Fuh! Dalam duk sibuk-sibuk menyiapkan fail rekod mengajar dengan Rancangan Pengajaran Tahunan subjek Geografi & Sains Komputer, sempat juga CN menyiapkan name tag buku Irfan. Simple je siap dengan gambar Irfan, kemain eksited budak tu tengok semua buku dia ada name tag ni.
Sebenarnya CN yang terlebih eksited Irfan mula sekolah tahun ni. Sekolah di mana? Nanti CN cerita dalam next entry ye 😍😍😍
DIY name tag Irfan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Okay, stok makanan Dhia Zahra in da house lagi ! Inilah rutin CN bila cuti, buat stok makanan si kecik ni banyak-banyak. Kalau nak masak hari-hari memang bercinta tau. Jadi bila buat sekali banyak macam ni, boleh la tahan seminggu. Senang je, frozen kan. Bila nak makan defross je. Bubur nasi kali ni adalah campuran bubur nasi + daun seleri + ayam + daun sup. Memang wangi tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sama ada ikan atau ayam masak kicap pedas memang menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan Hensem. Bukan Irfan sahaja, ayah Irfan pun suka masakan jenis ni. Sebenarnya simple je masakan kicap masak pedas ni. Biasanya untuk ikan masak kicap pedas, sedap kalau guna ikan tenggiri atau tongkol. Tapi bagi CN, belasah je asal boleh makan. So CN guna je ikan kembung yang digoreng rangup tu.
Ikan Masak Kicap Pedas
Bahan-bahan membuat ikan masak kicap pedas
>> Ikan digoreng dahulu
>> 3 batang serai
>> 2 tangkai daun kari
>> 1 batang kayu manis saiz kecil
>> 2 biji bunga cengkih
>> 2 sudu gili kering yang diblender halus
>> kicap pekat
>> 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih & sedikit halia diblender halus
>> 1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
Cara-cara membuat ikan masak kicap pedas
1. Tumis serai, daun kari, kayu manis dan cengkih.
2. Agak layu sikit daun kari tu, masukkan bawang yang diblender dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili blender dan kaca rata sehingga pecah minyak.
4. Agak-agak cili blender dah masak, masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan kicap sehingga menjadi warna gelap macam dalam gambar. Biasanya CN tunggang kicap tu sampai habis suku botol!
5. Masukkan sedikit air kalau rasa kuah tu pekat sangat. Kemudian tambahkan garam sedikit.
6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
7. Ok, siap ! Sedia dimakan bersama nasi panas ! Walla !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau tengok gambar-gambar ni, Irfan Hensem mesti sibuk duk ajak pegi "Kampung Upin Ipin" ! Gambar ni diambil di MAHA 2016 iaitu di Kampung Durian Runtuh. Seronok sangat Irfan pergi tempat ni sampaikan asyik ajak pegi sini lagi je. Alahai la anak, bila cakap tempat ni dah tak ada dia marah-marah, sabo jela.
Irfan & Atuk di Kampung Durian Runtuh atau Kampung Upin Ipin katanya |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~