BenQ Eye Care Monitor | Zaman serba moden ini, memang tidak lari dari gadget seperti hp, tab, laptop malah TV. Semua gadget tu akan menyebabkan mata mudah kepada masalah silau & rabun. Begitu juga dengan anak-anak kecil yang terlalu terdedah dengan gadget pasti akan mengalami masalah mata. Kini BenQ memperkenalkan rangkaian BenQ Eye-Care Monitor yang pasti akan mengujakan anda yang mengadap komputer siang dan malam.
Lindungi mata anda dengan BenQ Eye Care Monitor |
BenQ Eye Care Monitor - Baik untuk mata anda
Tahukah anda bahawa BenQ Eye Care Monitor adalah Teknologi Brightness Intelligence Plus pertama di dunia? Baru-baru ini mereka telah mengeluarkan produk terbaru iaitu 4K DHR monitor dengan exclusive Teknologi Brightness Intelligence Plus. CN percaya gamers pasti akan sukakannya!
4K HDR Monitor dengan tenologi AMD FreeSync past akan mengujakan gamers |
BenQ Eye Care Monitor adalah baik untuk mata anda. Ia bukan sahaja mengelakkan masalah silau dan rabun, malah memberikan keselesaan kepada mata walaupun berjam-jam anda mengadap skrin monitor.
BenQ Flicker-Free
: Rangkaian monitor ini memberikan keselesaan kepada mata dari segi brightness. Walaupun mata kasar tidak mampu melihat perbezaannya, ia ketara apabila anda menggunakan kamera digital untuk melihat perbandingan BenQ Flicker-Free monitor dengan monitor Non Flicker-Free.
Low Blue Light Techonology (LBL) & Low Blue Light Technology Plus (LBL+)
: Lihat gambar dibawah, begitu ketara bukan perbezaan monitor yang tidak mempunyai teknologi LBL dengan LBL dan LBL+.
: Teknologi LBL ini kurang brightness tapi mempunyai kualiti warna yang kurang. Tapi dengan LBL+, warnanya lebih 'hidup' malah mesra mata pengguna.
Perbandingan pada skrin yang mempunyai teknologi LBL, LBL+ & NonLBL |
Brightness Intelligence (B.I.) & Brightness Intelligence Plus (B.I.+)
: Model terbaru iaitu EL2870U & EW3270U bukan sahaja memaparkan image yang cantik malah exclusive dengan Brightness Intelligence Plus (B.I.+) yang dibuat untuk memberikan keselesaan kepada mata. Teknologi B.I.+ ini mampu adjust kecerahan berdasarkan keadaan sekeliling seperti cerah dan gelap.
: Anda boleh lihat gambar dibawah bagaimana adjustment brightness seperti smartphone bukan?
BenQ Eye Care Monitor EW3270U berharga RM2449 di Lazada |
Super resolution pada BenQ Eye Care Monitor EW3270U |
BenQ Eye Care Monitor Review
Kali pertama CN lihat rangkaian BenQ Eye Care Monitor, CN terus nekad untuk dapatkan monitor pintar ini. Almaklumlah, sebagai seorang cikgu Sains Komputer dan part time blogger, memang hidup CN mengadap komputer siang & malam. Paling seksa bila terpaksa siapkan task yang mengambil masa berjam-jam. Memang pedih mata mengadap komputer ni. Tapi dengan rangkaian produk BenQ Eye Care Monitor, bukan sahaja memberikan keselesaan kepada mata malah membantu mengurangkan masalah rabun dan silau. Kualiti cahaya juga memang superb. Dari Flicker-free, LBL, LBL +, B.I. & B.I+, semuanya best!
CN & Dhia Zahra yang tersuka dengan BenQ Eye Care Monitor |
Selain itu, anak-anak CN juga tidak lepas dengan gadget. Agak risau mata mereka rabun pada usia yang muda. Jadi, sebagai langkah pencegahan, CN memang nekad untuk dapatkan BenQ Eye Care monitor untuk anak-anak tersayang. Harganya juga agak menarik di Lazada.
<< https://www.lazada.com.my/shop/benq-official-store >>
Maklumat lanjut mengenai BenQ Eye Care monitor, layari lamanweb BenQ.com.my.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~