khemah Rumah Kuning . Gorges tak mermaid tu? Paling gorges mermaid dekat bawah ni ....
Hah ! Hasil tangkapan adalah seorang mermaid muslimah dengan sisik yang asyik tercabut sebab tak biasa dengan cuaca panas di SMKTPG ! Hehe
Maskot Rumah Hijau sesi petang..apa ye? CN tak sempat tanya lak
Rumah Biru dengan maskot dolphine. Kanan tu adalah Fikri untuk sesi pagi dan kiri adalah adik comel form 1 yang tak sempat tanya namanya tapi sangat comel ! Malu2 jer budaknya
Maskot Rumah Ungu sesi pagi di kiri ni paling awesome dengan obor2 yang sentiasa senyum hasil rekaan Cikgu Sheik ! Sesi petang juga masih dengan maskot obor2
Kiri adalah maskot Rumah Merah iaitu sotong manakala kanan adalah maskot Rumah Merah sesi petang iaitu ketam
Dan paling awesome semestinya Rumah Kuning sesi pagi dengan maskot starfish oleh Izwan bersama mermaid Aina sebagai tukang pegang sepanduk. Manakala tukang pegang bendera iaitu Nabil segak bergaya bersama baju melayu milik ayahnya kerana tidak sempat buat baju mermaid versi lelaki ! Hehe.. tahniah ye anak2 ku sayang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~