Tahukah anda apa itu SSPN-i Plus? Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahkan daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Paling menarik sudah tentu SSPN-i Plus ini menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful bergantung kepada pakej yang dipilih iaitu serendah RM30 hingga RM500.
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus ONLINE
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
Cara buka akaun SSPN-i secara online |
2. Pilih butang >> Pembukaan Akaun
3. Akan dipaparkan Maklumat Akaun yang perlu ada isi.
4. Apabila maklumat telah lengkap diisi, klik butang >> SETERUSNYA
5. Untuk Maklumat Pakej, anda boleh memilih pakej mana yang berkenan di hati. Terdapat 6 pakej yang ditawarkan serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Pelan Simpanan (Pakej) |
6. Pilih jenis pakej pilihan hati dan tekan butang >> SETERUSNYA
7. Paparan mengenai Pakej Simpanan anda akan dipaparkan. Jika bersetuju dengan pilihan pakej anda, tekan butang >> SETERUSNYA
8. Anda perlu mengisi beberapa maklumat lagi dan tekan butang >> SETERUSNYA
9. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
10. Kemudian anda perlu tick akad yang memaparkan nama anda. kemudian tekan butang >> BAYARAN
11. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
2. Pilih butang >> Penambahan Deposit
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online |
3. Masukkan nombor K.P anda dan tekan butang CARI. Maklumat tentang akaun anda akan dipaparkan. Pilih butang >> BAYAR.
4. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Jom buka akaun SSPN-i Plus ONLINE sekarang juga !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kita telah mencapai zaman di mana
teknologi mula mengambil alih interaksi ibubapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan.
Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani
gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi
gemar bermain dan mereka seharusnya
digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk
anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan
fizikal mereka.
Koleksi Sukan Ria Carrie Junior
Bermain dengan air
merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya
merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu
yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya
dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan
diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka,
menggilap kemahiran social dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan
pertuturan.
Sukan Ria Carrie Junior |
Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6
figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan
imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan
masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa
bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
Seronok bermain Sukan Ria Carrie Junior ni bersama keluarga tersayang |
Sebanyak 6 figura mainan
comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola
sepak, SPEEDY TOMMY- si kura-kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY
TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan
hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan
sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR
bersaiz 700ml.
Paling menarik koleksi mainan baharu ini disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang
akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka
keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa
mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana
dapat menggunakan imaginasi mereka.
Dapatkan Koleksi Sukan Ria Carrie Junior sekarang juga !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~