Bercerita tentang travel adventure, CN tak dapat lupakan pengalaman CN hiking di Gua Tempurung di Perak tahun 2014 lalu. Best sangat. CN seolah-olah masuk ke dunia baru. Rasa teruja bila masuk ke dalam Gua Tempurung. Cuma masa tu trip kami memilih Pakej Top Of The World di mana pakej ini adalah pakej kering yang tidak melibatkan aktiviti merangkak-rangkak di dalam sungai. Sudah tentu jika diberi peluang, CN pasti akan mencuba aktiviti yang melibatkan sungai. Best woo..
Hiking ke Gua Tempurung
Sempena tahun melawat Perak, pakej hiking ke Gua Tempurung adalah antara aktiviti wajib jika anda ke Perak. Kedudukan Gua Tempurung yang tidak jauh dari bandar Ipoh memang memudahkan pelancong untuk mendapatkan tempat tinggal.
Paling senang, anda boleh booking hotel dan tiket flight di Traveloka.com. Anda pelbagai jenis hotel yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
Pemandangan yang awesome di dalam Gua Tempurung |
CN cadangkan anda menginap di hotel sekitar bandar Ipoh. Jarak perjalanan dari bandar Ipoh ke Gua Tempurung lebih kurang 40 minit sahaja. Sebelum aktiviti seharian di Gua Tempurung, anda boleh jalan-jalan di bandar Ipoh yang mempunyai pelbagai tarikan.
Peringatan untuk pengunjung di hadapan kaunter tiket Gua Tempurung |
Apa yang menarik di Gua Tempurung?
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Menariknya di dalam Gua Tempurung, selain anda disajikan pemandangan yang sangat awesome, anda juga akan mendapat pelbagai info menarik tentang kejadian unik di dalam Gua Tempurung serta ada dipamerkan juga alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.
Pelajar CN di hadapan Gua Tempurung sempena trip kelas |
Terdapat 4 pakej yang ditawarkan kepada pengunjung di Gua Tempurung iaitu :
Pakej 1 : Golden Flowstone
Bayaran : RM6
# Diberi nama Golden Flowstone kerana apabila hujan, sungai yang mengalir akan melalui bukit membentuk air terjun. Dan istimewanya air terjun tersebut akan berkilau keemasan di dalam gua.
Pakej 2 : Top of the World
Bayaran : RM9
# Pakej pilihan kami merangkumi laluan pejalan kaki yang kering sehingga ke hujung gua. Tangga yang dipanjat pulak dalam tak sedar rupa-rupanya 640 anak tangga ! Double dari Batu Cave! Memang best ! CN paling suka dekat Wind Tunnel dimana rasa angin yang damai even kita di dalam gua. Memang ajaib, dari manalah angin tu datang sebab Wind Tunnel ni di tengah2 gua..kena tengok National Georaphy untuk tahu jawapannya ! Hehehe
Pakej 3 : Top of the World & Short River Adventure
Bayaran : RM11
# Pakej basah dimana perlu merentasi anak sungai di dalam gua. Ramai kawan yang dah pergi cakap memang best merangkak-rangkak di dalam gua ! Pergh ! Kena repeat lagi ke Gua Tempurung ni.
Pakej 4 : Grand Tour
Bayaran : RM22
# Pakej paling best merangkumi laluan2 yang adventure. Keluar daripada tour ni melalui anak sungai di bawah jambatan tempat entrance. Sebab kitorang tak amik pakej ni, keluar jer dari gua, terjun gak ke dalam sungai ! Last2 basah gak baju budak2 ni duk main air,,hehehe
Pemandangan di dalam Gua Tempurung |
Pemandangan dari luar jalan masuk ke Gua Tempurung. Air sungai ni memang jernih dan sejuk. Seronok main air di sini. |
Sempena cuti sekolah ni, apalah salahnya membawa anak2 hiking di Gua Tempurung. Selain banyak ilmu yang dapat berkaitan bentuk muka bumi (cikgu Geografi la katakan), kepuasan pasti terpamer di wajah anak2 kerana hiking di Gua Tempurung tak sama dengan hiking di shoping complex!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 | Hah, sudahkan anda mencalonkan guru kesayangan anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019? Jangan buang masa, calonkan guru kesayangan anda di www.mcdonalds.com.my sekarang juga kerana tarikh akhir untuk pencalonan adalah pada 31 Mac 2019 ini sahaja. Dalam artikel CN di SINI menceritakan tentang apa itu Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dimana anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia.
Calonkan guru kesayangan anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019 |
Kisah Inspirasi Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun 2017 & 2018
Ada banyak kisah inspirasi penerima Anugerah Guru Inspirasi 2017 & 2018. Kisah inspirasi paling CN suka adalah tentang Cikgu Wong Lieat Hiong dari SMK Tumpat, Kelantan. Kisah inspirasi dari seorang pelajar bernama Fatin Nur Syahzanani Binti Zakaria tentang guru kesayangannya ini memang menyentuh hati CN sebagai seorang guru.
Bayangkan seorang guru berbangsa Cina menjaga anak muridnya yang berbangsa Melayu seperti anak sendiri selama 2 tahun! Menurut Fatin, cikgunya itu bukan sahaja seorang guru malah seperti seorang ibu kepadanya. Walaupun berbeza agama, Cikgu Wong sangat memahami pelajarnya sebagai orang Islam dengan menyediakan bilik khas untuk Fatin dilengkapi dengan tempat belajar & ruang untuk solat. Cikgu Wong ini bukan sahaja disayangi oleh Fatin, malah turut disayangi oleh pelajarnya yang lain. Kelasnya sentiasa menyeronokkan pelajar.
Video penceritaan Fatin tentang gurunya, Cikgu Wong iaitu antara penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018
Bayangkan seorang guru berbangsa Cina menjaga anak muridnya yang berbangsa Melayu seperti anak sendiri selama 2 tahun! Menurut Fatin, cikgunya itu bukan sahaja seorang guru malah seperti seorang ibu kepadanya. Walaupun berbeza agama, Cikgu Wong sangat memahami pelajarnya sebagai orang Islam dengan menyediakan bilik khas untuk Fatin dilengkapi dengan tempat belajar & ruang untuk solat. Cikgu Wong ini bukan sahaja disayangi oleh Fatin, malah turut disayangi oleh pelajarnya yang lain. Kelasnya sentiasa menyeronokkan pelajar.
Cikgu Wong Lieat Hiong adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2018.
|
Selain Cikgu Wong, ada banyak lagi kisah guru inspirasi yang patut dicalonkan. Bagi CN yang juga sebagai seorang guru, bukan duit yang kami inginkan. Tapi penghargaan dari pelajar tentang usaha kami selama ini yang tidak mengira tenaga & wang untuk kejayaan anak didik.
Anda boleh calonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada anda dengan mengikuti langkah-langkah dibawah :
1. Klik https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate. Akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Isikan maklumat anda & kisah inspirasi tidak kurang 100 patah perkataan.
2. Kemudian, isikan maklumat guru inspirasi anda. Anda juga boleh muatnaik gambar guru inspirasi anda tersebut.
3. Jika anda mempunyai pautan youtube tentang guru inspirasi anda, boleh juga hantarkan link tersebut. Tick kotak kecil untuk terma & syarat serta pastikan guru yang anda calonkan itu bersetuju untuk dicalonkan ye. Okay, dah selesai boleh tekan butang HANTAR.
Hadiah wang tunai RM5000 kepada pemenang Guru Inspirasi & baucar RM200 kepada pencalon
Bukan sahaja kisah inspirasi menjadi taruhan, malah hadiah menarik turut ditawarkan kepada guru yang dicalonkan serta pencalonnya juga. Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~