Sebenarnya dah lama CN nak update entry tentang rawatan slimming di Dorra yang CN dapat PERCUMA sempena birthday CN pada April yang lalu.
Macam mana CN dapat percuma?
CN terima email tentang rawatan slimming Dorra iaitu 1 Spa Capsule Treatment dan 1 Slimming Kit yang berharga RM436 secara PERCUMA jika CN mengisi borang online yang disediakan. Lepas isi tu, dalam beberapa hari CN terima panggilan telefon dari Dorra untuk set appointment.
Macam mana CN dapat percuma?
CN terima email tentang rawatan slimming Dorra iaitu 1 Spa Capsule Treatment dan 1 Slimming Kit yang berharga RM436 secara PERCUMA jika CN mengisi borang online yang disediakan. Lepas isi tu, dalam beberapa hari CN terima panggilan telefon dari Dorra untuk set appointment.
Goodies dari Dorra |
Apa yang menarik di Dorra ini adalah rawatan slimming mereka hanyalah untuk wanita. Jadi semua pekerja adalah wanita. Memang best ! Sudah tentu paling bahagia di dalam Spa Capsule dengan badan berbalut macam mumia. Rasa selesa je tau dalam tu.
Dan selepas habis rawatan, CN diberi goodies di dalamnya ada slimming cream yang memang panas serta kit mandian. Best dan puas hati ! PERCUMA kan? Hehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Antara hidangan kegemaran CN ketika berbuka puasa adalah daging bakar. Bukan sahaja mudah disediakan, malah daging bakar ikut resepi CN ini sedap dan membuatkan selera bertambah lagi-lagi apabila dimakan bersama sambal pencicah. Tak percaya? Meh cuba dulu.
Hidangan Kegemaran CN ketika berbuka puasa
Untuk membuat daging bakar ini, paling penting adalah tempoh masa perapan. Lagi lama perapan lagi sedap daging tu. Nak senang hidup, CN saja perap daging ini sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini.
Daging bakar mudah dan sedap |
Resepi Daging Bakar Sedap
Bahan-bahan membuat Daging Bakar
1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam
7. Beberapa ketul daging saiz sederhana
Daging bersama bahan perapan |
Cara-cara membuat daging bakar :
1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali ajaib. Sangat mudah !
6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.
Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, anda bukan sahaja boleh dapatkan kuali ajaib murah, malah pelbagai lagi barangan dari pelbagai jenama sehingga diskaun 90%! Tempoh promosi ini bermula hari ini sehingga 15 Jun. Riang Ria Raya Sale pula berakhir pada 30 Jun. Cepat-cepat ke Lazada untuk pelbagai tawaran menarik !
Rupa daging bakar yang dibakar menggunakan kuali ajaib murah |
Kuali Ajaib Murah di Lazada
Untuk membuat daging bakar, paling senang guna kuali ajaib. Ada pelbagai jenama kuali ajaib di pasaran. Sempena Marhaban Ya Ramadhan by Lazada ini, terdapat pelbagai jenama kuali ajaib atau non stick pan yang murah. Antaranya adalah jenama Happy Call dari Korea. Cuma RM98.90 sahaja. Murah kan?
Kuali Ajaib Murah jenama Happy Call |
Ramadhan Raya Blogger Contest
Untuk blogger kaki contest, jom ramai-ramai join Ramadhan Raya Blogger Contest by Lazada. Lagi ramai join lagi meriah hadiah yang ditawarkan tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tarikh 16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik. Maklumlah, "Hari Kita" katakan. Apakah Hari Kita itu? Sudah tentulah Hari Guru ! Seronok sangat dapat sambut Hari Guru tahun ini yang bertemakan Kesultanan Melayu Melaka. Tahun lepas sambutan Hari Guru bertemakan "Kembar" tapi CN tak dapat join sebab cuti bersalin. Mujur tahun ini dapat join dan sudah tentu aktiviti wajib adalah memenuhkan galeri henfon dengan gambar-gambar aktiviti. Jangan menyampah noo bila tengok entry CN kali ini penuh dengan gambo-gambo 😉
Hari Guru 2017 : Tema Kesultanan Melayu Melaka
Tema Hari Guru 2017 sangat unik dengan tema Kesultanan Melayu Melaka. Ramai rakan-rakan guru yang sporting dengan mengenakan busana zaman kesultanan melayu Melaka lengkap dengan aksesori bagi guru wanita dan rambut palsu untuk guru lelaki. CN tak sempat pula ambil gambar best busana iaitu Pahlawan & Srikandi yang menang pada hari tu. Tapi memang sporting dorang ni. CN? CN cuma mengenakan baju songket bersama aksesori kain di kepala sahaja, tu pun sekejab, last-last simpang je ! Tak sempat pula mencari aksesori dokoh bagai semua tu sebab sibuk sangat di sekolah konon-kononnya..hehehe
Haruslah bergaya konfiden di tengah padang di bawah panas mentari |
CN & #GengBasSekolah bergambar bersama Pengetua & Penolong Kanan 1 yang segak bergaya dengan busana 'Sultan' |
Sempat bergambar sebelum berarak masuk ke dalam dewan |
#GengBasSekolah bergaya sakan di padang |
Kemain gelak sakan weoulss tau |
Apabila #GengBasSekolah bergaya gediks, omel kan? hehehe |
Dah macam Mak Jemah gayanya tuh |
Okay, ini gaya special dari weoulss #GengBasSekolah |
Bersama calon SPM 2017 iaitu Ezwanni yang merupakan salah seorang instafamous dari SMKTPG gituww |
CN bersama kembar iaitu Cikgu Izyan |
CN bersama bff Cikgu Syuhada |
CN bersama Kak Fifi kesayangan iaitu geng cikgu ICT |
Permainan Rakyat sempena Hari Guru 2017
Ada pelbagai permainan rakyat yang dipertandingkan sempena Hari Guru 2017 ini. Antaranya adalah batu seremban. CN pun join pertandingan ini tapi seperti biasa, pusingan awal dah kalah sebab tangan keras ! Hehehehe..
Harus bergaya ketika bermain batu seremban hokay |
CN bersama rakan-rakan guru yang join pertandingan batu seremban. Juaranya adalah Cikgu Arifah yang pakai tudung kaler kuning tu |
Hadiah Hari Guru 2017
Alhamdulillah, murah rezeki CN setiap kali hari guru ada je hadiah dari pelajar. Kali ini CN dapat paling banyak coklat dan kek. Seperti biasa, kalau melibatkan coklat dan kek coklat, automatik akan habis di perut Irfan Hensem! CN mampu tengok dan cubit sikit je coklat, selebihnya habis dekat dia dengan alasan "Irfan lapar!".
Antara hadiah Hari Guru 2017 |
Anak-anak CN kelas 3 Amanah yang paling banyak bagi hadiah, terima kasih uoullss ! |
Anak-anak CN kelas 3 Amanah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~