Apabila cuti sekolah, pasti ramai ibubapa duk runsing fikir nak bawak anak pergi bercuti ke mana. Dan apabila pergi bercuti jauh-jauh pasti memerlukan bajet yang banyak bukan? Disini CN ingin berkongsi 5 tempat menarik yang tidak jauh dari KL yang menjimatkan. Tempat percutian menarik ini bukan sahaja dekat malah tidak memerlukan bajet yang besar.
Tempat menarik yang tidak jauh dari KL
1. Taman Botani Shah Alam
Taman Botani Shah Alam |
Tempat wajib datang bila cuti sekolah hujung tahun kerana bulan 12 ada musim salji tau. Bayaran masuk cuma RM3 sahaja dan untuk Rumah 4 Empat Musim ketika musim salji pula perlu bayar RM5 sahaja. Tempat percutian menarik yang wajib bawak anak-anak ke sini kerana terdapat zoo mini dan pelbagai jenis tumbuhan untuk pembelajaran anak-anak. Berpeluh-peluh Irfan berjalan-jalan di sini tau. Tapi bila ditanya best ke tak, dengan senyuman lebar Irfan cakap best !
2. Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang |
CN sememangnya suka sangat dengan pantai. Tenang je hati tengok ombak. Kebetulan anak bujang CN pun suka sangat dengan pantai. Jadi Pantai Bagan Lalang ini adalah antara tempat menarik yang wajib datang bukan sahaja ketika cuti sekolah, tapi juga di hujung minggu kerana tidak jauh dari rumah.
3. Pantai Morib
Pantai Morib |
Pantai Morib pun sama. Tempat wajib bawak anak-anak dihujung minggu kerana disini bukan sahaja ada pantai, malah ada pelbagai permainan seperti giant buble. Kedai makan di Pantai Morib juga menawarkan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap tau.
4. Colmar Tropicale Bukit Tinggi
Colmar Tropicale Bukit Tinggi |
Bukit Tinggi yang terletak di Bentong, Pahang ini tidak jauh dari KL. Terletak di kawasan bukit, Colmar Tropicale Bukit Tinggi ini menawarkan pemandangan yang indah dan cantik untuk sesi photoshoot. Selain 'bandar Perancis mini', di sini juga terdapat Taman Mini Jepun tau. Bak kata Encik Suami, dah macam Naruto boleh pergi Perancis, lepastu pegi Jepun lepastu balik Malaysia daa..hehe
5. Lost World of Tambun
Lost World of Tambun |
CN ke Lost World of Tambun pada tahun 2014 ketika mengikut rombongan kelas 3KRK1. Memang best sangat taman tema ni. Tapi disebabkan bawak si Irfan yang suka buat perangai bila ngantuk, CN tak dapat explore sepenuhnya tempat ni. Paling rugi tak sempat merasa mandi air kolam panas tau. Its ok, akan direpeat ke sini lagi. Tak kira !
Selain 5 tempat percutian menarik di atas, terdapat banyak lagi tempat menarik yang tidak jauh dari KL tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lost World of Tambun | So guys, nak bercuti bersama keluarga but you seriously have nooo idea where to head to? Jangan risau, CN ada one perfect place nak share dengan anda semua! Dan tempat ni tak lain tak bukan, The Lost World of Tambun dekat Ipoh, Perak. Pernah dengar tapi still tak pernah jejak lagi? Isyh… Rugi… Rugi… Haaa, tahu tak yang Lost World of Tambun ni listed as one of the top things to do in Malaysia yang tersangatlah worthwhile? So tak kiralah anda nak pergi dengan kengkawan ke, family or even your company pun boleh sebab theme park ni sangatlah best for everyone and all kinds of occasions. So get yourself comfortable, CN nak sambung bercerita lagi ni!
Syiokknyaa Lost World of Tambun |
The Lost World of Tambun ini terletak di Tambun Ipoh, Perak. Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur atau Penang, this theme park is only a 2-hour of leisurely drive. Kalau anda yang travel dengan bas pulak, perjalanan akan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam. Antara a few express buses yang akan sampai directly ke Ipoh ialah Plusliner, Konsortium, Sri Maju, Star Shuttle dan Transnational. So dari situ onwards, anda boleh terus ambil teksi untuk sampai ke park. Selain itu, anda boleh juga menaiki Electric Train Service (ETS) dari KL atau Penang. Perjalanan menaiki kereta api ini mengambil sekurang-kurangnya 2 jam dengan tambang yang berpatutan. Haaa, mudahkan kalau anda nak travel ke sini?
The Lost World Hot Springs and Spa |
Apa Yang Menarik Di Lost World of Tambun?
Lost World of Tambun ada dua jenis aktiviti outdoor utama iaitu dry and wet park, untuk anda enjoy. Sabar ya, CN ceritakan satu per satu. Anda boleh have fun dengan 6 jenis permainan dalam Lost World Water Park, Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer dan Tube Raider. Dengan sebuah kapal lanun tersergam di tengah-tengah zon Kids Explorabay ini, terdapat bermacam water games yang sangat sesuai untuk kids. Antaranya mercun air, fountain, spraying elephants dan giant tipping buckets.
Lost World of Tambun - Adventure River |
Kalau family atau kengkawan yang nak nikmati water game yang relaxing, cubalah cruise di sepanjang Adventure River yang mempunyai pemandangan gua yang pasti memukaukan. And ladies and gentlemen don’t miss out, The Lost World Hot Springs and Spa yang bermula dari 6 petang sehingga 11 malam. Bagi older kids dan anda yang berjiwa muda bolehlah merasai sendiri keseronokan adrenaline-rush dengan slides Cliff Racer dan Tube Raider. Pergh, mesti syiok punyalah!
The Lost World Hot Springs and Spa |
Meanwhile anda pun boleh have fun dengan 5 jenis dry park iaitu Lost World Amusement Park, Lost World Tin Park, Lost World Tiger Park, Lost World Petting Park dan Lost World Adventure Park. Banyakkan nak brain? It’s okay, CN sangat bermurah hati nak share setiap satu park yang ada dekat sini. So macam nama dia, Lost World Amusement Park ni ada banyak outdoor games, misalnya Lupe’s Adventure, Perak Parade carousel, Stormrider, Giddy Galleon dan buaian gergasi, Dragon Flights. Kalau anda dah penat tapi still nak pusing-pusing, bolehlah try tour theme park dengan Adventure Express train.
Lost World Amusement Park |
What’s even more interesting, Lost World Adventure Park ni is the best place untuk anda yang gila-gila and love to try something daring. So aktiviti-aktiviti dekat park memanglah sooo not for the faint-hearted tau! Dari penerokaan gua yang gelap gelita di 6th Mile Tunnel sehinggalah ke 13 High Rope Course, Zip Line, Via Feratta with Abseil dan Wild Woosey yang mempunyai curam-curam yang tinggi lagi menggayatkan, semuanya memang awesome! Tapi kan, aktiviti-aktiviti di sini bukan hanya nak bersuka ria jer tau. Haaa, dekat sini jugaklah anda akan banyak belajar erti teamwork, communication skills dan building trust sesama teammates. Anda pun boleh join Super Adventure Race untuk ativiti seperti camping, glamping, rafting , jungle trekking dan cliff racing. Eh, itu tak kira khatam lagi tau! Lastly, ada Kayak Mania, Triple X Challenge dan Battle of Boga. Fuh, best giler semua ni tau!
Antara tarikan menarik di Lost World of Tambun |
Lost World of Tambun |
Eh, atas tu baru separuh CN punya cerita. Ok, jom sambung baca next park pulak. Lost World Tin Park pun ada tarikan sendiri yang unik. Park ini mempunyai walkaway tentang sejarah perlombongan bijih timah, Dulang Washing, persembahan tarian para pelombong di Tin Trail dan Dulang Tea House yang menyajikan freshly brewed Ipoh coffee dan makanan-makanan tempatan yang lain. Setting park yang menarik, pasti akan mengimbau kembali masa lalu Tanah Melayu. Jika anda peminat setia haiwan, jangan lupa jugak untuk kunjungi Lost World Tiger Park dimana anda boleh tengok live Tiger Feeding Show dan Lost World Petting Park untuk kids explore, pet dan feed the animals disini.
Lost World of Tambun - Petting Zoo |
And for your information, park ni dilengkapi dengan facilities seperti shade area, bilik mandian dan persalinan, bilik persalinan baby, surau, tandas dan first aid room. So guys, dah rasa teruja dan excited ke belum? Ahaaa, tangan pun dah rasa gatal-gatal macam nak klik dan beli terus jer tiket online kan? So apa lagi yang anda tunggu, jomlah pakat-pakat dapatkan Lost World of Tambun discount tickets sekarang! Lastly, anda kena ingat tau yang theme park ni closes every Tuesday kecuali cuti sekolah dan cuti umum di Malaysia. Jangan kata CN tak payung!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh
Tarikan baru ke Ipoh iaitu The Banjaran Hotspring Retreat. Hotel 5 bintang ini berada bersebelahan dengan Lost World of Tambun. Rata-rata yang menginap di sini berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Dengan suasana yang nyaman dan menyegarkan serta adanya kolam renang dan jakuzi di dalam bilik, sememangnya amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh |
Tempah bilik di The Banjaran Hotspring di sini
Selain bilik yang mewah, banyak juga tempat yang boleh dilawati seperti steam cave, hotspring dan sebagainya. Alahai, kalau CN kesini memang tak keluar ke mana la jawabnya. Dalam sini pun terdapat pelbagai aktiviti boleh dibuat. Bestnya !
The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh |
CN paling tergoda dengan steam cave di The Banjaran Hotspring Retreat dalam gambar di bawah ni. Boleh verangan berada dalam cerita Pirate of the Carribean gituw. Kena tambah tabung baru untuk ke sini la gamaknya..hehehe
The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh |
The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh |
The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh |
Tempah bilik di The Banjaran Hotspring di sini
Peta Lokasi ke The Banjaran Hotspring Retreat Ipoh
D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson | Tak cuti sekolah lah kalau tak ke Port Dickson kan? Hah, kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca hotel kami sekeluarga menginap yang best dan sesuai untuk percutian sekeluarga. Lokasi hotel ni betul-betul depan PD Waterfront. Bahagia je jalan-jalan dekat PD Waterfront tanpa perlu risau nak park kereta dekat mana. Maklumlah, jalan kaki je dari hotel. Parking dekat hotel PERCUMA je uolss.
D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson adalah hotel bertaraf 4 bintang. Lokasinya memang strategik di tempat tumpuan pelancong utama. Berhadapan dengan PD Waterfront. Ada pelbagai restoren fastfood seperti McDonalds, Kenny Rogers Roaster, Starbuck & Papparich. Syoknya boleh layan Mykori sambil menyaksikan matahari terbenam gituw. Bukan itu sahaja, suasana malam sekitar hotel ni memang meriah dengan pelbagai jenis foodtruck. Pening kepala nak pilih makanan apa tau. Semua sedap-sedap!
Nak shopping? Sekitar D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson ada pelbagai jenis kedai. Paling best ada Regina Mall, PD Walk, Billion Shopping Centre dan betul-betul sebelah hotel ni ada TF Value Mart.
Percutian CN sekeluarga di D'Wharf Hotel ni memang padat dengan pelbagai aktiviti tau. Best sangat. Anda boleh tengok video dibawah betapa bestnya D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson ni.
Paling CN suka sudah tentu ruang lobby yang luas dengan view yang cantik. Yela, masa menunggu untuk check in tu boleh lah bergambar sakan kan? Anak-anak pun tak bising. Ada wifi katanya ! Hehehe..
Ada 6 jenis bilik dengan pelbagai harga. Bilik CN dan sekeluarga menginap adalah Premier Suite dengan pandangan separuh laut & town. Bilik Premier Suite ni boleh memuatkan 4 orang dewasa.
>> Superior Room (Partial Sea)
>> Studio Room (Sea/Town View)
>> Executive Suite (Sea/Town View)
>> Premier Suite (Partial Sea)
>> Duplex Loft Suite (Sea View)
>> Grand D'Wharf Suite (Sea View)
Pakej Bilik Premier Suite yang CN ambil ni ada provide breakfast untuk 4 orang. Breakfast di Sky Pool Cafe memang mengujakan dengan pemandangan yang indah tepi laut. Ada 2 ruang iaitu aircond & fresh air. Sudah tentu pilihan CN ruang luar fresh air ni. Breakfast sambil tengok laut, bahagianya! Pilihan makanan juga pelbagai dengan pilihan melayu, cina dan barat. CN pilih semua ! Hahahaha..
Paling mengujakan sudah tentu swimming pool yang besar & cantik. Ada 3 bahagian swimming pool. Untuk dewasa yang luas boleh berenang kuak lentang bagai, ruang tengah dan ruang kanak-kanak. Memang cantik bergambar di sekitar swimming pool ni tau. Syoknya pemandangan memang cantik dari swimming pool yang berada di tingkat 5 ini.
Selain itu, ada juga playground & gymnasium yang juga berada pada level yang sama dengan swimming pool. CN suka sangat gymnasium di sini sebab luas & ada pelbagai alatan. Teruja giler tau!
Oh ya, jika ingin mengadakan event atau meeting, ada 7 jenis bilik di sini. Paling luas bersaiz 2117 sqft dan paling kecil bersaiz 743 sqft.
Tak pergi PD lah kalau tak mandi laut kan? Hokay, ada 8 pantai yang anda boleh cuba dan jaraknya dari hotel. CN macam biasa, Pantai Teluk Kemang menjadi pilihan sebab boleh singgah PD Famous Cendol! Anda pula?
>> Pantai Tanjung Gemuk (4.5km)
>> Pantai Bagan Pinang (5km)
>> Pantai Saujana (6km)
>> Pantai Cahaya Negeri (7.5km)
>> Pantai Teluk Kemang (12.3km)
>> Pantai Purnama (13.9km)
>> Pantai Blue Lagoon (17km)
>> Pantai Tanjung Tuan (17.9km)
Review D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson |
Review D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson
D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson adalah hotel bertaraf 4 bintang. Lokasinya memang strategik di tempat tumpuan pelancong utama. Berhadapan dengan PD Waterfront. Ada pelbagai restoren fastfood seperti McDonalds, Kenny Rogers Roaster, Starbuck & Papparich. Syoknya boleh layan Mykori sambil menyaksikan matahari terbenam gituw. Bukan itu sahaja, suasana malam sekitar hotel ni memang meriah dengan pelbagai jenis foodtruck. Pening kepala nak pilih makanan apa tau. Semua sedap-sedap!
Ruang lobbi yang besar. Tengok tu, belakang CN dan Dhia adalah PD Waterfront. Percaya kan, CN tak tipu! Hehehe... |
Nak shopping? Sekitar D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson ada pelbagai jenis kedai. Paling best ada Regina Mall, PD Walk, Billion Shopping Centre dan betul-betul sebelah hotel ni ada TF Value Mart.
Dhia Zahra teruja dengan dengan pokok krismas dekat lobby di sini |
Percutian CN sekeluarga di D'Wharf Hotel ni memang padat dengan pelbagai aktiviti tau. Best sangat. Anda boleh tengok video dibawah betapa bestnya D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson ni.
Video Review D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson
Kemudahan yang ada di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson
Paling CN suka sudah tentu ruang lobby yang luas dengan view yang cantik. Yela, masa menunggu untuk check in tu boleh lah bergambar sakan kan? Anak-anak pun tak bising. Ada wifi katanya ! Hehehe..
Ayah dan anak-anak melayan henpon masing-masing sementara menunggu check in |
Ada 6 jenis bilik dengan pelbagai harga. Bilik CN dan sekeluarga menginap adalah Premier Suite dengan pandangan separuh laut & town. Bilik Premier Suite ni boleh memuatkan 4 orang dewasa.
>> Superior Room (Partial Sea)
>> Studio Room (Sea/Town View)
>> Executive Suite (Sea/Town View)
>> Premier Suite (Partial Sea)
>> Duplex Loft Suite (Sea View)
>> Grand D'Wharf Suite (Sea View)
Kemain Encik Suami! Hehehe.. |
Amenities |
Pakej Bilik Premier Suite yang CN ambil ni ada provide breakfast untuk 4 orang. Breakfast di Sky Pool Cafe memang mengujakan dengan pemandangan yang indah tepi laut. Ada 2 ruang iaitu aircond & fresh air. Sudah tentu pilihan CN ruang luar fresh air ni. Breakfast sambil tengok laut, bahagianya! Pilihan makanan juga pelbagai dengan pilihan melayu, cina dan barat. CN pilih semua ! Hahahaha..
Ada nasi lemak, nuget dan sosej untuk anak-anak, bread pudding |
Muka budak tak mandi lagi terus breakfast |
Dhia Zahra mulut penuh tengah mengunyah tu |
Paling mengujakan sudah tentu swimming pool yang besar & cantik. Ada 3 bahagian swimming pool. Untuk dewasa yang luas boleh berenang kuak lentang bagai, ruang tengah dan ruang kanak-kanak. Memang cantik bergambar di sekitar swimming pool ni tau. Syoknya pemandangan memang cantik dari swimming pool yang berada di tingkat 5 ini.
Mama & ayah yang terlebih excited ! Hehehe |
Dhia Zahra sampai kecut tangan duk berendam tau |
Encik Suami dengan pelbagai gaya berenang dia |
Irfan & Dhia di kolam renang kanak-kanak |
Selain itu, ada juga playground & gymnasium yang juga berada pada level yang sama dengan swimming pool. CN suka sangat gymnasium di sini sebab luas & ada pelbagai alatan. Teruja giler tau!
Oh ya, jika ingin mengadakan event atau meeting, ada 7 jenis bilik di sini. Paling luas bersaiz 2117 sqft dan paling kecil bersaiz 743 sqft.
Wajib bergambar di cermin besar bilik hotel |
Pantai Terdekat dengan D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson
Tak pergi PD lah kalau tak mandi laut kan? Hokay, ada 8 pantai yang anda boleh cuba dan jaraknya dari hotel. CN macam biasa, Pantai Teluk Kemang menjadi pilihan sebab boleh singgah PD Famous Cendol! Anda pula?
>> Pantai Tanjung Gemuk (4.5km)
>> Pantai Bagan Pinang (5km)
>> Pantai Saujana (6km)
>> Pantai Cahaya Negeri (7.5km)
>> Pantai Teluk Kemang (12.3km)
>> Pantai Purnama (13.9km)
>> Pantai Blue Lagoon (17km)
>> Pantai Tanjung Tuan (17.9km)
Lukisan gergasi di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson |
Lokasi D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson
Okay, jom bercuti ke D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson. Memang best disini!
Maklumat lanjut :
Alamat : Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Email : resvn@dwharfhotel.com
Website : www.dwharfhotel.com
Facebook/Instagram/Twitter : dwharfhotelpd
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~