Bila anda lihat Dhia Zahra duk menggaru-garu muka dan leher dengan muka berkerut tu, maksudnya adalah tanda si bambam tu tengah stress ! Macam gambar di bawah ni. Stress benor mukanya bila CN paksa duduk diam dekat kerusi untuk diambil gambarnya.
Dhia Zahra muka stress |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan yang akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 yang mengambil matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Apa yang menarik tentang Scratch ini adalah ia sangat interaktif dan akan menghasilkan output yang sangat menarik. Anak CN sendiri iaitu Irfan Hensem & Dhia Zahra suka sangat hasil kerja CN menggunakan Scratch ini.
Sprite bergerak ikut cursor
Kali ini CN akan berkongsi dengan anda scripts untuk menghasilkan sprite yang bergerak-gerak mengikut cursor. Sprite adalah objek di dalam Scratch yang boleh anda pilih sama ada menggunakan fail gambar sedia ada atau pun gambar anda sendiri. Untuk tutorial kali ini, CN menggunakan sprite ikan yang sedia ada.
Untuk menjadikan ikan bergerak mengikut cursor yang digerakkan, CN menggunakan sensing touching ke mouse-pointer.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~