ShaWls @ seLendang

December 22, 2012

Shawl ataupun selendang merupakan cara wanita islam menutup aurat. Pelbagai fesyen dan gaya ikot hati asalkan masih tidak menampakkan rambut (tak termasuk fesyen tudung yang nampak jambul yer). 
Bila aku tgk balik gaya bertudung aku dolu-dolu..mmg chomel!! hehe..walaupon tak up to date, tp tak jugak kebelakang sgt..kira sedang-sedang jela .. xoxo

Lets check it out!!


Shawl yang sama tp cara pemakaian yg berbeza. Kiri: shawl+inner awning .. bila pakai dgn inner awning, dpt cover ketembaman pipi !! Kanan: tanpa inner awning & cara lilit yg menjadikan lebih pendek. Tidak digalakkan kerana menampakkan dada..[dah tau tp wat gak!! isy2]


Shawl ni salah satu faveret aku..kainnyer yang sangat lembut dan ada benda bulat2 dihujungnya. Mudah digayakan, Gaya di atas ala-ala hana tajima yang tak berapa jadi..hehe

Shawl yang sama juga tp cara pemakaian yg berbeza. Kiri: fesyen pin belakang, lilit dan pin..tara!! siap dah.. tp nampak pp yang tembam !! Kanan: shawl+inner awning ..nampak sopan dan ayu.. <3

Nampak shawl ni samer kan? mmg sama pon..beza nyer Kanan : pakai dgn inner awning menampakkan pemakai lebih ayu+sopan+chomel !! Kiri: tanpa inner awning menampakkan pemakai lebih rugged+stylo+bergaya

Dua2 shawl ni merupakan faveret aku !! tp dua-dua dah rosak tercabut rantai2 kerana termasuk dalam washing machine..hehe. Shawl ni paling senang nk pakai..belit2 jer, tak yah iron lagi tau..tapi hasilnyer?? maveles !! nampak gorgeos kan? 

Gambar kiri dgn kazen yer..hensem kan kazen aku? single lg n masih bdk2 ..haha.. Kedua-dua gambar menggunakan shawl kaler putih. Berbeza dari segi material..Kiri: orang panggi shawl pakistan, harga RM10 jer..tp nampak cam mahal n chantik dipakai. Kanan: shawl ni glamer masa thn 2004..ada perincian kilat2 pada kain, taktau nak panggil benda per..sekarang simpan dalam almari jer sbb malu nak pakai..hehe

Shawl pakistan yang samer. Cara pemakaian yang berbeza. Aku suka kaler ni, nampak kulit cerah dan shawl ni panjang, nipis dan mmg senang nak digayakan.

Shawl net..mesti ramai yang ada shawl ni kan? material jarang dan berbulu kalau selalu basuh. Sesuai digayakan bersama inner awning supaya tidak menampakkan leher. 

Disebabkan aku suka kaler merah, semestinya koleksi shawl ku banyak kaler merah. Kiri: shawl merah corak bersama awning..mudah digayakan kerana awning dijahit sekali. Kanan: shawl merah batu2 dihujungnya..material agak berat dan aku tak berapa suka shawl ni, tapi dah beli, pakai jela..

SERKUP !! hamik ko..senang giler baju ni, terus ada hood..nak comei sikit, pakai baju ni dgn inner awning kaler lebih kurang. Tapi kan, ni bukan kategori shawl yer..xoxo


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.