Gua Tempurung
Destinasi terakhir untuk Class Trip 3KRK1 adalah ke Gua Tempurung di Gopeng, Perak. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Sebab itu, apabila anda menjelajah ke dalam Gua Tempurung, ada dipamerkan alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.