cerita blogger
Majlis menandatangani perjanjian usahasama Jakel Shah Alam & Ahli Parlimen Tanah Merah
May 27, 2017
YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah semalam yang disertai oleh ramai rakan media termasuk CN. Sumbangan baju raya ini kepada semua pengundi Tanah Merah yang tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik bagi menghargai sokongan yang diberikan selama ini. Hadiah ini juga layak diterima oleh mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017.
Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah bagi penyerahan sumbangan 60,000 pasang baju raya di Jakel Shah Alam semalam |
Penyerahan Sumbangan 60,000 pasang baju raya oleh Ahli Parlimen Tanah Merah
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah sudah tentu lebih ceria apabila bakal menerima baju raya percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.
Antara koleksi baju melayu yang akan disumbangkan kepada pengundi Tanah Merah |
Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu), baju kurung (perempuan melayu), baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim).
Antara koleksi baju kemeja lelaki yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah bukan muslim |
Antara koleksi baju kurung yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah |
Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel
Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.
Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salah satu kasih sayang Allah SWT
" Salah satu kasih sayang Allah SWT terhadapmu adalah ketika Dia menutupi keaiban dirimu "
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni CN menjadi surirumah sepenuh masa. Jadi dalam masa yang sama, CN juga menjadi cikgu sepenuh masa kepada anak bujang Irfan Hensem. Bila hendak mengajar anak sendiri ni, memang amat mencabar. Cepat betul darah naik ke kepala ! Lagi-lagi bila menulis dibuku, sampai lunyai buku tu dikejekan. Jadi antara cara menarik untuk mengajar anak adalah dengan menggunakan wooden blackboard/whiteboard. Rasa seperti di sekolah bila guna benda ni. Irfan pun jadi seronok belajar.
Ada banyak kedai yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Antara yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah dan berkualiti adalah di The Baby Store.
Apa yang menarik tentang 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini adalah :
>> Mudah dilipat untuk jimatkan ruang
>> Menarik dan berkualiti tinggi, dari papan kayu yang berkualiti
>> Tray putih mudah untuk dialihkan
>> Ringan- 1.7 kg sahaja
>> Papan hitam dan putih yang mudah untuk dibersihkan
Dan banyak lagi kelebihan lain pada harga yang sangat murah.
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard |
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah di The Baby Store
Ada banyak kedai yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Antara yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah dan berkualiti adalah di The Baby Store.
Apa yang menarik tentang 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini adalah :
>> Mudah dilipat untuk jimatkan ruang
>> Menarik dan berkualiti tinggi, dari papan kayu yang berkualiti
>> Tray putih mudah untuk dialihkan
>> Ringan- 1.7 kg sahaja
>> Papan hitam dan putih yang mudah untuk dibersihkan
Dan banyak lagi kelebihan lain pada harga yang sangat murah.
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard |
Berminat untuk mendapatkan 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini?
CN cadangkan anda beli 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini di website The Baby Store. Beli melalui atas talian atau boleh COD di Shah Alam.
Kenapa CN sarankan beli melalui The Baby Store? Sebab The Baby Store adalah trusted online seller... website pun cantik. Tambahan pula setiap belian anda buat di website ini anda akan dapat mata ganjaran dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya. Anda juga boleh tebus pada produk lain juga.
Sebelum terlupa, jika anda pengguna pertama. Setiap pendaftaran baru akan menerima 200 mata ganjaran. Anda boleh tebus pada belian pertama.
Klik Link ini ---> 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dreamworld Play Centre atau lebih dikenali dengan DreamWorld Playland kini dibuka hari ini untuk orang ramai di The Starling Mall manakala 27 May ini di IOI City Mall Putrajaya. Paling best, sempena pembukaan DreamWorld Playland ini, mereka menawarkan Buy 1 Free 1 untuk setiap pembelian tiket. Promosi ini sah sehingga 28 May 2017. Jangan lepaskan peluang ini tau !
The best Dreamworld Playland di Selangor kini dibuka |
DreamWorld Playland Di The Starling & IOI City Mall Putrajaya
DreamWorld Playland ini adalah taman permainan indoor untuk aktiviti kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Pelbagai jenis permainan yang ditawarkan untuk perkembangan minda kanak-kanak serta tempat untuk mereka bersosial dan berinteraksi.
Suasana di dalam Dreamworld Playland |
Berkeluasan sekitar 6000 kaki persegi, DreamWorld Playland ini mampu memuatkan seramai 120 kanak-kanak dalam satu masa. Antara aktiviti yang disediakan di playland dan party room, kanak-kanak boleh memanjat terowong, tangga dan menyusuri gelongsor dengan cabaran yang bersesuaian buat mereka. Paling istimewa, suasana DreamWorld Playland ini bertemakan salji yang pastinya menyeronokkan bersama maskot yang bernama Eskimo.
Antara permainan yang ditawarkan di dalam Dreamworld Playland |
The best Dreamworld Playland di Selangor ini juga menyediakan pakej untuk sambutan hari jadi buat anak-anak. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di dalam pakej hari jadi ini termasuk ‘Dream rides’ istimewa yang pastinya memberikan pengalaman menarik buat anak anda.
Antara permainan yang ditawarkan di dalam Dreamworld Playland |
Antara pakej hari jadi yang ditawarkan adalah Pakej Pengguin dengan harga RM68 untuk hari biasa (weekdays) atau RM78 pada hujung minggu (weekend). Pakej ini menawarkan party room selama dua jam dengan ‘unlimited play’ untuk kanak-kanak, penyediaan makanan dan juga kad jemputan hari jadi. Terdapat juga maskot Eskimo untuk menghiburkan kanak-kanak sewaktu majlis.
Maskot Eskimo di Dreamworld Playland |
Maskot Eskimo di Dreamworld Playland |
Harga tiket DreamWorld Playland
Admission rate untuk ‘unlimited play’ di The Starling berharga RM48 untuk hari biasa (weekdays) dan RM58 pada hujung minggu (weekend), manakala di IOI City Mall berharga RM45 (weekdays) dan RM55 (weekend). Setiap pembelian tiket kanak-kanak akan beroleh tiket percuma untuk dewasa yang menemani. Tambahan RM5 untuk seorang lagi dewasa yang ikut bersama.
DreamWorld Playland IOI City Mall |
DreamWorld Playland The Starling |
Promosi harga tiket DreamWorld Playland
Sempena pembukaan DreamWorld Playland ini, mereka menawarkan promosi selama 6 bulan dimana anda boleh memperolehi Birthday Cash Voucher bernilai RM288, 20% diskaun untuk Drop & Shop, undangan istimewa untuk setiap acara di DreamWorld Indoor Playland dan juga DreamWorld Passbook percuma. Kesemuanya bernilai RM5,840 ! TETAPI anda hanya perlu membayar RM288 atau memilih Super Saver Package berharga RM108 untuk 3 kali masuk. Berbaloi kan?
Cuma berharga RM288 sahaja untuk 6 bulan PASS |
Berminat untuk membawa anak-anak anda ke DreamWorld Indoor Playland ini?
Berikut merupakan alamat DreamWorld Indoor Playland yang terletak di The Starling Mall & IOI City Mall Putrajaya.
DreamWorld Indoor Playland
The Starling Mall
No. 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan info lanjut: 012 7219 9509 (Yoong Fui).
IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resorts City,
62502, Putrajaya
Tempahan dan info lanjut: 012 7029 9509 (Hazwan).
Atau follow FB untuk maklumat terkini : DreamWorld Playland
Untuk pertanyaan hubungi Dream Team di 012-7029509 (IOI City Mall) & 012-7219509 (The Starling Mall).
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~